Home | My Account | Go Shopping
 

     
  Advanced Search

 
  Super Selections are proven best sellers with great freight savings! If you make a purchase from the Supplier Selections area, please check-out completely before visiting the Super Selections area.
 
 
Terma-Terma dan Syarat-Syarat Pemilik Perniagaan
     
1.

Saya memahami sebagai seorang Pemilik Perniagaan eCosway.com Sdn Bhd (509213-A), sebuah syarikat yang ditubuhkan dibawah undang-undang Malaysia (dengan ini dirujuk sebagai "eCosway" atau "Syarikat"), akan berhak serta bertanggungjawab terhadap perkara yang berikut :

  a.

Saya mempunyai hak untuk membeli dan menjual barangan sejajar dengan Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini serta Penyata Polisi dan Prosedur eCosway yang telah ditetapkan oleh Syarikat;

  b.

Saya mempunyai hak untuk memperkenal dan mendaftarkan Pemilik Perniagaan dan/atau Pembeli ke dalam eCosway atau laman web eCosway;

  c.

Saya akan membantu, melatih, memotivasi semua Pemilik Perniagaan dalam rangkaian saya;

  d.

Saya akan mematuhi semua undang-undang kebangsaan, persekutuan, wilayah, negeri, jajahan, daerah, tempatan dan undang-undang majlis tempatan, ordinan, peraturan dan undang-undang dan akan mengisytihar dan membayar semua bayaran yang perlu dibayar seperti yang diwajibkan oleh sebarang undang-undang kebangsaan, persekutuan, wilayah, negeri, jajahan, daerah, tempatan dan undangundang majlis tempatan, ordinan, peraturan dan undang-undang yang terpakai kepada saya dalam mengendalikan perniagaan eCosway saya; dan

  e. Saya akan menjalankan tugas saya sebagai seorang Pemilik Perniagaan dengan jujur dan berintegriti.
 

 

 

2.

Saya juga bersetuju untuk menggunakan Rancangan Keuntungan eCosway dan barangan eCosway tanpa membuat sebarang perubahan, seperti yang terkandung dalam bahan rasmi eCosway yang diberikan oleh Syarikat. Saya tidak akan membuat sebarang dakwaan berkenaan potensi penjanaan pendapatan atau keuntungan selain daripada apa yang terkandung dalam bahan rasmi eCosway. Kecuali seperti yang telah ditetapkan dalam Penyata Polisi dan Prosedur eCosway, atau pun melainkan saya telah menerima kebenaran bertulis daripada eCosway, saya tidak akan : (a) menggunakan, menghasilkan, mencipta, atau mendapatkan daripada sebarang sumber lain selain daripada eCosway, sebarang bentuk bahan bacaan, rakaman (audio, video atau seumpamanya), menjual atau mendaftar alat bantuan yang berkaitan dengan barangan eCosway atau Rancangan Keuntungan eCosway; (b) menggunakan atau menyiarkan sebarang tanda niaga, nama perniagaan, tanda perkhidmatan, logo, rekaan atau simbol eCosway; (c) mengiklan barangan atau pun peluang perniagaan eCosway.

 

 

 

3.

Walau apa pun yang terkandung dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini, saya bersetuju dan mengakui bahawa jika saya tidak menuntut atau menggunakan sebarang pendapatan dan pendapatan tersebut disimpan dalam eAkaun Pemilik Perniagaan lebih daripada 12 bulan, eCosway berhak untuk menguruskan pendapatan tersebut sebagaimana yang dikira berpatutan oleh eCosway.

 

 

 

4.

Saya mengakui sebagai seorang Pemilik Perniagaan eCosway, saya adalah seorang kontraktor bebas dan bukanya seorang pekerja, agen, rakan kongsi, wakil sah atau pemegang franchis eCosway. Saya tidak berkuasa untuk dan juga tidak akan menjadi penghutang, membelanja, melibatkan diri atau membuka sebarang akaun bank bagi pihak atau atas nama eCosway. Saya juga memahami yang saya akan mengawalselia keadaan dan cara saya menjalankan operasi perniagaan eCosway tertakluk kepada pematuhan saya akan Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini, Penyata Polisi dan Prosedur eCosway, dan Rancangan Keuntungan eCosway (semua ini secara kolektif dirujuk sebagai "Perjanjian Pemilik Perniagaan"). Saya bersetuju dan bertanggungjawab untuk membayar semua perbelanjaan yang dibuat oleh diri saya, termasuk dan tidak terhad kepada perbelanjaan perjalanan, makan minum, tempat menginap, kesetiausahaan, pejabat, panggilan telefon jarak jauh dan lain-lain perbelanjaan yang berkenaan dengan perniagaan eCosway saya. SAYA MENGAKUI SAYA TIDAK BOLEH DILAYAN SEBAGAI SEORANG PEKERJA eCOSWAY BAGI SEBARANG PENCUKAIAN KEBANGSAAN, PERSEKUTUAN, WILAYAH, NEGERI, JAJAHAN, DAERAH, TEMPATAN ATAU MAJLIS TEMPATAN. eCosway tidak akan bertanggungjawab bagi menyimpan, dan tidak akan menyimpan atau memotong daripada pendapatan saya, jika ada, bagi sebarang bentuk cukai, melainkan perkara tersebut diwajibkan oleh undang-undang. Saya juga bersetuju untuk membayar semua jenis cukai mengikut perjanjian antara eCosway dan peraturan dan undang-undang yang berkenaan pencukaian.

 

 

 

5.

Saya telah membaca dengan teliti dan bersetuju untuk mematuhi Penyata Polisi dan Prosedur eCosway dan Rancangan Keuntungan eCosway, di mana kedua-duanya telah diselaraskan dan dijadikan sebahagian daripada Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini. Saya juga memahami saya perlu memenuhi semua terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dan tidak melanggar sebarang terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian Pemilik Perniagaan bagi melayakkan diri untuk mendapatkan sebarang pendapatan daripada eCosway. Saya juga memahami dan bersetuju bahawa terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian Pemilik Perniagaan boleh diubah dari masa ke masa oleh eCosway dan saya juga bersetuju bahawa sebarang perubahan tersebut akan terpakai keatas diri saya. Notis berkenaan sebarang perubahan ini akan diterbitkan dalam bahan rasmi eCosway dan dihantar kepada semua para Pemilik Perniagaan eCosway melalui emel. Dengan saya meneruskan perniagaan eCosway saya dan penerimaan keuntungan oleh saya akan melambangkan persetujuan saya akan semua perubahan yang dilakukan.

 

 

 

6.

Tempoh sah Perjanjian Pemilik Perniagaan ini adalah selama satu tahun. Jika saya gagal membayar yuran akses tahunan atau ianya dibatalkan atau ditamatkan atas sebarang sebab, saya mengakui saya akan kehilangan semua hak saya sebagai seorang Pemilik Perniagaan, Saya tidak berhak menjual barangan eCosway atau pun mendapatkan keuntungan atau mendapatkan sebarang pendapatan yang berpunca daripada bekas rangkaian saya. eCosway mempunyai hak mutlak untuk menamatkan semua Perjanjian Pemilik Perniagaan selepas memberikan notis selama tiga puluh (30) hari melalui emel jika : (1) menghentikan perniagaan eCosway; (2) membubarkan eCosway sebagai satu entiti korporat; atau (3) menamatkan pengedaran barangan secara jualan langsung. Jika berlaku pembatalan, penamatan atau pembaharuan tidak dibuat, saya akan kehilangan semua hak dan mengecualikan diri saya daripada sebarang hak, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak milik harta benda yang terikat kepada bekas rangkaian perniagaan saya dan kepada sebarang keuntungan atau lain-lain pendapatan yang didapati daripada jualan atau lain-lain aktiviti daripada bekas rangkaian perniagaan saya.

 

 

 

7.

Saya tidak akan mewakilkan hak atau tugas saya dibawah Perjanjian Pemilik Perniagaan ini atau sebahagian daripadanya tanpa kebenaran bertulis daripada eCosway. Sebarang usaha memindah atau mewakilkan Perjanjian Pemilik Perniagaan ini atau pun sebahagian daripadanya tanpa kebenaran bertulis daripada eCosway akan mengakibatkan eCosway mengambil langkah sewajarnya dan mungkin membawa kepada penamatan status saya sebagai seorang Pemilik Perniagaan.

 

 

 

8.

Saya mengakui bahawa jika saya gagal mematuhi sebarang terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian Pemilik Perniagaan, eCosway berhak menamatkan Perjanjian Pemilik Perniagaan saya atau pun mengenakan sebarang langkah disiplin termasuk dan tidak terhad kepada membatalkan keuntungan, dan kehilangan semua atau sebahagian daripada rangkaian perniagaan. Jika saya melanggar, tidak mematuhi atau mencabuli Perjanjian Pemilik Perniagaan, saya tidak akan mendapat sebarang pendapatan atau imbuhan daripada jualan yang telah disempurnakan. Jika Perjanjian Pemilik Perniagaan saya ditamatkan atas sebarang sebab, saya akan kehilangan hak saya sebagai seorang Pemilik Perniagaan untuk selamanya, termasuk hak terhadap rangkaian saya dan hak untuk mendapatkan keuntungan selaras dengan Rancangan Keuntungan eCosway. Jika saya gagal untuk menyelesaikan sebarang hutang kepada eCosway, saya memberikan kuasa kepada eCosway untuk menolak jumlah yang terlibat daripada pendapatan saya atau pun mendebit eAccount Pemilik Perniagaan saya. Saya juga mengakui kegagalan untuk membuat bayaran terhadap barangan yang dibeli dalam tempoh masa yang telah ditetapkan adalah bercanggah dengan Perjanjian ini.

 

 

 

9.

Setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang, eCosway, para pengarahnya, pegawai, pemilik saham, wakil, waris dan agen (secara kolektif dirujuk sebagai "Sekutu"), tidak akan bertanggungjawab dan saya mengecualikan eCosway dan Sekutunya dan melupuskan sebarang bentuk tuntutan yang timbul secara langsung atau tidak langsung, khas atau kebetulan, kehilangan keuntungan, kerosakkan atau sebarang bentuk kehilangan yang ditanggung atau dihadapi oleh saya akibat daripada (a) saya melanggar sebarang terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian Pemilik Perniagaan (b) promosi atau operasi perniagaan eCosway yang tidak memenuhi syarat yang berkaitan (e.g. mempersembahkan barangan eCosway atau Rancangan Keuntungan, melalui kenderaan bermotor atau penyewaan kemudahan mesyuarat dan latihan, dan lain-lain lagi); (c) sebarang maklumat salah atau tidak tepat yang diberikan oleh saya; atau (d) kegagalan untuk memberikan maklumat yang diperlukan oleh eCosway untuk operasi perniagaan eCosway, termasuk dan tidak terhad kepada pendaftaran dan penerimaan saya ke dalam Rancangan Keuntungan atau pembayaran keuntungan atau insentif. Saya mengakui keseluruhan liabiliti eCosway dan sekutu-sekutunya bagi sebarang tuntutan atau sebagainya yang berkaitan dengan eCosway dan diri saya termasuk dan tidak terhad kepada sebarang langkah yang timbul dalam kontrak, tort atau ekuiti tidak akan melebihi dan akan terhad kepada jumlah barangan yang telah saya beli daripada eCosway, yang menimbulkan liabiliti tersebut. Saya juga turut sama mengakui untuk melindungi, tidak menjadikan mereka bertanggungjawab dan mempertahankan dengan perbelanjaan saya sendiri, eCosway dan Sekutunya daripada sebarang dakwaan, tuntutan, kos, kerugian, kerosakkan, liabiliti, hukuman, bayaran guaman dan lain-lain perbelanjaan yang timbul atau yang bakal timbul berkaitan dengan perniagaan eCosway saya.

 

 

 

10.

Perjanjian Pemilik Perniagaan merangkumi keseluruhan kontrak antara eCosway dan saya. Sebarang bentuk perjanjian, perwakilan, tawaran atau lain-lain jenis komunikasi yang tidak ditetapkan secara bertulis dalam Perjanjian Pemilik Perniagaan tidak akan berkuat kuasa. Jika timbul sebarang percanggahan atau kekeliruan antara Perjanjian Pemilik Perniagaan dan sebarang perjanjian lain, maka terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian Pemilik Perniagaan akan terpakai dan sebarang terma-terma dan syarat-syarat lain akan terbatal setakat mana ia bercanggahan. Bagi sebarang percanggahan antara Terma-Terma dan Syarat-Syarat Pemilik Perniagaan dan Penyata Polisi dan Prosedur eCosway (dalam keadaan asal atau setelah diubah), Penyata Polisi dan Prosedur eCosway akan terpakai dan terma-terma dan syarat-syarat dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat Pemilik Perniagaan ini akan terbatal setakat mana ia bercanggahan.

 

 

 

11.

Sebarang bentuk pengecualian oleh eCosway bagi pelanggaran Perjanjian Pemilik Perniagaan oleh Pemilik Perniagaan mestilah dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh pegawai bertanggungjawab eCosway. Sebarang bentuk pengecualian yang diberikan oleh eCosway bagi pelanggaran sesuatu syarat Perjanjian Pemilik Perniagaan tidak boleh dianggap sebagai pengecualian bagi pelanggaran lain yang seterusnya.

 

 

 

12.

Dalam keadaan di mana sebarang peruntukan dalam Perjanjian Pemilik Perniagaan tidak dianggap sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, ianya tidak akan menjadikan keseluruhan Perjanjian Pemilik Perniagaan tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan dan bahagian Perjanjian Pemilik Perniagaan yang masih sah akan terus berkuat kuasa sepenuhnya.

 

 

 

13.

Perjanjian Pemilik Perniagaan ditadbir dan ditafsirkan berdasarkan undang-undang Malaysia. Kecuali jika ianya dinyatakan sebaliknya dalam Penyata Polisi dan Prosedur eCosway, semua pertikaian dan tuntutan berkenaan eCosway, Perjanjian Pemilik Perniagaan, Rancangan Keuntungan eCosway atau barangan, hak dan tanggungjawab seorang Pemilik Perniagaan atau sebarang bentuk tuntutan atau sebarang langkah yang berkaitan dengan prestasi Pemilik Perniagaan atau eCosway dibawah Perjanjian Pemilik Perniagaan akan diselesaikan secara timbangtara di Kuala Lumpur atau di sebarang lokasi lain yang ditetapkan oleh eCosway, mengikut Akta Timbangtara Malaysia 2005 dan Peraturan Timbangtara Pusat Timbangtara Antarabangsa Asia. Jika seorang Pemilik Perniagaan membuat tuntutan atau tuntutan balas terhadap eCosway, seorang Pemilik Perniagaan akan melakukannya secara individu dan bukannya bersama para Pemilik Perniagaan yang lain atau menjadi sebahagian daripada tuntutan kelompok. Keputusan penimbangtara adalah muktamad dan perlu dipatuhi oleh semua pihak dan jika perlu boleh dirujuk kembali kepada mahkamah yang berkenaan yang tersebut dalam Klausa Semua kos dan perbelanjaan timbangtara termasuk kos guaman dan perbelanjaan pemfailan akan ditanggung sendiri oleh pihak-pihak. Walau bagaimana pun, kos-kos dan perbelanjaan berkaitan yuran penimbangtara akan dikongsi sama rata oleh semua pihak. Persetujuan bagi timbangtara ini akan terus berkuatkuasa selepas Perjanjian ini dibatalkan atau tamat tempoh.

 

 

 

14.

Semua pihak bersetuju bahawa bagi tujuan penguatkuasaan keputusan timbangtara dan sebarang perkara yang tidak tertakluk kepada timbangtara sebagaimana yang disebut dalam klausa 13 di atas, akan dirujuk kepada bidangkuasa dan diputuskan oleh mahkamah di Malaysia.

     





  View our Privacy PolicyTerms of UseAdvertising & Anti-Spam PolicyContact DetailsAbout Us

© 2001-2024 eCosway.com Sdn Bhd (509213-A). All Rights Reserved Worldwide.
The eCosway logo is a trademark of eCosway.com Sdn Bhd (509213-A).