Home | My Account | Go Shopping
 

     
  Advanced Search

 
  Super Selections are proven best sellers with great freight savings! If you make a purchase from the Supplier Selections area, please check-out completely before visiting the Super Selections area.
 

Syarat-syarat Penggunaan

Pengenalan

Kami, pemilik laman web eCosway telah mengasaskan syarat di mana ("Syarat-syarat penggunaan") sebagai satu syarat standard untuk semua pelawat laman web eCosway termasuk tanpa had kepada para Pemilik Perniagaan dan para Pembeli kami. Dengan membaca Syarat-syarat Penggunaan dan bersetuju untuk menepatinya sebelum mula menggunakan laman web eCosway anda akan faham apa yang anda boleh harapkan daripada kami dan apa yang kami akan harapkan daripada anda ketika anda menggunakan laman web eCosway sebab semua ini akan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di sini. Ketika anda login ke dalam mana-mana laman web eCosway, anda bersetuju untuk menerima dan tertakluk secara sah untuk mematuhi Syarat-Syarat Penggunaan ini. Kami mempunyai hak mutlak untuk mengubah, menukar, menambah atau mengeluarkan sebahagian daripada Syarat-syarat Penggunaan dari masa ke semasa. Jika anda tidak bersetuju dengan Syarat-syarat Penggunaan ini, seperti dalam keadaannya sekarang atau selepas diubah, jangan gunakan laman web ini dan hentikan sebarang aktiviti yang melibatkannya. Anda boleh melihat versi terkini (setelah diubah dari masa ke semasa) Syarat-syarat Penggunaan ini di mukasurat ini. Di samping ini ketika anda menggunakan perkhidmatan eCosway yang tertentu anda mungkin tertakluk kepada lain-lain panduan dan syarat-syarat tambahan yang merangkumi perkhidmatan tersebut. Semua panduan dan syarat-syarat tambahan seperti itu akan disertakan dengan merujuk kepada Syarat-syarat Penggunaan ini. Sila rujuk kepada Syarat-syarat Penggunaan ini dari masa ke semasa untuk sebarang perubahan. Jika anda terus mengakses atau menggunakan laman web eCosway ini berikutan sebarang perubahan kepada Syarat-syarat Penggunaan ini, anda akan dianggap bersetuju dengan perubahan tersebut.

Jika anda adalah seorang Pemilik Perniagaan eCosway atau seorang Pembeli eCosway yang berdaftar, anda ada syarat-syarat dan peraturan tambahan dalam Perjanjian Pemilik Perniagaan atau Syarat-syarat dan Peraturan Membeli-belah, bergantung kepada yang mana berkenaan dengan anda.


Orang Yang Ditujukan

Laman web eCosway diterbitkan oleh eCosway sebagai satu perkhidmatan kepada para Pemilik Perniagaan, para Pembeli dan lain-lain pelawat yang dibenarkan memasuki laman ini. Laman ini merupakan satu laman perniagaan dan komersial. Penggunaan laman ini akan mengikat para pengguna dan eCosway secara sah dan oleh itu ianya tidak ditujukan kepada sesiapa yang dibawah umur atau sebarang entiti yang tidak layak dari segi undang-undang di negara asal mereka untuk menyertai satu kontrak secara bebas. eCosway tidak bertanggungjawab untuk kandungan dan maklumat yang disiarkan di sini untuk dimuat turun di mana-mana negara yang anda menetap. Akses kepada bahan-bahan dalam laman web eCosway mungkin tidak dibenarkan di setengah-setengah negara. Anda secara peribadi bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang di negara yang anda duduki sebelum menggunakan laman web ini.



Tandaniaga

eCosway tidak akan membenarkan penggunaan bagi sebarang tujuan(kecuali jika ada kebenaran bertulis) sebarang bentuk tanda nama, tanda perniagaan, nama perkhidmatan, tanda perkhidmatan, nama produk, URL, alamat web, rekaan atau simbol oleh sesiapa sahaja termasuk Pemilik Perniagaan eCosway tanpa kebenaran bertulis. Para Pemilik Perniagaan tidak perlu mendapatkan kebenaran bertulis untuk menggunakan apa yang tersebut di atas jika para Pemilik Perniagaan menggunakan bahan rasmi eCosway.

Para Pemilik Perniagaan tidak boleh menerbitkan sebarang acara atau ucapan Syarikat untuk pengedaran atau jualan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada eCosway para Pemilik Perniagaan juga tidak boleh menerbitkan semula sebarang persembahan rakaman audio atau video Syarikat.


Penafian Jaminan

Para Pemilik Perniagaan, para Pembeli dan pelawat ke laman Web eCosway serta laman web pihak ketiga yang dihubungkan kepadanya atau yang menggunakan laman ini secara khususnya berbuat demikian atas risiko mereka sendiri. eCosway tidak menjamin perkhidmatan yang diberikan boleh diakses pada setiap masa tanpa sebarang gangguan atau kesilapan. Mungkin terdapat kelewatan, kelalaian, gangguan dan ketidaktepatan dari segi kandungan, penyebaran berita, maklumat dan lain-lain bahan. eCosway tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungan atau ketersediaan laman web pihak ketiga yang mungkin dihubungkan dengannya.

eCosway tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang mesej emel yang terpadam.

Walaupun eCosway akan mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan pencerobohan oleh virus dan lain-lain elemen perosak ianya tertakluk kepada dan tidak terhad kepada virus komputer, 'hackers' atau lain-lain sabotaj teknikal. eCosway juga tidak menjamin sebarang kandungan yang dimuat turun daripada laman webnya serta daripada laman web pihak ketiga yang dihubungkan dengannya adalah bebas daripada sebarang jenis kerosakan.

Syarikat juga tidak akan bertanggungjawab atau dikaitkan dengan sebarang jenis kerosakkan yang mungkin berlaku kepada komputer anda akibat daripada memuat turun maklumat daripada laman web syarikat atau pun daripada laman web pihak ketiga yang dihubungkan dengannya.

SILA AMBIL PERHATIAN TERHADAP PENAFIAN JAMINAN YANG PENTING SEPERTI BERIKUT INI :

MAKLUMAT, BAHAN DAN PERKHIDMATAN YANG TERKANDUNG DALAM SEMUA LAMAN eCOSWAY ini TERTAKLUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA GRAFIK, HUBUNGAN DAN LAIN-LAIN BAHAN, YANG DISEDIAKAN UNTUK ANDA BERDASARKAN "DI MANA IANYA BERADA" DAN "SEPERTI YANG TERDAPAT" TANPA SEBARANG JAMINAN ATAU WARANTI TERHADAP KETEPATAN, KECUKUPAN ATAU KESEMPURNAAN MAKLUMAT ATAU BAHAN, DAN eCOSWAY SECARA MUTLAK TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB BAGI SEBARANG KESILAPAN DAN/ATAU KELALAIAN DARI SEGI MAKLUMAT DAN BAHAN SEHINGGA KE TAHAP MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, eCOSWAY JUGA MENAFIKAN SEMUA JENIS PERWAKILAN DAN SEBARANG JENIS WARANTI, JIKA SEMUA YANG DITERANGKAN TERMAKLUM ATAU BERKANUN, TERMASUK TANPA HAD BAGI PEMAKLUMAN TAJUK WARANTI, PENCABULAN, PERDAGANGAN DAN KETEPATAN BAGI SESUATU SEBAB.


Had Liabiliti

eCOSWAY DALAM SEBARANG KEADAAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA SEBARANG JENIS KEROSAKKAN, TERMASUK TANPA HAD SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG, KHAS, SECARA KEBETULAN, PAMPASAN, SEBAGAI CONTOH ATAU KEROSAKKAN BERSEBAB, KERUGIAN, ATAU PERBELANJAAN, TERMASUK TANPA KEHILANGAN HAD ATAU TERSILAP ARAHAN, HILANG KEUNTUNGAN, HILANG PENDAFTARAN, HILANG EHSAN ATAU KEHILANGAN ATAU KECURIAN ATURCARA ATAU LAIN-LAIN MAKLUMAT, YANG TERJADI DAN DALAM SEBARANG TEORI LIABILITI YANG TIMBUL DARIPADA INI ATAU BERKAIT DENGAN (1) PENGGUNAAN LAMAN WEB SYARIKAT, ATAU KERANA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN LAMAN WEB TERSEBUT OLEH SEBARANG PIHAK (2) SEBARANG KEGAGALAN PRESTASI, KESILAPAN, KELALAIAN, GANGGUAN, KEROSAKKAN, PENANGGUHAN OPERASI ATAU TRANSMISI, ATAU (3) KEROSAKKAN TALIAN ATAU SISTEM ATAU SERANGAN VIRUS ATAU SEBARANG BENTUK SABOTAJ TEKNIKAL, WALAUPUN JIKA eCOSWAY, PARA PEKERJANYA ATAU WAKIL MEREKA DINASIHATKAN AKAN WUJUDNYA KEMUNGKINAN KEROSAKKAN, KERUGIAN ATAU PERBELANJAAN.

Para Pemilik Perniagaan dan para Pembeli mengakui penafian diatas akan merangkumi semua kandungan web, barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di pusat membeli-belah eCosway.

Jika ada sebarang perundangan yang tidak membenarkan pengecualian atau had kepada liabiliti sedemikian, jika ianya ada ianya akan terhad kepada setakat yang dibenarkan oleh undang-undang sahaja.


Siaran Umum

Siaran umum tertakluk kepada rujukan, pengubahsuaian dan pemadaman oleh eCosway tanpa sebarang notis. Walaupun eCosway berhak untuk menghalang atau memadamkan siaran umum dan/atau emel tanpa kebenaran yang akan bercanggah dengan Perjanjian ini, ianya bukan kewajipan atau tanggung jawab eCosway untuk berbuat demikian.


Hubungan kepada laman web yang lain


Laman web eCosway mungkin mengandungi banyak hubungan ke lain-lain laman web, termasuk tetapi tidak terhad kepada laman web para Pembekal dan laman web yang membekalkan lain-lain barangan, yang dimiliki dan diuruskan oleh pihak ketiga. Hubungan ke laman web yang bukannya laman web eCosway tidak bererti eCosway mengiktiraf atau bertanggung jawab untuk kandungannya, kegunaannya atau untuk produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di laman-laman tersebut. Dengan menggunakan hubungan-hubungan tersebut dan, jika ada anda mengakui dan bersetuju eCosway tidak akan bertanggung jawab kepada sebarang aksi, kandungan, akses, polisi peribadi, buah fikiran, pendapat yang diberikan, perkhidmatan yang diberikan, barangan yang ditawarkan untuk dijual atau hubungan lain yang menawarkannya.

Dengan ini anda melepaskan sebarang hak yang mungkin anda miliki dibawah perundangan negara anda terhadap eCosway bagi sebarang liabiliti yang timbul secara langsung atau tidak langsung bagi sebarang kerosakkan, atau kehilangan yang timbul atau didakwa akibat daripada aksi, kandungan, akses, polisi peribadi, buah fikiran, pendapat yang diberikan, perkhidmatan yang diberikan, barangan yang ditawarkan melalui hubungan itu atau ditawarkan melalui sumber-sumber ini. Jika anda ada sebarang soalan berkenaan laman-laman web tersebut, anda perlu mengajukannya secara terus kepada pengurus laman web tersebut.


Hak Pemilikan

Anda mengakui laman web eCosway mengandungi maklumat, data, gambar, graf, perisian, video, teks, muka taip, grafik, corak, musik, bunyi dan lain-lain bahan (secara kolektif dikenali sebagai "Hak Intelektual") yang dilindungi oleh hakcipta, paten, tanda niaga, rahsia atau lain-lain hak dan hak-hak ini adalah sah dan dilindungi dari semua segi, teknologi yang wujud sekarang dan yang akan bakal diperkembangkan.

Laman web eCosway dan sebarang bahagian daripadanya yang mengandungi Kandungan Intelektual terpelihara hakciptanya sebagai hasil kerja kolektif dibawah undang-undang Amerika Syarikat (A.S.) dan lain-lain perundangan hakcipta antarabangsa. Syarikat memiliki hakcipta untuk memilih, mengkordinasi, mengatur dan meningkatkan Kandungan Intelektual. Nama eCosway dan logonya adalah tanda niaga eCosway. Semua tanda niaga yang ada di laman-laman web eCosway yang tidak dimiliki oleh eCosway adalah tanda niaga milik pemilik yang berkenaan.

Anda tidak boleh mengubahsuai, mengeluarkan, memadam, memperkuat, menambah, menerbitkan, menghantar, terlibat dalam menukar hak milik atau menjual, menghasilkan hasil kerja derivatif, mengedar, mempersembahkan, mempamerkan atau dalam sebarang bentuk cara mengeksploitasikan Kandungan Intelektual atau laman-laman web ini secara keseluruhan atau sebahagian.

Jika tidak ada sebarang halangan secara spesifik yang tersiar, anda diberikan kebenaran untuk mengakses dan menggunakan secara sah laman-laman web tersebut, untuk memamirkan, memuat turun, menyimpan dan untuk mencetak keluar bahagian laman web bagi kegunaan peribadi anda dengan syarat anda tidak mengubahsuai bahan dan anda menyimpan semua notis hakcipta dan notis hak milik yang terkandung dalam bahan-bahan ini.

Tanpa kebenaran bertulis daripada eCosway anda tidak boleh mengeluarkan atau menyalin mana-mana bahan yang terkandung dalam laman web eCosway ke dalam mana-mana pelayan. Anda juga bersetuju untuk tidak menyalin, membuka, 'de-compile' atau menyongsang sebarang bahagian laman web eCosway atau pun cuba mendapat atau belajar membaca kod sumber, struktur, alogritma atau idea yang mengasaskan laman-laman web tersebut atau mengambil sebarang langkah yang bercanggah dengan Syarat-syarat Penggunaan.


Hak Syarikat

Syarikat tidak boleh dan tidak akan menapis kandungan laman-laman web para Pemilik Perniagaan dan tidak berkewajipan untuk berbuat demikian. Walaubagaimana pun setiap Pemilik Perniagaan bersetuju yang syarikat boleh mengawasi laman-laman web mereka serta kandungannya dari masa ke semasa.

Syarikat mempunyai hak mutlak untuk membatalkan tanpa notis, dan tidak perlu memulangkan sebarang bayaran yang telah pun dibayar oleh Pemilik Perniagaan atau Pembeli berdaftar yang telah melanggar Perjanjian Pemilik Perniagaan atau pun Syarat-syarat Membeli-belah atau menggunakan laman web bagi sesuatu tujuan yang bertentangan dengan undang-undang.

Syarikat juga boleh mengawasi laman-laman web para Pemilik Perniagaan secara elektronik. Syarikat juga boleh mendedahkan kandungan, rekod, atau pun komunikasi elektronik yang terkandung dalam laman web bila diperlukan (i) untuk mematuhi sebarang undang-undang, peraturan atau permintaan secara rasmi daripada sebarang pihak berkuasa kerajaan; (ii) jika pendedahan tersebut adalah wajar atau berpatutan untuk operasi laman web ini; atau (iii) untuk melindungi hak dan harta Syarikat, para Pengguna, para Penaja, para Penyedia maklumat, para Pelesen atau saudagar.

Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk menapis, mengawal, menyunting atau mengawasi kandungan laman web para Pemilik Perniagaan. Walaubagaimana pun Syarikat boleh menyiasat sebarang aduan pencabulan hakcipta, fitnah, kandungan haram atau kandungan yang menyinggung perasaan atau bahan di laman web para Pemilik Perniagaan dan secara mutlak mengeluarkan atau membuat permintaan mengeluarkan kandungannya daripada laman web para Pemilik Perniagaan.

Syarikat mempunyai hak untuk menghalang, menyunting atau mengeluarkan kandungan yang dianggap tidak sesuai kepada mana-mana individu atau entiti.


Keadaban Dalam Talian

Anda mengakui semua kandungan secara umum atau secara peribadi yang dihantar merupakan tanggungjawab orang dari mana kandungan itu berasal. Ini bererti anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kandungan dalam laman web anda, emel atau bahan lain yang dihantar melalui perkhidmatan eCosway. eCosway tidak mengawal sebarang kandungan yang disiarkan melalui perkhidmatan eCosway, oleh yang demikian eCosway tidak menjamin atau memberikan jaminan berkenan ketepatan, integriti atau kualiti kandungan tersebut. Anda juga perlu faham dengan menggunakan perkhidmatan eCosway, anda mungkin terdedah kepada kandungan yang menyinggung perasaan, lucah atau kandungan yang anda tidak mungkin suka. Dalam sebarang keadaan eCosway tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kandungan, termasuk dan tidak terhad kepada, sebarang kesilapan atau kelalaian dalam sebarang kandungan, atau bagi sebarang kehilangan atau kerosakkan yang timbul akibat daripada menggunakan kandungan yang disiarkan, dihantar melalui emel atau yang ditransmisi melalui perkhidmatan eCosway.

Sebarang langkah oleh mana-mana para Pemilik Perniagaan atau para Pembeli yang pada pendapat Syarikat menghalang atau menyekat para Pemilik Perniagaan atau para Pembeli daripada terus menggunakan atau menikmati perkhidmatan kemudahan eCosway adalah dihalang sama sekali. Para Pemilik Perniagaan dan para Pembeli bersetuju untuk menggunakan kemudahan eCosway bagi sebab yang sah dari segi undang-undang. Para Pemilik Perniagaan dan para Pembeli dihalang daripada menyiar atau menghantar melalui eCosway sebarang perkhidmatan yang tidak sah dari segi undang-undang, mengugut, mencarut, mengganggu, memfitnah, lucah, tidak senonoh, mencabul, menimbulkan kebencian, bersifat perkauman, tidak beretika atau bahan yang dilarang,termasuk dan tidak tertakluk kepada sebarang bahan yang menggalakkan sesuatu yang bersifat jenayah, liabiliti sivil, atau menyalahi sebarang perundangan tempatan, negeri, daerah, jajahan, kebangsaan atau antarabangsa.

Anda juga bersetuju untuk tidak menggunakan perkhidmatan eCosway untuk :
  1. memuat turun, mengepos, emel atau menghantar sebarang kandungan yang tidak sah, berbahaya, menggugut, mencemarkan, menyakitkan, menyinggung perasaan, lucah, tidak senonoh, tidak libel, mengganggu orang lain, membenci, atau bersifat perkauman secara etika atau pun tidak atau bertentangan ;
  2. mencederakan sesiapa dalam apa saja cara;
  3. meniru orang lain atau secara palsu membuat pengakuan berkenaan kaitan anda dengan sesiapa atau sebarang entiti;
  4. memalsukan dan memesongkan surat berkepala rasmi bagi tujuan mengubah kandungannya;
  5. memuat turun, mengepos atau menghantar sebarang kandungan yang bukannya hak anda dibawah sebarang undang-undang atau dibawah sebarang kontrak atau ada kaitan fidusiari (umpamanya, maklumat sulit, hakcipta, dan maklumat peribadi yang anda ketahui atau perlu diketahui dibawah kaitan majikkan dan pekerja serta dalam perjanjian merahsiakan maklumat tertentu);
  6. memuat turun, mengepos, emel atau menghantar sebarang kandungan yang mencabuli patent, tanda niaga rahsia perniagaan, hakcipta terpelihara atau lain-lain hak sebarang pihak;
  7. memuat turun, mengepos, emel atau menghantar sebarang bahan yang mengandungi perisian yang mengandungi virus atau kod komputer yang lain, fail atau aturcara yang dicipta untuk menganggu, merosakkan atau menghadkan fungsi sebarang perisian komputer atau perkakasan komputer atau peralatan telekomunikasi;
  8. masuk campur atau menganggu perkhidmatan eCosway atau pelayan atau rangkaian yang menyambungkan perkhidmatan eCosway atau tidak mematuhi sebarang keperluan, prosedur, polisi atau peraturan rangkaian yang disambungkan dengan perkhidmatan eCosway;
  9. Secara sengaja atau pun secara tidak sengaja tidak mencabuli sebarang perundangan tempatan, negeri, daerah, jajahan, kebangsaan atau antarabangsa atau sebarang perundangan yang berkuatkuasa atau
  10. Mengumpul dan menyimpan maklumat peribadi para pengguna, para Pemilik Perniagaan atau pun para Pembeli Berdaftar yang lain.

Polisi Anti Spam & Pengiklanan

eCosway secara automatik akan membatalkan Perjanjian Pemilik Perniagaan atau penyertaan anda sebagai seorang Pembeli Berdaftar dan menghalang anda daripada mengakses laman web eCosway jika anda disyaki telah menjalankan atau ada kaitan dengan sebarang kegiatan spam atau telah menghantar emel secara pukal tanpa kebenaran.

Anda mengakui yang anda telah membaca dan bersetuju untuk mematuhi Polisi Anti-Spam & Pengiklanan yang telah dimasukkan secara rujukkan ke dalam ini dan dijadikan sebahagian daripada Syarat-syarat Penggunaan.

Indemniti

Anda bersetuju untuk mengindemniti eCosway, para pengarahnya, para pegawainya, para pekerja dan agen-agen dan tidak menjadikan mereka bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau liabiliti yang ditanggung oleh eCosway akibat daripada dakwaan perwakilan yang tidak sah atau sesuatu yang mencabuli Syarat-syarat Penggunaan ini. Jika anda seorang Pemilik Perniagaan atau seorang Pembeli Berdaftar peruntukkan ini akan berkuatkuasa bila Perjanjian Pemilik Perniagaan dan Syarat-syarat dan Peraturan Membeli-belah dibatalkan. Para Pemilik Perniagaan juga bersetuju untuk mengindemniti eCosway daripada semua liabiliti, tuntutan berasaskan kewangan atau pun tidak berasaskan kewangan, perbelanjaan dan kerosakkan (termasuk bayaran dan kos untuk peguam) yang timbul akibat daripada atau penggunaan yang berkaitan dengan laman web eCosway atau sebarang bahan rasmi eCosway; termasuk tanpa had sebarang tuntutan label, menyinggung perasaan, pencabulan hak peribadi atau publisiti, kehilangan perkhidmatan bagi para Pemilik Peniagaan eCosway yang lain dan pencabulan hak intelektual atau lain-lain hak.


Undang-undang yang berkuatkuasa

Syarat-syarat Penggunaan anda dipatuhi dan mesti bertetapan dengan undang-undang di Malaysia, tanpa memberikan sebarang kesan kepada sebarang dasar yang bertentangan dengan undang-undang. Anda juga bersetuju yang sebarang langkah perundangan yang diambil atau ekuiti yang timbul akibat daripada atau berkaitan dengan Syarat-syarat Pengguna hanya boleh didaftarkan dalam mahkamah kebangsaan, persekutuan, atau mahkhamah negeri di Kuala Lumpur Malaysia dan anda perlu menuruti kehendak mahkamah tersebut bagi tujuan pendakwaan.


Peruntukkan Pembatalan

Jika sebarang daripada peruntukkan dalam Syarat-syarat Pengunaan ini tidak sah, terbatal atau atas sebarang sebab tidak dapat dikuatkuasakan maka peruntukkan itu akan dianggap terbatal daripada Syarat-syarat Penggunaan dan tidak ada sebarang kesan dan tidak dapat diperkuatkuasakan bagi sebarang peruntukkan yang lain. Syarat-syarat Penggunaan ini bersama Perjanjian Pemilik Perniagaan atau Syarat-syarat dan Peraturan Pembeli tidak boleh diubahsuai oleh anda melainkan dengan kebenaran bertulis daripada eCosway serta ditandatangani oleh kedua-dua pihak.


Notis

Sebarang notis yang diberikan oleh mana-mana pihak mestilah dalam bentuk bertulis dan akan dianggap diterima jika dihantar melalui emel kepada alamat rasmi emel yang diberikan kepada para Pemilik Perniagaan atau para Pembeli Berdaftar Syarikat.







  View our Privacy PolicyTerms of UseAdvertising & Anti-Spam PolicyContact DetailsAbout Us

© 2001-2024 eCosway.com Sdn Bhd (509213-A). All Rights Reserved Worldwide.
The eCosway logo is a trademark of eCosway.com Sdn Bhd (509213-A).