Home | My Account | Go Shopping
 
Please sign in to
access your account

User ID

Password


Forgot your password?
Click here

How to Shop
Terms & Conditions
Freight & Duty
Returns
 
 

Polisi Rahsia


Di eCosway, kami menghargai perniagaan dan kepercayaan anda. Keselamatan dan rahsia anda adalah amat penting bagi kami. Seksyen ini menerangkan bagaimana kami mendapatkan maklumat daripada anda, apa yang kami lakukan dengannya dan bagaimana kami melindunginya.


Keselamatan

Apabila anda membuat sebarang pembelian di Pusat Membeli-belah eCosway, maklumat pembayaran anda dijadikan enkripsi dan selamat. Kami menggunakan teknologi penyambung Layer selamat (SSL) dan maklumat kad kredit tidak disimpan sebaik sahaja ianya selesai diproses. Ianya juga dijadikan enkripsi (diubah kepada kod khas yang tidak boleh dibaca sesiapa kecuali oleh penerima sahaja) semasa transmisi dan kemudiannya ia akan dimusnahkan. SSL juga akan mengesahkan pengenalan pelayan dan memberitahu kami mesej telah selamat sampai. Ini adalah sistem yang paling selamat di masa kini dan menjadi penghalang bagi sebarang penipuan dan 'hackers'. eCosway mempunyai piawaian prosedur operasi yang memastikan pelayan hanya boleh diakses oleh orang yang diberi kuasa dan bagi mendapatkan maklumat yang hanya perlu diketahui sahaja.

Maklumat Pembeli

Maklumat yang kami dapatkan daripada Pembeli apabila mereka membuat pembelian dengan eCosway adalah yang maklumat minima yang diperlukan untuk memproses satu pesanan dan untuk memastikan ianya akan selamat sampai ke destinasinya. Ini akan termasuk : Nama, Alamat, Nombor Telefon, Alamat Emel; maklumat belian; dan maklumat kad kredit. Melainkan diminta oleh pihak kerajaan atau perintah undang-undang atau dekree, kami tidak akan memberi, berkongsi, menyewa atau menjual maklumat ini kepada pihak ketiga. Hanya ID (bukannya nama) Pembeli eCosway akan diberikan oleh eCosway kepada orang yang memperkenalkan Pembeli kepada laman web eCosway.


Maklumat Pemilik Perniagaan

Maklumat yang kami dapatkan daripada Pemilik Perniagaan bila mereka mendaftar adalah maklumat minima yang diperlukan untuk menjalinkan perhubungan perniagaan antara Syarikat dan Pemilik Perniagaan. Terdapat dua tempat di mana maklumat Pemilik Perniagaan disimpan. Tempat pertama mengandungi maklumat berikut : Nama, Nombor Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat Emel. Melainkan diminta oleh pihak kerajaan atau perintah undang-undang atau dekree kami tidak akan memberi, berkongsi, menyewa atau menjual maklumat ini kepada pihak ketiga. Hanya ID Pemilik Perniagaan dan alamat emel yang diberikan oleh eCosway sahaja boleh didapatkan oleh Penaja dan Pemilik Perniagaan 'upline'. Maklumat kad kredit yang digunakan untuk pembelian atau pendaftaran tidak disimpan oleh eCosway selepas diproses.

Kawasan yang kedua mengandungi maklumat kewangan sensitif yang diperlukan oleh eCosway untuk membayar komisen kepada Pemilik Perniagaan. Maklumat ini dilindungi oleh kata laluan kedua (ini adalah tambahan kepada kata laluan utama yang telah pun dimiliki oleh Pemilik Perniagaan) dan hanya boleh diakses oleh Pemilik Perniagaan yang menyediakan maklumat. kami tidak akan memberi, berkongsi, menyewa atau menjual maklumat ini kepada pihak ketiga.

Mesej Promosi

eCosway akan menghantar mesej promosi kepada para Pembeli. Secara amnya, ia akan menawarkan tawaran hebat bagi barangan yang ditawarkan oleh eCosway di Pusat Membeli-belah eCosway. Disebabkan eCosway tidak ingin menghantat mel yang tidak dikehendaki, mesej-mesej ini akan hanya dihantar kepada orang yang telah meminta untuk menerimanya. Melainkan anda telah meminta untuk menerima mesej tersebut daripada eCosway, anda membenarkan kami untuk berkongsi, memberi, menjual, atau menyewa nama dan alamat emel anda dengan pihak ketiga. Apabila anda membuat pembelian anda yang pertama, anda berpeluang untuk memutuskan jika anda ingin menerima mesej promosi eCosway. Jika anda dengan secara spesifik meminta untuk menerima mesej-mesej ini, ianya tidak akan dihantar kepada anda. Jika anda tidak ingin menerimanya setelah bersetuju untuk menerima mesej-mesej ini anda boleh dengan mudah 'tidak melangganinya' daripada senarai e-mel dengan menuruti arahan yang terdapat dibawah mesej dan anda akan dikeluarkan daripada senarai.


Cookies

Rancangan Pemasaran Bersama eCosway bergantung kepada sebaran melalui mulut dan rujukkan. Bagi mengesan orang yang memperkenalkan eCosway dan bagi mereka layak untuk mendapatkan nilai mata (VP) atau komisen Pemilik Perniagaan bila pembelian dibuat, eCosway menggunakan "cookies". Cookie adalah maklumat yang disimpan dalam cakera keras komputer anda. Ianya akan mengenali anda dan bila anda melawat Pusat Membeli-belah eCosway dan ianya juga membolehkan ciri pembelian berfungsi dengan elok. Cookie ini tidak akan berhubung dengan mana-mana maklumat lain dalam komputer anda dan tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga.


Pengecualian

Kami secara ikhlasnya tidak berniat untuk berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga, tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu di mana pihak kerajaan atau agensi perundangan ada sebab untuk menuntutnya, kami diwajibkan oleh undang-undang untuk memberikannya dan kami pastinya akan bekerjasama dengan agensi tersebut. Kami juga mempunyai hak untuk menggunakan maklumat pengenalan peribadi, dalam keadaan khas dimana kami perlu menguatkuasakan Syarat dan Peaturan atau Polisi dan Prosedur eCosway.


Hubungi Kami

Kami berharap maklumat ini amat berguna dan membantu anda rasa senang hati menjalankan perniagaan dengan eCosway. Jika anda ada sebarang soalan, tolong jangan keberatan untuk menghubungi kami.


Alamat Surat-Menyurat :

18-01-01B, Menara Cosway,
Plaza Berjaya, 12, Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Hotline Perkhidmatan Pelanggan : +603-2113 0818
Talian Telefon Am : +603-2116 6688 / +603-2116 1188
E-mel : customerservice@ecosway.com

Waktu Perniagaan : (Malaysia Time GMT + 0800)

Isnin hingga Khamis : 0900 - 1800
Jumaat : 0900 - 1700





  View our Privacy PolicyTerms of UseAdvertising & Anti-Spam PolicyContact DetailsAbout Us

© 2001-2024 eCosway.com Sdn Bhd (509213-A). All Rights Reserved Worldwide.
The eCosway logo is a trademark of eCosway.com Sdn Bhd (509213-A).