Home | My Account | Go Shopping
 

     
  Advanced Search

 
  Super Selections are proven best sellers with great freight savings! If you make a purchase from the Supplier Selections area, please check-out completely before visiting the Super Selections area.
 

Polisi Anti-Spam dan Pengiklanan

SILA AMBIL PERHATIAN : Polisi berikut yang secara khususnya berkaitan dengan aktiviti promosi anda telah diambil terus daripada SEKSYEN TIGA Polisi & Prosedur eCosway yang telah pun anda tandatangani secara elektronik dan bersetuju ketika anda mendaftarkan diri sebagai Pemilik Perniagaan eCosway.

Pematuhan kepada Rancangan Keuntungan eCosway
Para Pemilik Perniagaan eCosway mestilah mematuhi syarat Rancangan Keuntungan eCosway seperti yang telah terkandung dalam bahan rasmi eCosway. Melainkan jika Pemilik Perniagaan mendapat kelulusan bertulis daripada eCosway seorang Pemilik Perniagaan tidak boleh menawarkan peluang pendapatan eCosway, atau dalam sebarang kombinasi, bersama sistem lain, rancangan atau cara memasarkannya selain daripada seperti yang ditentukan dalam bahan rasmi eCosway. Para Pemilik Perniagaan tidak boleh memaksa atau menggalakkan para Pemilik Perniagaan atau para Pembeli kini atau bakal prospek sebarang perjanjian atau kontrak selain daripada perjanjian dan kontrak rasmi eCosway bagi menjadi Pemilik Perniagaan. Seiring dengan itu, para Pemilik Perniagaan tidak boleh atau menggalakkan para Pemilik Perniagaan masa kini atau bakal Pemilik Perniagaan atau pun Pembeli membuat sebarang pembelian, atau pembayaran kepada sebarang individu atau entity bagi mengambil bahagian dalam Rancangan Keuntungan eCosway selaih daripada belian atau bayaran yang dikenal pasti serta disarankan atau diwajibkan dalam bahan rasmi eCosway.

Pengiklanan Secara Am
Semua Pemilik Perniagaan akan melindungi dan mempromosi nama baik eCosway dan barangannya. Pasaran dan promosi eCosway, peluang di eCosway, Rancangan Keuntungan dan barangan eCosway mestilah konsisten dengan kepentingan awam, dan mestilah terkecuali daripada sebarang langkah tidak sopan, menipu, tidak tepat, tidak beretika atau yang tidak bermoral.

Untuk mempromosikan barangan dan peluang hebat yang ditawarkan oleh eCosway. Pemilik Perniagaan perlu menggunakan bahan bantuan jualan dan bahan sokongan yang diterbitkan atau diluluskan oleh eCosway. Rasional disebalik ini adalah mudah. eCosway telah memilih barangannya dengan penuh berhati-hati, mereka Rancangan Keuntungan dan bahan promosi untuk memastikan setiap aspek eCosway adalah adil, ikhlas, benar dan mematuhi keperluan perundangan kebangsaan, persekutuan, negeri, kawasan, jajahan atau undang-undanga tempatan yang kompleks. Jika Pemilik eCosway dibenarkan untuk menerbitkan bahan bantuan jualan dan bahan promosi mereka sendiri (termasuk pengiklanan dalam internet) tanpa mendapat kelulusan dengan mengambil kira keikhlasan dan niat baik mereka ada kemungkinan mereka akan melanggar undang-undang, statues atau peraturan yang mengawal perniagaan eCosway. Kesalahan ini walaupun mungkin kecil dari segi bilangannya ianya mungkin mengancam peluang eCosway bagi semua Pemilik Perniagaan. Sejajar
dengan itu Pemilik Perniagaan mesti menghantar semua alat bantuan jualan yang bercetak, bahan promosi, iklan, dan lain-lain bahan cetak (termasuk cadangan untuk mengiklan dalam Internet) kepada Syarikat untuk mendapatkan kelulusan. Pemilik Perniagaan boleh menghasilkan, menerbit dan menggunakan alat bantuan jualan, bahan promosi, iklan dan lain-lain bahan cetak tanpa kelulusan bertulis dariada Syarikat jika dan hanya kalau ianya tidak ada rujukkan secara langsung atau tidak langsung kepada eCosway atau Rancangan Keuntungan, barangan, tanda niaga, nama niaga, tanda perkhidmatan, nama perkhidmatan, laman web, URL atau lain-lain maklumat pengenalan .

Polis Anti-Spam & Pengiklanan

Untuk melindungi semua Pembeli dan Pemilik Perniagaan, eCosway telah mengambil langkah untuk TIDAK BERTOLAK ANSUR langsung dengan kegiatan spam dan mengiklan secara tidak tepat. Para Pemilik Perniagaan atau Pembeli yang didapati menggunakan keadah 'spamming' atau mengiklan secara tidak tepat untuk mempromosikan perniagaan eCosway akan ditamatkan keahliannya. Jikalau seorang Pemilik Perniagaan atau Pembeli ditamatkan keahlian kerana 'spamming' mereka akan kehilangan semua hak keahlian, semua duit dan nilai mata (Value Point), semua rujukkan dan tidak lagi layak untuk menyertai eCosway dibawah mana-mana jenis keahlian. Jika kegiatan 'spamming' itu mengakibatkan sebarang kerosakkan kepada mana-mana laman web, domain, pelayan atau aktiviti yang menggendalakan operasi harian, Pemilik Perniagaan tersebut akan bertanggung jawab atas segala kerosakkan dan kerugian yang dialami oleh perniagaan.

Tidak ada definasi tetap yang konsisten berkenaan "spam" buat masa ini. Setengah-setengah orang bertegas mengatakan hanya emel perniagaan yang dihantar secara pukal tanpa izin (Unsolicited Commercial Email - UCE) dikatakan spam, tapi ramai individu dan organisasi anti spam berpendapat sebarang emel yang dihantar kepada seseorang yang tidak sudi menerima emel itu, maka ianya dianggap spam. Untuk tujuan polisi ini, eCosway akan menganggap aktiviti yang dilakukan dalam situasi yang berikut sebagai spam dan mencabuli polisi eCosway:

Secara khususnya Pemilik Perniagaan eCosway dan para Pembeli adalah dihalang daripada melakukan perkara yang tersenarai dalam Seksyen A dalam sebarang keadaan seperti yang tersenarai dalam Seksyen B berikut ini :

Seksyen A

  • Menggunakan perkataan Cosway atau e-Cosway (walau pun dalam kandungan bersama lain perkataan seperti "MyCosway" atau eCoswayNow dan sebagainya. )

  • Menggunakan ejaan yang berasaskan perkataan berikut (seperti e-Cosway, eeCosway, atau causeway).

  • Merujuk kepada Cosway atau eCosway.

  • Menghubungkan URL eCosway atau laman-laman web* (lihat senarai).

  • Menghubungkan kepada satu laman yang kemudiannya menghubungkan kembali kepada URL eCosway atau laman webnya.

  • Menggunakan "mukasurat petunjuk" atau "penghubung kembali" yang membawa semula ke laman eCosway.

  • Menghantar sebarang maklumat secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan eCosway.

Seksyen B

  • Ketika melanggar sebarang undang-undang tempatan, negeri, persekutuan atau antarabangsa termasuk yang berkaitan dengan UCE - penghantaran emel komersil secara pukal.

  • Dalam alamat laman web.

  • Dalam sebarang bentuk pengiklanan (kecuali yang secara spesifiknya dibenarkan oleh eCosway-lihat panduan pemasaran).

  • Dalam fail tandatangan elektronik (kecuali yang telah dibenarkan secara khususnya oleh eCosway).

  • Dalam sebarang emel kepada sesiapa atau bakal Pemilik Perniagaan yang belum meminta sebarang maklumat atau mengizinkan anda menghantar maklumat tersebut kepada mereka.

  • Dalam sebarang bentuk emel yang telah dihantar kepada satu senarai pukal termasuk "senarai selamat"(safe list), "senarai bersih"(clean list), senarai pembelian dan senarai yang telah disalin daripada ruang "Hantar Kepada" (send to) emel anda.

  • Dalam sebarang maklum balas kepada sesiapa yang telah menghantar mesej kepada anda, membuat iklan, atau telah menghantar emel tanpa izin.

  • Dalam sebarang emel yang telah dihantar tanpa alamat penghantar yang sah, yang boleh dibalas kembali.

  • Dalam sebarang emel yang menggunakan nama samaran atau nama palsu, perkara yang tidak benar, samar-samar atau tidak jelas, keterangan yang tidak jelas atau sebarang bentuk maklumat yang tidak benar dan tidak tepat.

  • Semasa berbincang dalam ruang perbualan (chat room) sebelum mendapatkan kebenaran atau izin untuk sebarang maklumat lanjut daripada orang mereka tersebut.

  • Semasa berhubung dengan seseorang yang melalui sistem mesej langsung (seperti ICQ, Yahoo, IM etc.) tanpa mendapatkan kebenaran atau izin untuk sebarang maklumat lanjut daripada orang tersebut.

  • Semasa menghantar sebarang maklumat kepada sebarang forum, usenet atau kumpulan berita (newsgroup), senarai 'majordomo', papan buletin, senarai perbincangan atau lain-lain kumpulan yang sama atau senarai-senarai dalam Internet.

  • Dalam sebarang bahan dalam talian (online) atau bahan bercetak yang belum diluluskan oleh eCosway.

  • Bagi sebarang bahan yang diedar dalam kawasan persendirian atau sebarang tempat lain dalam cara yang tidak dibenarkan oleh sebarang individu, badan atau oleh undang-undang.

URL (Universal Resource Locator) atau lebih dikenali sebagai "alamat laman web" dan domain yang para Pemilik Perniagaan tidak dibenarkan untuk merujuk atau menghubungkan, secara langsung atau tidak langsung dengan atau tanpa memasukkan ID Pemilik Perniagaan/Pembeli ialah :

  • www.eCosway.com
    www.GetPaid2Shop.net
    www.FinallyaBetterWay.com
    www.MakeMoneyStayingHome.com
    www.SafeSecondIncome.com
    www.AmazingOneDollarAuction.com
  • Sebarang laman web yang diberikan kepada Pemilik Perniagaan eCosway (termasuk 30 megabyte .laman web cc).
  • Serta sebarang URL atau domain yang digunakan atau yang akan bakal digunakan oleh eCosway.

Faks tanpa izin
Melainkan daripada apa yang telah disebut dalam seksyen ini, para Pemilik Perniagaan tidak boleh menggunakan atau menghantar faks yang berkaitan dengan operasi perniagaan eCosway mereka tanpa kebenaran.Istilah "faks tanpa izin" bermaksud transmisi melalui faksimili telefon sebarang bahan atau maklumat iklan atau promosi eCosway, barangannya, Rancangan Keuntungan atau sebarang aspek Syarikat yang dihantar kepada sesiapa sahaja, melainkan bagi istilah yang tidak tertakluk kepada istilah ini iaitu : (a) bagi sesiapa sahaja yang telah memberikan kebenaran atau jemputan; atau (b) kepada sesiapa sahaja yang Pemilik Perniagaan telah pun sedia ada kaitan perniagaan atau perhubungan peribadi. Istilah "kaitan perniagaan atau perhubungan peribadi" bermaksud perhubungan yang telah pun sedia ada atau perhubungan komunikasi dua hala antara Pemilik Perniagaan dan orang yang berkenaan berdasarkan : (a) pertanyaan, permohonan, pembelian atau transaksi bagi barangan yang ditawarkan oleh Pemilik Perniagaan; atau (b) perhubungan peribadi atau keluargaaan di mana perhubungan ini belum lagi diputuskan oleh kedua-dua pihak sebelum ini
.

Teknik Pemasaran melalui telefon
Penggunaan sebarang bentuk alat telefon automatik atau taktik "memaksa" berhubung dengan pemasaran atau promosi eCosway, barangannya atau berkenaan peluangnya tidak dibenarkan. Bagi seksyen ini istilah taktik "memaksa" ini termasuk taktik promosi yang berbentuk memaksa yang berkeupayaan membuat bakal Pemilik Perniagaan membuat keputusan atau yang direka untuk mengatasi keengganan bakal Pemilik Perniagaan menyertai eCosway, termasuk dengan cara :

  • Menggunakan kempen telefon insentif atau panggilan tanpa izin kepada orang atau sesiapa sahaja yang tidak dikenali atau tidak ada perhubungan dengan pemanggil di mana orang tersebut dipaksa membuat keputusan mendadak untuk menyertai eCosway tanpa mengambil kira keperluan dan objektif orang tersebut.
  • Menggunakan skrip yang direka untuk menepati objektif bakal Pemilik Perniagaan.
  • Panggilan telefon yang berulang-ulang kali
  • Panggilan telefon yang bersifat memerangkap bakal Pemilik Perniagaan
  • Nada menggugut bakal Pemilik Perniagaan dalam telefon dengan mengatakan mereka kesuntukkan masa untuk membuat keputusan.

Laman web, Nama domain, dan Alamat E-mel
Para Pemilik Perniagaan tidak boleh menggunakan, mendaftar, atau cuba mendaftar perkataan "eCosway", "Cosway" atau sebarang nama perniagaan, tanda perniagaan, nama perkhidmatan, tanda perkhidmatan, nama barangan eCosway atau sebarang nama yang berasaskannya, dalam sebarang nama domain, dalam mana-mana laman web, atau dalam kod HTML atau "meta-tags" sebarang laman web bukan eCosway yang tidak diluluskan oleh eCosway. Para Pemilik Perniagaan juga tidak dibenarkan untuk menghubungkan mana-mana domain atau laman web eCosway daripada mana-mana laman web yang bukannya laman web eCosway. Jika Pemilik Perniagaan ingin menggunakan nama "eCosway" atau "Cosway" dalam laman web, atau jika Pemilik Perniagaan ingin menghubungkan eCosway daripada laman web yang telah direka sendiri oleh Pemilik Perniagaan, mereka mesti terlebih dulu menghubungi eCosway untuk mendapatkan kebenaran bertulis untuk melakukannya. Para Pemilik Perniagaan boleh menggunakan, memasukkan, atau cuba memasukkan perkataan "eCosway", "Cosway" atau sebarang nama perniagaan, tanda perniagaan, nama perkhidmatan, tanda perkhidmatan, nama produk atau nama yang berasaskannya dalam sebarang bentuk alamat mel elektronik atau fail-fail tandatangan.

Jika seorang Pemilik Perniagaan ingin menggunakan laman web Internet untuk mempromosikan perniagaan, mereka boleh melakukannya melalui laman web rasmi eCosway dengan menggunakan templet rasmi eCosway. Para Pemilik Perniagaan juga boleh membina laman web mereka sendiri, tetapi para Pemilik Perniagaan ini mesti memastikan laman web tersebut tidak mengandungi rujukkan langsung atau pun tidak langsung kepada eCosway atau Rancangan Keuntungan, barangan, tanda perniagaan, tanda perkhidmatan, laman web, URL atau sebarang maklumat yang berkenaannya. Para Pemilik Perniagaan yang mereka atau yang menerbitkan laman web mereka sendiri mesti mendaftar laman mereka dengan Syarikat dan mendapatkan kelulusan bertulis daripada Syarikat sebelum laman itu dibuka kepada orang ramai. Para Pemilik Perniagaan juga mesti memberitahu Syarikat akan sebarang perubahan atau tambahan yang bersifat bercanggah dengan polisi dan prosedur ini. Kegagalan untuk memberitahu Syarikat akan sebarang perubahan atau tambahan dianggap melanggat polisi dan prosedur ini.

Tanda Perniagaan dan Hak Cipta
eCosway tidak akan membenarkan penggunaan bagi sebarang tujuan sebarang bentuk tanda nama, tanda perniagaan, nama perkhidmatan, tanda perkhidmatan, nama produk, URL, alamat web, rekaan atau simbol oleh sesiapa sahaja termasuk Pemilik Perniagaan eCosway tanpa kebenaran bertulis. Para Pemilik Perniagaan tidak perlu mendapatkan kebenaran bertulis untuk menggunakan apa yang tersebut di atas jika para Pemilik Perniagaan menggunakan bahan rasmi eCosway.

Para Pemilik Perniagaan tidak boleh menerbitkan sebarang acara atau ucapan Syarikat untuk pengedaran atau jualan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada eCosway para Pemilik Perniagaan juga tidak boleh menerbitkan semula sebarang persembahan rakaman audio atau video Syarikat.

Hak Pemilikkan Laman Web
Para Pemilik Perniagaan mengakui laman web eCosway mengandungi maklumat, gambar, graf, perisian komputer, video, teks, muka taip, grafik, rekaan, musik, bunyi dan lain-lain bahan (secara kolektif dikenali sebagai "Harta Intelektual") yang dilindungi oleh hak cipta, paten, tanda niaga, rahsia perniagaan atau lain-lain hak dan hak-hak ini adalah sah dan melindungi semua jenis teknologi, yang wujud sekarang atau yang bakal wujud. Para Pemilik Perniagaan juga bersetuju untuk tidak mengubah suai, mengeluarkan, memadam, mengimbuh, menambahkan, menerbitkan, mengedar, mempersembahkan, mempamirkan atau dalam sebarang bentuk cara mengeksploitasikan mana-mana Harta Intelektual atau laman web dengan sepenuh atau sebahagian.

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, untuk akses dan menggunakan Laman web eCosway asalkan tidak ada sebarang had disiarkan, Pemilik Perniagaan boleh memamir, muat turun, menyimpan, dan mencetak keluar bahagian laman web bagi penggunaan peribadi Pemilik Perniagaan. Dengan melakukannya, Pemilik Perniagaan tidak boleh mengubah suai bahan dan mesti mengekalkan semua hak cipta dan notis hak milik yang terkandung dalam bahan-bahan tersebut.

Para Pemilik Perniagaan tidak boleh mengubah atau menyalin sebarang bahan dalam Laman web eCosway tanpa mendapatkan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada eCosway. Para Pemilik Perniagaan juga mengakui mereka tidak akan menyalin, memecah, memasang semula atau menjalankan sebarang perubahan tidak langsung kepada mana-mana bahagian laman web eCosway. Para Pemilik Perniagaan juga mengakui mereka tidak akan cuba mendapatkan atau belajar kod sumber, algorithma atau idea di sebalik laman-laman tersebut.

Jika Seksyen ini tidak dipatuhi ianya adalah bersamaan dengan pencabulan Perjanjian Pemilik Perniagaan. Syarat had Seksyan 3.2.7 akan dikuatkuasakan dan Perjanjian Pemilik Perniagaan akan ditamatkan.

Media dan Pertanyaan Media
Para Pemilik Perniagaan tidak boleh mencuba untuk memberikan maklum balas kepada sebarang pertanyaan media berkenaan eCosway, barangannya, atau berkenaan mana-mana perniagaan eCosway. Semua pertanyaan oleh sebarang bentuk media mestilah dirujuk terus kepada Jabatan Perkhidmatan Pelanggan.Polisi ini direka untuk memastikan maklumat yang tepat dan konsisten diberikan kepada pihak umum dan juga untuk penampilan imej yang baik
.

Pendaftaran Palsu
"Pendaftaran Palsu" termasuk : (a) pendaftaran individu atau entiti tanpa pengetahuan tentang dan/atau menandatangani Perjanjian dan Permohonan Pemilik Perniagaan Bebas oleh individu atau entiti; (b) pendaftaran palsu seorang individu atau entiti sebagai Pemilik Perniagaan atau Pembeli; atau (c) pendaftaran atau percubaan untuk mendaftar individu dan entiti yang tidak wujud sebagai Pemilik Perniagaan atau Pembeli ("yang tidak wujud"). Pembelian bonus adalah salah dari segi Polisi dan Prosedur dan tidak dibenarkan sama sekali.

Dakwaan dan tindakan tanpa kebenaran
Seorang Pemilik Perniagaan bertanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang kenyataan lisan dan kenyataan bertulis berkenaan barangan eCosway dan Rancangan Keuntungan yang tidak terkandung dalam bahan cetak rasmi eCosway. Para Pemilik Perniagaan bersetuju melindungi eCosway dan para pengarah eCosway, pegawai-pegawai eCosway, pekerja dan ejen daripada sebarang bentuk kecelakaan dan liabiliti termasuk keputusan mahkamah, saman awam, pemulangan semula, bayaran guaman, kos mahkamah atau kerugian perniagaan yang ditanggung oleh eCosway akibat daripada tindakan tanpa izin Pemilik Perniagaan. Peruntukkan ini tidak tertakluk kepada pembatalan Perjanjian Pemilik Perniagaan.

Dakwaan Produk
Tidak ada sebarang dakwaan (termasuk testimonial peribadi) serta teraputik, kuratif atau sesuatu barangan yang mendatangkan faedah yang ditawarkan oleh eCosway boleh dibuat melainkan yang terkandung dalam bahan cetak rasmi eCosway. Khususnya Pemilik Perniagaan tidak boleh mendakwa yang barangan eCosway mujarab dalam mengubati, memulihkan, mendiagnosis, mengurangkan atau menghalang sebarang penyakit. Kenyataan seumpama ini boleh dianggap sebagai kenyataan berbentuk perubatan atau ubat. Dakwaan seperti ini bukan sahaja melanggar polisi eCosway tetapi ianya mungkin berpotensi melanggar peraturan dan undang-undang kebangsaan, persekutuan, negeri, jajahan, kawasan atau pun setempat.

Dakwaan Pendapatan
Dalam keghairahan mendaftar bakal Pemilik Perniagaan, setengah-setengah Pemilik Perniagaan ada kalanya terdesak untuk menggunakan dakwaan pendapatan atau anggaran pendapatan untuk menunjukkan kuasa sirat pemasaran bertingkat. Ini bukan satu langkah bijak sebab seorang Pemilik Perniagaan baru mungkin kecewa dengan cepat jika keputusannya adalah tidak
sehebat atau secepat yang dicapai oleh orang lain. Di eCosway kami percaya potensi untuk mendapatkan pendapatan eCosway adalah cukup hebat untuk menjadi perhatian tanpa membuat laporan tentang pendapatan orang lain.

Lagi pun di kebanyakan negara, negeri, daerah dan jajahan ada peraturan dan undang-undang yang menghalang beberapa jenis dakwaan pendapatan dan pengakuan yang dibuat oleh orang yang terlibat dalam pasaran berangkai. Para Pemilik Perniagaan mungkin berpendapat adalah amat berguna untuk menyediakan salinan Laporan Status Perniagaan atau untuk menunjukkan pendapatan yang mereka perolehi atau pendapatan orang lain, ada kemungkinan ianya akan bercanggah dengan undang-undang dan memberikan kesan negatif terhadap eCosway dan juga Pemilik Perniagaan. Para Pemilik Perniagaan yang membuat dakwaan sebegini perlu mematuhi undang-undang ketulusan seperti yang telah ditetapkan dan sejajar dengan dakwaan pendapatan dan anggaran pendapatan. Disebabkan para Pemilik Perniagaan eCosway tidak ada maklumat yang diperlukan untuk menepati peruntukkan undang-undang yang merangkumi dakwaan pendapatan, seorang Pemilik Perniagaan ketika memperkenalkan atau berbincang tentang peluang di eCosway atau Rancangan Keuntungan kepada bakal Pemilik Perniagaan, mereka tidak boleh membuat anggaran pendapatan, dakwaan pendapatan, atau menunjukkan pendapatan mereka di eCosway atau Laporan Status Perniagaan (termasuk penyata bank dan penyata cukai pendapatan). Contoh hipotetikal yang digunakan untuk menerangkan Rancangan Keuntungan yang berdasarkan hanya pada anggaran matematikal boleh diberikan kepada bakal Pemilik Perniagaan dengan syarat Pemilik Perniagaan yang menggunakan contoh hipotetikal ini untuk menerangkan dengan jelas terlebih dahulu kepada bakal Pemilik Perniagaan yang pendapatan seumpama ini hanyalah secara hipotetikal.

Percanggahan Kepentingan

Mencuri Pemilik Perniagaan
Pemilik Perniagaan eCosway boleh menyertai lain-lain syarikat jualan langsung atau syarikat pemasaran berangkai atau syarikat pemasaran bertingkat (secara kolektif dikenali sebagai "pemasaran berangkai"), dan para Pemilik Perniagaan boleh melibatkan diri dalam aktiviti jualan yang tidak berkaitan dengan barangan eCosway jika mereka ingin melakukannya. Jikalau seorang Pemilik Perniagaan tidak ingin menyertai peluang pemasaran berangkai yang lain agar tidak ada percanggahan kepentingan dan kesetiaan, para Pemilik Perniagaan tidak dibenarkan untuk mencari Pemilik Perniagaan secara tidak sah, ianya termasuk melalui cara-cara berikut :

Semasa perjanjian ini berkuatkuasa, sebarang langkah atau percubaan untuk mendaftarkan Pemilik Perniagaan eCosway ke dalam syarikat pemasaran berangkai yang lain (kecuali Cosway) secara langsung atau melalui pihak ketiga. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada persembahan atau membantu dalam mempersembahkan lain-lain pemasaran berangkai (kecuali Cosway) kepada mana-mana Pemilik Perniagaan eCosway secara dalam kandungan atau bukan dalam kandungan mengajak mana-mana Pemilik Perniagaan eCosway untuk menyertai perniagaan lain. Sebabnya besar kemungkinan akan timbul percanggahan jika ada Pemilik Perniagaan yang menjalankan dua operasi rancangan pemasaran berangkai, adalah menjadi tanggung jawab Pemilik Perniagaan untuk mengenal pasti terlebih dahulu adakah bakal Pemilik Perniagaan itu adalah Pemilik Perniagaan eCosway sebelum mendaftarkan bakal Pemilik Perniagaan itu ke dalam perniagaan rancangan pemasaran berangkai yang lain.

Selepas pembatalan Perjanjian Pemilik Perniagaan, untuk tempoh masa enam bulan yang berikutnya bekas Pemilik Perniagaan tidak boleh mengajak mana-mana Pemilik Perniagaan eCosway untuk menyertai rancangan pemasaran yang lain (kecuali eCosway).

Laporan Status Perniagaan
Para Pemilik Perniagaan boleh mendapatkan Laporan Status Perniagaan di laman web rasmi eCosway. Laporan Status Perniagaan ini dlilindungi dengan kata laluan. Semua Laporan Status Perniagaan dan maklumat yang terkandung dalamnya dianggap rahsia dan adalah maklumat milik mutlak serta rahsia perniagaan eCosway. Laporan Status Perniagaan disediakan untuk para Pemilik Perniagaan adalah rahsia dan diberikan kepada para Pemilik Perniagaan bertujuan untuk hanya membantu para Pemilik Perniagaan dan Organisasi Downline mereka untuk memperkembangkan perniagaan eCosway mereka. Para Pemilik Perniagaan mesti menggunakan Laporan Status Perniagaan untuk membantu, memotivasi dan melatih Pemilik Perniagaan downline mereka. Para Pemilik Perniagaan dan eCosway bersetuju yang jika Pemilik Perniagaan tidak dapat menerima syarat rahsia dan ketulusan, eCosway tidak akan memberikan Laporan Status Perniagaan kepada Pemilik Perniagaan. Seorang Pemilik Perniagaan tidak boleh bagi diri sendiri atau pun mewakili sesiapa, perkongsian, persatuan, badan atau lain-lain entiti :

Menggunakan maklumat itu untuk bersaing dengan eCosway selain daripada mempromosikan perniagaan eCosway mereka; atau
Mendapatkan atau memujuk Pemilik Perniagaan eCosway yang muncul dalam sebarang laporan atau mengambil langkah atau memperkenalkan kepada Pemilik Perniagaan eCosway, untuk menukar pendirian mereka terhadap eCosway.

Pemilik Perniagaan dan bekas Pemilik Perniagaan perlu memulangkan semula semua Laporan Status Perniagaan asal dan salinannya apabila diminta oleh Syarikat.

Kelulusan atau sokongan kerajaan
Kebanyakan daripada kerajaan kebangsaan, persekutuan, daerah, jajahan atau agensi penguasa tempatan atau pegawai mereka tidak meluluskan atau memberikan sokongan kepada mana-mana syarikat jualan langsung atau syarikat pemasaran berangkai atau rancangan mereka. Oleh itu para Pemilik Perniagaan tidak boleh menganggap atau mendakwa yang eCosway atau Rancangan Keuntungan telah "diluluskan", "disokong" atau mendapat pengikthirafan mana-mana agensi kerajaan, melainkan Syarikat atau Rancangan Keuntungan telah pun diluluskan atau diluluskan secara rasmi oleh agensi tersebut.

Menahan Pendaftaran atau Pesanan
Para Pemilik Perniagaan tidak boleh memanupulasikan pendaftaran Pemilik Perniagaan baru atau pembelian barangan. Memegang pendaftaran atau pesanan dianggap "stacking". Istilah ini termasuk : (a) kegagalan untuk menghantar kepada eCosway, atau memegang Permohonan Pemilik Perniagaan Bebas dan Perjanjian bagi tempoh masa dua puluh empat jam (24) selepas wang atau maklumat kad kredit telah diberikan kepada seorang Pemilik Perniagaan baru kepada seorang Pemilik Perniagaan upline (melainkan berlaku kegagalan transmisi Permohonan Pemilik Perniagaan dan Perjanjian disebabkan syarat yang telah ditetapkan dalam Seksyen 1.4); (b) meletakkan atau memanupulasikan Permohonan Pemilik Perniagaan Bebas dan Perjanjian bagi tujuan memaksimakan pampasan berdasarkan Rancangan Keuntungan eCosway; atau (c) menyediakan bantuan kewangan kepada Pemilik Perniagaan baru bagi tujuan memaksimakan pampasan berdasarkan Rancangan Keuntungan eCosway. 'Stacking' juga dianggap melanggar peraturan serta Polisi dan Prosedur berikut dan adalah dihalang dengan keras sama sekali.

Status Kontraktor Bebas
Para Pemilik Perniagaan adalah kontraktor bebas dan bukannya pembeli franchis atau peluang perniagaan. Perjanjian antara eCosway dan para Pemilik Perniagaan tidak mewujudkan sebarang perhubungan pekerja/majikkan, agensi, perkongsian atau usahasama antara Syarikat dan Pemilik Perniagaan. Para Pemilik Perniagaan tidak akan dilayan sebagai pekerja untuk perkhidmatan kebangsaan, persekutuan, negeri, daerah, jajahan atau untuk cukai kerajaan tempatan. Semua Pemilik Perniagaan bertanggung jawab untuk membayar cukai bagi semua pampasan yang didapati sebagai Pemilik Perniagaan eCosway kepada kerajaan kebangsaan, persekutuan, negeri, daerah, jajahan atau setempat. Para Pemilik Perniagaan tidak ada sebarang hak (dalam apa jua keadaan) untuk membendung Syarikat dengan sebarang tanggung jawab. Setiap Pemilik Perniagaan boleh menetapkan matlamat, waktu dan cara jualan, asalkan mereka menuruti syarat-syarat dalam Perjanjian Pemilik Perniagaan. Polisi dan Prosedur ini dan undang-undang yang berkenaan.

Penggunaan Nama eCosway
Nama eCosway dan lain-lain nama yang akan digunakan oleh eCosway adalah hak milik dan nama perniagaan, tanda niaga dan tanda perkhidmatan eCosway. Oleh itu tanda-tanda ini adalah amat bernilai kepada eCosway dan diberikan kepada par Pemilik Perniagaan untuk digunakan dalam keadaan yang dibenarkan sahaja. Penggunaan nama eCosway ke atas barangan yang tidak dihasilkan oleh Syarikat adalah dilarang kecuali seperti berikut :


Nama Pemilik Perniagaan
Pemilik Perniagaan

Setiap Pemilik Perniagaan boleh mengelar diri mereka sebagai "Pemilik Perniagaan eCosway Bebas" dalam halaman kuning dan putih buku panduan telefon dibawah nama asal mereka, walaubagaimana pun frasa ini atau pun sebarang kata-kata lain yang merujuk kepada eCosway boleh digunakan dalam mana-mana fail tandatangan emel. Para Pemilik Perniagaan tidak boleh membuat iklan dalam buku panduan telefon dengan menggunakan nama atau logo eCosway. Para Pemilik Perniagaan tidak boleh menjawab panggilan telefon dengan menyebut "eCosway" atau dalam mana-mana cara lain yang boleh membuat pemanggil percaya yang mereka telah menghubungi pejabat korporat eCosway.

Pematuhan terhadap undang-undang dan ordinan

Di setengah-setengah negara, negeri, daerah, jajahan dan bandar ada undang-undang yang merangkumi perniagaan yang dijalankan dari dalam rumah. Dalam kebanyakkan kes undang-undang ini tidak merangkumi para Pemilik Perniagaan sebab jenis perniagaan yang dijalankan. Walau bagaimana pun para Pemilik Perniagaan mesti mematuhi undang-undang yang merangkumi mereka jika ada. Jika ada pegawai kerajaan memberitahu seorang Pemilik Perniagaan yang undang-undang, peraturan atau ordinan merangkumi Pemilik Perniagaan, Pemilik Perniagaan tersebut mesti dengan cara yang sopan memberi kerjasama; dan hantar salinan ordinan tersebut kepada Jabatan Pematuhan eCosway. Dalam kebanyakan kes ordinan ini terkecuali daripada merangkumi Pemilik Perniagaan eCosway.





  View our Privacy PolicyTerms of UseAdvertising & Anti-Spam PolicyContact DetailsAbout Us

© 2001-2024 eCosway.com Sdn Bhd (509213-A). All Rights Reserved Worldwide.
The eCosway logo is a trademark of eCosway.com Sdn Bhd (509213-A).