| |
|
|
Penyata Polisi
Dan Prosedur
eCosway |
| |
|
|
| 1 |
SEKSYEN - PENGENALAN |
| |
|
|
| 1.1 |
Rancangan Keuntungan
dan Polisi yang termaktub dalam Perjanjian Pemilik Perniagaan.
Polisi dan Prosedur ini dalam keseluruhannya termasuk sebarang perubahan
yang dibuat terhadapnya secara mutlak oleh eCosway.com Sdn Bhd (509213-A) (dengan
ini dikenali sebagai "eCosway" atau 'Syarikat") tertakluk
dan adalah bahagian penting Perjanjian Pemilik Perniagaan eCosway.
Istilah "Perjanjian" yang digunakan dalam Polisi dan Prosedur
ini merujuk secara kolektif kepada yang berikut:
|
| |
|
|
| |
a)
|
Perjanjian Pemilik Perniagaan
eCosway,
|
| |
b)
|
Polisi dan Prosedur ini;
dan
|
| |
c)
|
Rancangan Keuntungan eCosway.
|
| |
|
|
| |
Dokumen-dokumen ini digabungkan
dan dirujuk sebagai Perjanjian Pemilik Perniagaan eCosway (dalam
bentuk asal atau seperti yang telah diubah oleh eCosway). Adalah
menjadi tanggung jawab setiap Pemilik Perniagaan untuk membaca,
memahami, mematuhi dan memastikan mereka menjalankan operasi mereka
mengikut versi terkini Polisi dan Prosedur ini.
|
| |
|
|
| 1.2 |
Tujuan Polisi
eCosway adalah sebuah syarikat jualan langsung yang memasarkan produk
dan perkhidmatan (secara kolektif dirujuk sebagai "barangan")
melalui Pemilik Perniagaan. Adalah penting untuk kita memahami kejayaan
seorang Pemilik Perniagaan dan kejayaan Pemilik Perniagaan bergantung
kepada keikhlasan mereka dalam memasarkan barangan eCosway ini.
Untuk mendefinasikan secara jelas perhubungan antara Ahli, Pembeli
dan eCosway serta untuk menetapkan satu piawaian untuk menjalankan
perniagaan, eCosway telah merangka Perjanjian ini.
Para Pemilik Perniagaan eCosway diwajibkan untuk mematuhi segala
Syarat dan Peraturan yang terkandung dalam Perjanjian ini, eCosway
secara mutlak boleh meminda dari masa ke semasa, termasuk yang berkaitan
semua undang-undang kebangsaan, persekutuan, negeri, jajahan dan
undang-undang tempatan yang mengawal perniagaan eCosway. Disebabkan
para Pemilik Perniagaan mungkin tidak biasa dengan kebanyakan piawaian
tatatertib, adalah amat penting bagi setiap Pemilik Perniagaan untuk
membaca dan mematuhi Perjanjian ini. Sila rujuk maklumat dalam panduan
ini secara teliti. Ianya menerangkan dan merangkumi perhubungan
antara setiap Pemilik Perniagaan yang merupakan kontraktor bebas
dengan Syarikat.
|
| |
|
|
| 1.3 |
Pindaan Terhadap Perjanjian
Disebabkan undang-undang kebangsaan, persekutuan, negeri, jajahan
dan undang-undang tempatan sentiasa berubah, eCosway mempunyai hak
mutlak untuk meminda Perjanjian dan menetapkan harga barangan. Dengan
menandatangani Perjanjian Pemilik Perniagaan, seorang Pemilik Perniagaan
bersetuju mematuhi semua pindaan atau perubahan yang eCosway ingin
lakukan. Pindaan akan berkuat kuasa sebaik sahaja notis tentang
pindaan terhadap Perjanjian diberikan kepada semua Pemilik Perniagaan.
Notis berkenaan pindaan akan disiarkan dalam terbitan eCosway yang
rasmi. Syarikat akan menyediakan atau memastikan setiap Pemilik
Perniagaan mendapat salinan Perjanjian yang telah dipinda dengan
cara berikut : (1) menyiarkannya dalam laman web rasmi Syarikat;
dan (2) mel elektronik (e-mel). Kesinambungan perniagaan Pemilik
Perniagaan eCosway ditentukan bila Pemilik Perniagaan telah menerima
komisen, langkah ini dianggap sebagai persetujuan dengan semua pindaan.
|
| |
|
|
| 1.4 |
Penangguhan
eCosway tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penangguhan
atau kegagalan dalam prestasi yang timbul akibat daripada keadaan
komersil diluar kawalan.Ini termasuk tanpa had, tunjuk perasaan,
kesukaran mendapat tenaga buruh, pemberontakkan, peperangan, kebakaran,
kematian, kawalan sumber bekalan, dekri atau perintah kerajaan atau
kesukaran teknikal ( contohnya: kegagalan komputer, talian telefon
rosak, dan lain-lain).
|
| |
|
|
| 1.5 |
Pembatalan Polisi dan
Peruntukkan
Jika mana-mana bahagian daripada Perjanjian yang telah dipinda didapati
tidak sah, atau tidak dapat dikuatkuasakan atas sebarang sebab,
hanya bahagian yang tidak sah sahaja yang akan terbatal dan syarat
dan bahagian lain akan berkuatkuasa dan akan diangggap sah, bahagian
yang tidak sah akan dianggap tidak termasuk dalam Perjanjian.
|
| |
|
|
| 1.6 |
Pengecualian
Syarikat tidak akan melepaskan hak untuk memastikan Perjanjian dipatuhi
sepenuhnya dan ianya sejajar dengan undang-undang perniagaan. Kegagalan
eCosway untuk menggunakan sebarang bidang kuasa didalam Perjanjian
atau bertegas dalam memastikan para Pemilik Perniagaan mematuhi
syarat-syarat Perjanjian, dan ianya tidak berbeza atau berlainan
dengan apa yang termaktub dalam Perjanjian akan menjadi asas bagi
pengecualian hak eCosway untuk memastikan Perjanjian dipatuhi sepenuhnya.
Pengecualian oleh eCosway hanya boleh dilakukan dengan kebenaran
bertulis daripada seorang pegawai bertauliah Syarikat. Sebarang
pengecualian yang diberikan oleh eCosway tidak akan melibatkan atau
mencacatkan hak eCosway terhadap lain-lain pengecualian atau hak
ke wajiban yang lain. Ianya juga akan merangkumi sebarang penangguhan
atau kegagalan eCosway dalam menggunakan sebarang hak pengecualian
atau bercanggah dengan hak eCosway terhadap sebarang pengecualian
yang lain.
Kewujudan sebarang tuntutan atau langkah Pemilik Perniagaan terhadap
eCosway tidak boleh dianggap sebagai satu langkah defensif penguatkuasaan
sebarang syarat atau peruntukkan dalam Perjanjian.
|
| |
|
|
| |
|
|
| 2 |
SEKSYEN - MENJADI
SEORANG PEMILIK PERNIAGAAN
|
| |
|
| 2.1 |
Syarat-syarat untuk menjadi
Pemilik Perniagaan
Untuk menjadi Pemilik Perniagaan eCosway, setiap pemohon mesti :
|
| |
|
|
| |
a)
|
Dewasa berdasarkan undang-undang
di negara, negeri, daerah atau jajahan yang menjadi tempat tinggal
mereka;
|
| |
b)
|
Memiliki pengenalan sah yang
boleh digunakan untuk membuka akaun bank (contohnya kad pengenalan
yang dikeluarkan oleh kerajaan, dan lain-lain) di negara, negeri,
daerah atau jajahan tempat tinggal jika diperlukan;
|
| |
c)
|
Bayar yuran pendaftaran dan
yuran akses tahunan; dan
|
| |
d)
|
Menghantar borang Perjanjian
dan Permohonan Pemilik Perniagaan Bebas yang telah siapa diisi kepada
eCosway.
|
| |
|
|
| |
Syarikat mempunyai hak untuk
menolak sebarang permohonan Keahlian eCosway tanpa memberikan sebarang
sebab.
|
| |
|
|
| 2.2 |
Pendaftaran Pemilik Perniagaan
baru secara permohonan dalam talian
Seorang bakal Pemilik Perniagaan eCosway boleh mendaftar secara
dalam talian, atau di eCenter yang terdekat (jika ada). Setelah
Perjanjian dan Permohonan Pemilik Perniagaan dihantar, bakal Pemilik
Perniagaan itu akan diterima sebagai Pemilik Perniagaan baru dan
menerima Nombor Pengenalan Pemilik Perniagaan ("Business Owner
Identification Number - BOIN") yang akan digunakan untuk mengenali
Pemilik Perniagaan tersebut.
|
| |
|
|
| 2.3 |
Faedahnya Pemilik Perniagaan
Sebaik sahaja Perjanjian dan Permohonan Pemilik Perniagaan diterima
oleh eCosway, faedah Rancangan Keuntungan dan Perjanjian Pemilik
Perniagaan akan diberikan kepada Pemilik Perniagaan. Faedah-faedah
ini termasuk hak untuk:
|
| |
|
|
| |
a)
|
Membeli dan menjual barangan
eCosway melalui kedai-kedai
eCosway
(jika ada);
|
| |
b) |
Sertai Sistem Sokongan Pemilik
Perniagaan eCosway (B.O.S.S.); |
| |
c)
|
Sertai Rancangan Keuntungan
(dan terima komisen, kalau layak);
|
| |
d)
|
Memperkenalkan para individu
lain untuk menjadi Pembeli atau Pemilik Perniagaan eCosway, bina
satu Rangkaian Global dan maju bersama Rancangan Keuntungan eCosway;
|
| |
|
|
| 2.4 |
Memperbaharui Perniagaan
eCosway Anda
Tempoh Perjanjian Pemilik Perniagaan adalah satu tahun daripada
tarikh penerimaannya oleh eCosway. Pemilik eCosway mestilah memperbaharui
Perjanjian Pemilik Perniagaan mereka setiap tahun dan membayar yuran
tahunan seperti yang dinyatakan dan diumumkan oleh eCosway
pada atau sebelum genap setahun Perjanjian Pemilik Perniagaan. (Semua
rujukkan dalam Polisi dan Prosedur bagi "Dolar" atau "$"
adalah merujuk kepada dolar AS) Jika yuran tahunan tidak dibayar
pada atau sebelum tarikh tamat Perjanjian Pemilik Perniagaan, Perjanjian
Pemilik Perjanjian akan dibatalkan. Pemilik Perniagaan boleh memilih
untuk menggunakan khidmat Rancangan Pembaharuan Automatik (Automatic
Renewal Program - ARP). Dibawah ARP yuran tahunan akan ditolak daripada
eAccount Bonus Pemilik Perniagaan (jika terdapat baki) pada atau
sebelum bulan ulangtahun Perjanjian Pemilik Perniagaan.
|
| |
|
|
| |
|
|
| 3. |
SEKSYEN - OPERASI
SUATU PERNIAGAAN eCOSWAY
|
| |
|
|
| 3.1 |
Mematuhi Rancangan Keuntungan
eCosway
Pemilik Perniagaan mesti mematuhi syarat-syarat Rancangan Keuntungan
eCosway seperti yang ditetapkan dalam bahan cetak rasmi eCosway.
Melainkan Pemilik Perniagaan eCosway menerima kelulusan bertulis
daripada eCosway, seorang Pemilik Perniagaan tidak boleh menawarkan
peluang di eCosway atau dengan sebarang kombinasi, atau sistem lain,
rancangan atau kaedah pemasaran selain daripada apa yang telah ditetapkan
secara khususnya dalam bahan bercetak rasmi eCosway. Pemilik Perniagaan
tidak diwajibkan atau mengalakkan orang lain atau bakal Pemilik
Perniagaan atau Pembeli untuk menyertai eCosway dalam sebarang cara
yang berlainan daripada apa yang telah ditetapkan dalam bahan cetak
rasmi eCosway. Pemilik Perniagaan tidak diwajibkan atau mengalakkan
orang lain atau bakal Pemilik Perniagaan atau Pembeli untuk menandatangani
sebarang perjanjian atau kontrak selain daripada perjanjian dan
kontrak rasmi eCosway untuk menjadi Pemilik Perniagaan. Pemilik
Perniagaan juga tidak diwajibkan atau mengalakkan orang lain atau
bakal Pemilik Perniagaan atau Pembeli untuk membeli atau membayar,
kepada sebarang individu atau entity untuk menyertai Rancangan Keuntungan
eCosway selain daripada pembelian dan pembayaran yang dikenal pasti
seperti yang disyorkan atau diwajibkan mengikut bahan cetak rasmi
eCosway.
|
| |
|
|
| 3.2 |
Mengiklan
|
| 3.2.1 |
Secara Am
Semua Pemilik Perniagaan akan melindungi dan mempromosi nama baik
eCosway dan barangannya. Pasaran dan promosi eCosway, peluang di
eCosway, Rancangan Keuntungan dan barangan eCosway mestilah konsisten
dengan kepentingan awam, dan mestilah terkecuali daripada sebarang
langkah tidak sopan, menipu, tidak tepat, tidak beretika atau yang
tidak bermoral.
Untuk mempromosikan barangan dan peluang hebat yang ditawarkan oleh
eCosway. Pemilik Perniagaan perlu menggunakan bahan bantuan jualan
dan bahan sokongan yang diterbitkan atau diluluskan oleh eCosway.
Rasional disebalik ini adalah mudah. eCosway telah memilih barangannya
dengan penuh berhati-hati, mereka Rancangan Keuntungan dan bahan
promosi untuk memastikan setiap aspek eCosway adalah adil, ikhlas,
benar dan mematuhi keperluan perundangan kebangsaan, persekutuan,
negeri, kawasan, jajahan atau undang-undanga tempatan yang kompleks.
Jika Pemilik eCosway dibenarkan untuk menerbitkan bahan bantuan
jualan dan bahan promosi mereka sendiri (termasuk pengiklanan dalam
internet) tanpa mendapat kelulusan dengan mengambil kira keikhlasan
dan niat baik mereka ada kemungkinan mereka akan melanggar undang-undang,
statues atau peraturan yang mengawal perniagaan eCosway. Kesalahan
ini walaupun mungkin kecil dari segi bilangannya ianya mungkin mengancam
peluang eCosway bagi semua Pemilik Perniagaan. Sejajar dengan itu
Pemilik Perniagaan mesti menghantar semua alat bantuan jualan yang
bercetak, bahan promosi, iklan, dan lain-lain bahan cetak (termasuk
cadangan untuk mengiklan dalam Internet) kepada Syarikat untuk mendapatkan
kelulusan. Pemilik Perniagaan boleh menghasilkan, menerbit dan menggunakan
alat bantuan jualan, bahan promosi, iklan dan lain-lain bahan cetak
tanpa kelulusan bertulis dariada Syarikat jika dan hanya kalau ianya
tidak ada rujukkan secara langsung atau tidak langsung kepada eCosway
atau Rancangan Keuntungan, barangan, tanda niaga, nama niaga, tanda
perkhidmatan, nama perkhidmatan, laman web, URL atau lain-lain maklumat
pengenalan.
|
| |
|
|
| 3.2.2 |
Polisi Anti-Spam
Untuk melindungi semua Pembeli dan Pemilik Perniagaan, eCosway telah
mengambil langkah untuk TIDAK BERTOLAK ANSUR langsung dengan kegiatan
spam dan mengiklan secara tidak tepat. Para Pemilik Perniagaan atau
Pembeli yang didapati menggunakan keadah 'spamming' atau mengiklan
secara tidak tepat untuk mempromosikan perniagaan eCosway akan ditamatkan
keahliannya. Jikalau seorang Pemilik Perniagaan atau Pembeli ditamatkan
keahlian kerana 'spamming' mereka akan kehilangan semua hak keahlian,
semua duit dan nilai mata (VPs), kad nilai mata (CVPs), Mata Tebus (RPs), eVolume (eV) dan Unit Kelayakan (QUs) dan tidak
lagi layak untuk menyertai eCosway dibawah mana-mana jenis keahlian.
Jika kegiatan 'spamming' itu mengakibatkan sebarang kerosakkan kepada
mana-mana laman web, domain, pelayan atau aktiviti yang menggendalakan
operasi harian, Pemilik Perniagaan tersebut akan bertanggung jawab
atas segala kerosakkan dan kerugian yang dialami oleh perniagaan.
Tidak ada definasi tetap yang konsisten berkenaan "spam"
buat masa ini. Setengah-setengah orang bertegas mengatakan hanya
emel perniagaan yang dihantar secara pukal tanpa izin (Unsolicited
Commercial Email - UCE) dikatakan spam, tapi ramai individu dan
organisasi anti spam berpendapat sebarang emel yang dihantar kepada
seseorang yang tidak sudi menerima emel itu, maka ianya dianggap
spam. Untuk tujuan polisi ini, eCosway akan menganggap aktiviti
yang dilakukan dalam situasi yang berikut sebagai spam dan mencabuli
polisi eCosway:
Secara khususnya Pemilik Perniagaan eCosway dihalang daripada melakukan
perkara yang berikut ini :
-
Menggunakan perkataan
Cosway atau e-Cosway (walau pun dalam kandungan bersama lain
perkataan seperti "MyCosway" atau eCoswayNow dan lain-lain.)
-
Menggunakan ejaan yang
berasaskan perkataan berikut (seperti e-Cosway, eeCosway,
causeway atau ezcosway).
-
Merujuk kepada Cosway
atau eCosway.
-
Menghubungkan URL eCosway
atau laman-laman web* (lihat senarai).
-
Menghubungkan kepada
satu laman yang kemudiannya menghubungkan kembali kepada URL
eCosway atau laman webnya.
-
Menggunakan "mukasurat
petunjuk" atau "penghubung kembali" yang membawa
semula ke laman eCosway.
-
Menghantar sebarang maklumat
secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan eCosway.
... dalam sebarang situasi yang berikut :
-
Ketika melanggar sebarang
undang-undang tempatan, negeri, persekutuan atau antarabangsa
termasuk yang berkaitan dengan UCE - penghantaran emel komersil
secara pukal.
-
Dalam alamat laman web.
-
Dalam sebarang bentuk
pengiklanan (kecuali yang telah dibenarkan secara khususnya
oleh eCosway).
-
Dalam fail tandatangan
elektronik (kecuali yang telah dibenarkan secara khususnya oleh
eCosway).
-
Dalam sebarang e-mel
kepada sesiapa atau bakal Pemilik Perniagaan yang belum meminta
sebarang maklumat atau mengizinkan anda menghantar maklumat
tersebut kepada mereka.
-
Dalam sebarang bentuk
e-mel yang telah dihantar kepada satu senarai pukal termasuk
"senarai selamat" (safe list), "senarai bersih"
(clean list), senarai pembelian dan senarai yang telah disalin
daripada ruang "Hantar Kepada" (send to) emel anda.
-
Dalam sebarang maklum
balas kepada sesiapa yang telah menghantar mesej kepada anda,
membuat iklan, atau telah menghantar emel tanpa izi.
-
Dalam sebarang emel yang
telah dihantar tanpa alamat penghantar yang sah, yang boleh
dibalas kembali.
-
Dalam sebarang emel yang
menggunakan nama samaran atau nama palsu, perkara yang tidak
benar, samar-samar atau tidak jelas, keterangan yang tidak jelas
atau sebarang bentuk maklumat yang tidak benar dan tidak tepat.
-
Semasa berbincang dalam
ruang perbualan (chat room) sebelum mendapatkan kebenaran atau
izin untuk sebarang maklumat lanjut daripada orang mereka tersebut.
-
Semasa berhubung dengan
seseorang yang melalui sistem mesej langsung (seperti ICQ, Yahoo,
IM etc.) tanpa mendapatkan kebenaran atau izin untuk sebarang
maklumat lanjut daripada orang tersebut.
-
Semasa menghantar sebarang
maklumat kepada sebarang forum, usenet atau kumpulan berita
(newsgroup), senarai 'majordomo', papan buletin, senarai perbincangan
atau lain-lain kumpulan yang sama atau senarai-senarai dalam
Internet.
-
Dalam sebarang bahan
dalam talian (online) atau bahan bercetak yang belum diluluskan
oleh eCosway.
-
Bagi sebarang bahan yang
diedar dalam kawasan persendirian atau sebarang tempat lain
dalam cara yang tidak dibenarkan oleh sebarang individu, badan
atau oleh undang-undang.
* URL (alamat laman web)
dan domain yang para Pemilik Perniagaan tidak dibenarkan untuk merujuk
atau menghubungkan, secara langsung atau tidak langsung dengan atau
tanpa memasukkan ID Pemilik Perniagaan/Pembeli ialah :
|
| |
|
www.eCosway.com
www.MakeMoneyStayingHome.com
www.AmazingOneDollarAuction.com
www.HexagonLivingWater.com
www.PartnerMerchants.com
www.ChargeAndEarn.com
|
| |
- Serta sebarang URL atau domain yang
digunakan atau yang akan bakal digunakan oleh eCosway.
|
| |
|
|
| 3.2.3 |
Faks tanpa izin
Melainkan daripada apa yang telah disebut dalam seksyen ini, para
Pemilik Perniagaan tidak boleh menggunakan atau menghantar faks
yang berkaitan dengan operasi perniagaan eCosway mereka tanpa kebenaran.
Istilah "faks tanpa izin" bermaksud transmisi melalui
faksimili telefon sebarang bahan atau maklumat iklan atau promosi
eCosway, barangannya, Rancangan Keuntungan atau sebarang aspek Syarikat
yang dihantar kepada sesiapa sahaja, melainkan bagi istilah yang
tidak tertakluk kepada istilah ini iaitu : (a) bagi sesiapa sahaja
yang telah memberikan kebenaran atau jemputan; atau (b) kepada sesiapa
sahaja yang Pemilik Perniagaan telah pun sedia ada kaitan perniagaan
atau perhubungan peribadi. Istilah "kaitan perniagaan atau
perhubungan peribadi" bermaksud perhubungan yang telah pun
sedia ada atau perhubungan komunikasi dua hala antara Pemilik Perniagaan
dan orang yang berkenaan berdasarkan : (a) pertanyaan, permohonan,
pembelian atau transaksi bagi barangan yang ditawarkan oleh Pemilik
Perniagaan; atau (b) perhubungan peribadi atau keluargaaan di mana
perhubungan ini belum lagi diputuskan oleh kedua-dua pihak sebelum
ini
.
|
| |
|
|
| 3.2.4 |
Teknik Pemasaran melalui
telefon
Penggunaan sebarang bentuk alat telefon automatik atau taktik "memaksa"
berhubung dengan pemasaran atau promosi eCosway, barangannya atau
berkenaan peluangnya tidak dibenarkan. Bagi seksyen ini istilah
taktik "memaksa" ini termasuk taktik promosi yang berbentuk
memaksa yang berkeupayaan membuat bakal Pemilik Perniagaan membuat
keputusan atau yang direka untuk mengatasi keengganan bakal Pemilik
Perniagaan menyertai eCosway, termasuk dengan cara :
|
| |
|
|
| |
a)
|
menggunakan kempen telefon
insentif atau panggilan tanpa izin kepada orang atau sesiapa sahaja
yang tidak dikenali atau tidak ada perhubungan dengan pemanggil
di mana orang tersebut dipaksa membuat keputusan mendadak untuk
menyertai eCosway tanpa mengambil kira keperluan dan objektif orang
tersebut;
|
| |
b)
|
menggunakan skrip yang direka
untuk menepati objektif bakal Pemilik Perniagaan;
|
| |
c)
|
panggilan telefon yang berulang-ulang
kali;
|
| |
d)
|
panggilan telefon yang bersifat
memerangkap bakal Pemilik Perniagaan;
|
| |
e)
|
nada mengugut bakal Pemilik
Perniagaan dalam telefon dengan mengatakan mereka kesuntukkan masa
untuk membuat keputusan.
|
| |
|
|
| 3.2.5 |
Laman web, Nama domain,
dan Alamat E-mel
Para Pemilik Perniagaan tidak boleh menggunakan, mendaftar, atau
cuba mendaftar perkataan "eCosway", "Cosway"
atau sebarang nama perniagaan, tanda perniagaan, nama perkhidmatan,
tanda perkhidmatan, nama barangan eCosway atau sebarang nama yang
berasaskannya, dalam sebarang nama domain, dalam mana-mana
laman web, nama emel, mana-mana laman blog atau dalam mana-mana
'nickname' atau dalam kod HTML atau "meta-tags" sebarang
laman web bukan eCosway yang tidak diluluskan oleh eCosway. Para
Pemilik Perniagaan juga tidak dibenarkan untuk menghubungkan mana-mana
domain atau laman web eCosway daripada mana-mana laman web yang
bukannya laman web eCosway. Jika Pemilik Perniagaan ingin menggunakan
nama
"eCosway" atau "Cosway" dalam laman web, atau
jika Pemilik Perniagaan ingin menghubungkan eCosway daripada laman
web yang telah direka sendiri oleh Pemilik Perniagaan, mereka
mesti terlebih dulu menghubungi eCosway untuk mendapatkan kebenaran
bertulis untuk melakukannya. Para Pemilik Perniagaan boleh menggunakan,
memasukkan, atau cuba memasukkan perkataan "eCosway", "Cosway"
atau sebarang nama perniagaan, tanda perniagaan, nama perkhidmatan,
tanda perkhidmatan, nama produk atau nama yang berasaskannya dalam
sebarang bentuk alamat mel elektronik atau fail-fail tandatangan.
Jika seorang Pemilik Perniagaan ingin menggunakan laman web Internet
untuk mempromosikan perniagaan, mereka boleh melakukannya melalui
laman web rasmi eCosway dengan menggunakan templet rasmi eCosway.
Para Pemilik Perniagaan juga boleh membina laman web mereka sendiri,
tetapi para Pemilik Perniagaan ini mesti memastikan laman web tersebut
tidak mengandungi rujukkan langsung atau pun tidak langsung kepada
eCosway atau Rancangan Keuntungan, barangan, tanda perniagaan, tanda
perkhidmatan, laman web, URL atau sebarang maklumat yang berkenaannya.
Para Pemilik Perniagaan yang mereka atau yang menerbitkan laman
web mereka sendiri mesti mendaftar laman mereka dengan Syarikat
dan mendapatkan kelulusan bertulis daripada Syarikat sebelum laman
itu dibuka kepada orang ramai. Para Pemilik Perniagaan juga mesti
memberitahu Syarikat akan sebarang perubahan atau tambahan yang
bersifat bercanggah dengan polisi dan prosedur ini. Kegagalan untuk
memberitahu Syarikat akan sebarang perubahan atau tambahan dianggap
melanggar polisi dan prosedur ini.
|
| |
|
|
| 3.2.6 |
Tanda Perniagaan dan
Hak Cipta
eCosway tidak akan membenarkan penggunaan bagi sebarang tujuan sebarang
bentuk tanda nama, tanda perniagaan, nama perkhidmatan, tanda perkhidmatan,
nama produk, URL, alamat web, rekaan atau simbol oleh sesiapa sahaja
termasuk Pemilik Perniagaan eCosway tanpa kebenaran bertulis. Para
Pemilik Perniagaan tidak perlu mendapatkan kebenaran bertulis untuk
menggunakan apa yang tersebut di atas jika para Pemilik Perniagaan
menggunakan bahan rasmi eCosway.
Para Pemilik Perniagaan tidak boleh menerbitkan sebarang acara atau
ucapan Syarikat untuk pengedaran atau jualan tanpa mendapatkan kebenaran
bertulis daripada eCosway para Pemilik Perniagaan juga tidak boleh
menerbitkan semula sebarang persembahan rakaman audio atau video
Syarikat.
|
| |
|
|
| 3.2.7 |
Hakcipta Laman Web
Para Pemilik Perniagaan mengakui Laman Web eCosway mengandungi maklumat,
data, gambar, graf, perisisian, video, teks, muka taip, grafik, rekaan,
musik, bunyi dan lain-lain bahan (secara kolektifnya dikenali sebagai
"Harta Intelektual") dilindungi oleh hakcipta, patent, tanda
niaga, rahsia perniagaan dan lain-lain hak dan semua hak ini sah dan
dilindungi daripada semua jenis teknologi yang wujud sekarang dan
yang akan bakal wujud. Para Pemilik Perniagaan juga mengakui mereka
tidak akan mengubahsuai, mengeluarkan, memadamkan, meningkatkan, menambahkan,
menerbitkan, menghantar, melibatkan diri dalam pemindahan milik atau
penjualan, menghasilkan sesuatu kerja derivatif, mempersembahkan,
menyiarkan atau dalam sebarang bentuk cara mengeksploitasikan mana-mana
Hak Intelektual atau laman web secara sebahagian atau pun secara keseluruhannya.
Setakat yang perlu untuk mengakses dan menggunakan Laman eCosway secara
sah, dan dengan syarat tidak ada sebarang halangan yang disiarkan.
Para Pemilik Perniagaan boleh menyiarkan, memuat turun, menyimpan
dan mencetak keluar mana-mana bahagian laman web hanya bagi kegunaan
peribadi Pemilik Perniagaan. Para Pemilik Perniagaan juga bersetuju
untuk tidak cuba mendapatkan atau mempelajari kod sumber, struktur,
algoritma atau idea yang menjadi asas laman tersebut.
Pemilik Perniagaan tidak boleh memindahkan atau mencermin sebarang
bahan kandungan pada sebarang Laman Web eCosway tanpa keizinan bertulis
dari eCosway. Pemilik Perniagaan bersetuju bahawa mereka tidak akan
menyalin, memunggah, menghimpun semula atau memusing kejuruteraan
sebarang bahagian dari Laman Web eCosway. Pemilik Perniagaan selanjutnya
bersetuju yang mereka tidak akan dalam cara lain mencuba untuk mendapatkan
atau mempelajari sumber kod, struktur, algoritma, atau idea yang terdapat
di laman ini.
Jika sebarang syarat dalam Seksyen ini tidak dipatuhi ianya akan dianggap
menyalahi Perjanjian Pemilik Perniagaan. Semua syarat dalam Sekyen
3.2.7. ini akan berkuatkuasa sepanjang tempoh Perjanjia Pemilik Perniagaan.
|
| |
|
|
| 3.2.8 |
Media dan Pertanyaan Media
Para Pemilik Perniagaan tidak boleh mencuba untuk memberikan maklum
balas kepada sebarang pertanyaan media berkenaan eCosway, barangannya,
atau berkenaan mana-mana perniagaan eCosway. Semua pertanyaan oleh
sebarang bentuk media mestilah dirujuk terus kepada Jabatan Perkhidmatan
Pelanggan. Polisi ini direka untuk memastikan maklumat yang tepat
dan konsisten diberikan kepada pihak umum dan juga untuk penampilan
imej yang baik.
|
| |
|
|
| 3.3 |
Pendaftaran yang tidak
sah
"Pendaftaran yang tidak sah" termasuk : (a) pendaftaran
para individu atau entity tanpa pengetahuan dan/atau menyempurnakan
Permohonan Perjanjian Pemilik Perniagaan oleh para individu atau
entity; atau (b) pendaftaran atau percubaan pendaftaran para individu
atau entity yang tidak wujud sebagai Pemilik Perniagaan atau Pembeli
("hantu"). Pendaftaran yang tidak sah dianggap melanggar
Polisi dan Prosedur, dan adalah dilarang sama sekali.
|
| |
|
|
| 3.4 |
Perubahan pada Perniagaan
eCosway
|
| 3.4.1 |
Secara Am
Setiap Pemilik Perniagaan mestilah memberitahu eCosway dengan serta-merta
tentang jika ada sebarang perubahan pada maklumat yang terkandung
dalam Perjanjian dan Permohonan Pemilik Perniagaan. Para Pemilik
Perniagaan boleh mengubah Perjanjian Pemilik Perniagaan yang sedia
ada (contohnya perubahan dari segi perkahwinan, menukar nama, menukar
akaun banak atau nombor pengenalan, perubahan pada nombor pengenalan
yang diberikan oleh kerajaan atau menukar taraf pemilikkan perseorangan
kepada entiti yang dimiliki oleh Pemilik Perniagaan.) dengan mengisikan
"Borang Perubahan Maklumat" yang boleh didapati secara
dalam talian (online) dan menyerahkan kepada Jabatan Perkhidmatan
Pelanggan bersama dengan dokumen-dokumen sokongan.
|
| |
|
|
| 3.4.2 |
Pembatalan Dan Permohonan Semula
Pemililk Perniagaan Bebas boleh membatalkan perniagaan mereka dengan membuat permohonan bertulis kepada syarikat. Dalam tempoh 30 hari yang tidak aktif dari tarikh pembatalan ini, Pemilik Perniagaan yang terbatal ini boleh mendaftar semula di bawah cawangan atau jaringan yang berbeza.
Dalam keadaan di mana perniagaan Pemilik Perniagaan ini terbatal kerana beliau tidak memperbaharuinya, Pemilik Perniaagaan berkenaan boleh terus mendaftar semula di bawah cawangan atau jaringan yang berbeza, bergantung kepada mana-mana syarat yang munkin ditetapkan oleh syarikat
|
| |
|
|
| 3.5 |
Dakwaan dan Tuntutan yang
Tidak Sah
|
| 3.5.1 |
Perlindungan
Seorang Pemilik Perniagaan bertanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang
kenyataan lisan dan kenyataan bertulis berkenaan barangan eCosway
dan Rancangan Keuntungan yang tidak terkandung dalam bahan cetak
rasmi eCosway. Para Pemilik Perniagaan bersetuju melindungi eCosway
dan para pengarah eCosway, pegawai-pegawai eCosway, pekerja dan
ejen daripada sebarang bentuk kecelakaan dan liabiliti termasuk
keputusan mahkamah, saman awam, pemulangan semula, bayaran guaman,
kos mahkamah atau kerugian perniagaan yang ditanggung oleh eCosway
akibat daripada tindakan tanpa izin Pemilik Perniagaan. Peruntukkan
ini tidak tertakluk kepada pembatalan Perjanjian Pemilik Perniagaan.
|
| |
|
|
| 3.5.2 |
Dakwaan Produk
Tidak ada sebarang tuntutan (termasuk testimonial peribadi) serta
teraputik, kuratif atau sesuatu barangan yang mendatangkan faedah
yang ditawarkan oleh eCosway boleh dibuat melainkan yang terkandung
dalam bahan cetak rasmi eCosway. Khususnya Pemilik Perniagaan tidak
boleh mendakwa yang barangan eCosway mujarab dalam mengubati, memulihkan,
mendiagnosis, mengurangkan atau menghalang sebarang penyakit. Kenyataan
seumpama ini boleh dianggap sebagai kenyataan berbentuk perubatan
atau ubat. Dakwaan seperti ini bukan sahaja melanggar polisi eCosway
tetapi ianya mungkin berpotensi melanggar peraturan dan undang-undang
kebangsaan, persekutuan, negeri, jajahan, kawasan atau pun setempat.
|
| |
|
|
| 3.5.3 |
Dakwaan Pendapatan
Dalam keghairahan mendaftar bakal Pemilik Perniagaan, setengah-setengah
Pemilik Perniagaan ada kalanya terdesak untuk menggunakan dakwaan
pendapatan atau anggaran pendapatan untuk menunjukkan kuasa sirat
pemasaran bertingkat. Ini bukan satu langkah bijak sebab seorang
Pemilik Perniagaan baru mungkin kecewa dengan cepat jika keputusannya
adalah tidak sehebat atau secepat yang dicapai oleh orang lain.
Di eCosway kami percaya potensi untuk mendapatkan pendapatan eCosway
adalah cukup hebat untuk menjadi perhatian tanpa membuat laporan
tentang pendapatan orang lain.
Lagi pun di kebanyakan negara, negeri, daerah dan jajahan ada peraturan
dan undang-undang yang menghalang beberapa jenis dakwaan pendapatan
dan pengakuan yang dibuat oleh orang yang terlibat dalam pasaran
berangkai. Para Pemilik Perniagaan mungkin berpendapat adalah amat
berguna untuk menyediakan salinan Laporan Status Perniagaan atau
untuk menunjukkan pendapatan yang mereka perolehi atau pendapatan
orang lain, ada kemungkinan ianya akan bercanggah dengan undang-undang
dan memberikan kesan negatif terhadap eCosway dan juga Pemilik Perniagaan.
Para Pemilik Perniagaan yang membuat dakwaan sebegini perlu mematuhi
undang-undang ketulusan seperti yang telah ditetapkan dan sejajar
dengan dakwaan pendapatan dan anggaran pendapatan. Disebabkan para
Pemilik Perniagaan eCosway tidak ada maklumat yang diperlukan untuk
menepati peruntukkan undang-undang yang merangkumi dakwaan pendapatan,
seorang Pemilik Perniagaan ketika memperkenalkan atau berbincang
tentang peluang di eCosway atau Rancangan Keuntungan kepada bakal
Pemilik Perniagaan, mereka tidak boleh membuat anggaran pendapatan,
dakwaan pendapatan, atau menunjukkan pendapatan mereka di eCosway
atau Laporan Status Perniagaan (termasuk penyata bank dan penyata
cukai pendapatan). Contoh hipotetikal yang digunakan untuk menerangkan
Rancangan Keuntungan yang berdasarkan hanya pada anggaran matematikal
boleh diberikan kepada bakal Pemilik Perniagaan dengan syarat Pemilik
Perniagaan yang menggunakan contoh hipotetikal ini untuk menerangkan
dengan jelas terlebih dahulu kepada bakal Pemilik Perniagaan yang
pendapatan seumpama ini hanyalah secara hipotetikal.
|
| |
|
|
| 3.6 |
Percanggahan Kepentingan
|
| 3.6.1 |
Mencuri Pemilik Perniagaan
Lain
Pemilik Perniagaan eCosway boleh menyertai lain-lain syarikat jualan
langsung atau syarikat pemasaran berangkai atau syarikat pemasaran
bertingkat (secara kolektif dikenali sebagai "pemasaran berangkai"),
dan para Pemilik Perniagaan boleh melibatkan diri dalam aktiviti
jualan yang tidak berkaitan dengan barangan eCosway jika mereka
ingin melakukannya. Jikalau seorang Pemilik Perniagaan tidak ingin
menyertai peluang pemasaran berangkai yang lain agar tidak ada percanggahan
kepentingan dan kesetiaan, para Pemilik Perniagaan tidak dibenarkan
untuk mencari Pemilik Perniagaan secara tidak sah, ianya termasuk
melalui cara-cara berikut :
|
| |
|
|
| |
a)
|
Semasa perjanjian ini berkuatkuasa,
sebarang langkah atau percubaan untuk mendaftarkan Pemilik Perniagaan
eCosway ke dalam syarikat pemasaran berangkai yang lain (kecuali
Cosway) secara langsung atau melalui pihak ketiga. Ini termasuk,
tetapi tidak terhad kepada persembahan atau membantu dalam mempersembahkan
lain-lain pemasaran berangkai (kecuali Cosway) kepada mana-mana
Pemilik Perniagaan eCosway secara dalam kandungan atau bukan dalam
kandungan mengajak mana-mana Pemilik Perniagaan eCosway untuk menyertai
perniagaan lain. Sebabnya besar kemungkinan akan timbul percanggahan
jika ada Pemilik Perniagaan yang menjalankan dua operasi rancangan
pemasaran berangkai, adalah menjadi tanggung jawab Pemilik Perniagaan
untuk mengenal pasti terlebih dahulu adakah bakal Pemilik Perniagaan
itu adalah Pemilik Perniagaan eCosway sebelum mendaftarkan bakal
Pemilik Perniagaan itu ke dalam perniagaan rancangan pemasaran berangkai
yang lain.
|
| |
b)
|
Selepas pembatalan Perjanjian
Pemilik Perniagaan, untuk tempoh masa enam bulan yang berikutnya
bekas Pemilik Perniagaan tidak boleh mengajak mana-mana Pemilik
Perniagaan eCosway untuk menyertai rancangan pemasaran yang lain
(kecuali eCosway).
|
| |
|
|
| 3.6.2 |
Laporan Status Perniagaan
Para Pemilik Perniagaan boleh mendapatkan Laporan Status Perniagaan
di laman web rasmi eCosway. Laporan Status Perniagaan ini dlilindungi
dengan kata laluan. Semua Laporan Status Perniagaan dan maklumat
yang terkandung dalamnya dianggap rahsia dan adalah maklumat milik
mutlak serta rahsia perniagaan eCosway. Laporan Status Perniagaan
disediakan untuk para Pemilik Perniagaan adalah rahsia dan diberikan
kepada para Pemilik Perniagaan bertujuan untuk hanya membantu para
Pemilik Perniagaan dan Organisasi Downline mereka untuk memperkembangkan
perniagaan eCosway mereka. Para Pemilik Perniagaan mesti menggunakan
Laporan Status Perniagaan untuk membantu, memotivasi dan melatih
Pemilik Perniagaan downline mereka. Para Pemilik Perniagaan dan
eCosway bersetuju yang jika Pemilik Perniagaan tidak dapat menerima
syarat rahsia dan ketulusan, eCosway tidak akan memberikan Laporan
Status Perniagaan kepada Pemilik Perniagaan. Seorang Pemilik Perniagaan
tidak boleh bagi diri sendiri atau pun mewakili sesiapa, perkongsian,
persatuan, badan atau lain-lain entiti :
|
| |
|
|
| |
a)
|
Menggunakan maklumat itu
untuk bersaing dengan eCosway selain daripada mempromosikan perniagaan
eCosway mereka; atau
|
| |
b)
|
Mendapatkan atau memujuk
Pemilik Perniagaan eCosway yang muncul dalam sebarang laporan atau
mengambil langkah atau memperkenalkan kepada Pemilik Perniagaan
eCosway, untuk menukar pendirian mereka terhadap eCosway.
|
| |
|
|
| |
Pemilik Perniagaan dan bekas
Pemilik Perniagaan perlu memulangkan semula semua Laporan Status
Perniagaan asal dan salinannya apabila diminta oleh Syarikat.
|
| |
|
|
| 3.7 |
Kesilapan atau Persoalan
Jika seseorang ada sebarang soalan atau mendapati ada kesilapan
dibuat dalam pengiraaan komisen, Laporan Status Perniagaan atau
bayaran, Pemilik Perniagaan itu mesti memberitahu eCosway secara
bertulis melalui emel dalam masa 60 hari daripada tarikh kesilapan
tersebut. eCosway tidak akan bertanggung jawab bagi sebarang kesilapan,
maklumat yang tidak dimasukkan atau masalah yang dilaporkan kepadanya
dalam masa 60 hari.
|
| |
|
|
| 3.8 |
Pembelian Inventori yang
berlebihan tidak dibenarkan
Para Pemilik Perniagaan tidak diwajibkan menyimpan stok barangan
atau peralatan pembantu jualan. Para Pemilik Perniagaan yang melakukannya
akan mendapati ianya lebih mudah membuat jualan runcit dan membina
Rangkaian Global sebab ianya hanya perlukan masa yang singkat bagi
memenuhi pesanan Pembeli atau menepati permintaan baru Pemilik Perniagaan.
Setiap Pemilik Perniagaan mesti membuat keputusan peribadi dalam
persoalan ini.
eCosway menghalang sama sekali pembelian barangan yang banyak khas
bagi tujuan untuk melayakkan diri bagi mendapatkan komisen atau
menaiki tangga Rancangan Keuntungan. Para Pemilik Perniagaan tidak
boleh membeli lebih banyak inventori daripada apa yang mereka mampu
menjual atau mampu mereka gunakan dalam masa sebulan atau pun mengalakkan
orang lain untuk melakukannya.
|
| |
|
|
| 3.9 |
Kelulusan atau sokongan
kerajaan
Kebanyakan daripada kerajaan nasional, persekutuan, daerah, jajahan
atau agensi penguasa tempatan atau pegawai mereka, tidak terlibat
dalam meluluskan atau memberikan sokongan kepada mana-mana syarikat
jualan langsung atau syarikat pemasaran berangkai atau rancangan
mereka. Oleh itu para Pemilik Perniagaan tidak boleh menganggap
atau mendakwa yang eCosway atau Rancangan Keuntungan telah "diluluskan",
"disokong" atau mendapat pengikthirafan mana-mana agensi
kerajaan, melainkan Syarikat atau Rancangan Keuntungan telah pun
diluluskan atau diluluskan secara rasmi oleh agensi tersebut.
|
| |
|
|
| 3.10 |
Menahan Pendaftaran atau
Pesanan
Para Pemilik Perniagaan tidak boleh memanupulasikan pendaftaran
Pemilik Perniagaan baru atau pembelian barangan. Memegang pendaftaran
atau pesanan dianggap "stacking". Istilah ini termasuk
: (a) kegagalan untuk menghantar kepada eCosway, atau memegang Permohonan
Pemilik Perniagaan Bebas dan Perjanjian bagi tempoh masa dua puluh
empat jam (24) selepas wang atau maklumat kad kredit telah diberikan
kepada seorang Pemilik Perniagaan baru kepada seorang Pemilik Perniagaan
upline (melainkan berlaku kegagalan transmisi Permohonan Pemilik
Perniagaan dan Perjanjian disebabkan syarat yang telah ditetapkan
dalam Seksyen 1.4); (b) meletakkan atau memanupulasikan Permohonan
Pemilik Perniagaan Bebas dan Perjanjian bagi tujuan memaksimakan
pampasan berdasarkan Rancangan Keuntungan eCosway; atau (c) menyediakan
bantuan kewangan kepada Pemilik Perniagaan baru bagi tujuan memaksimakan
pampasan berdasarkan Rancangan Keuntungan eCosway. 'Stacking' juga
dianggap melanggar peraturan serta Polisi dan Prosedur berikut dan
adalah dihalang dengan keras sama sekali.
|
| |
|
|
| 3.11 |
Pengenalan
Seorang Pemilik Perniagaan mesti menyediakan Nombor Pengenalan Rasmi
yang boleh diterima untuk pembukaan akaun bank dalam negeri di mana
Pemilik Perniagaan tersebut tinggal. Maklumat ini mesti diberikan
kepada eCosway melalui Permohonan Pemilik Perniagaan dan Perjanjian.
|
| |
|
|
| 3.12 |
Cukai Pendapatan
Setiap tahun eCosway akan menyediakan laporan cukai pendapatan
kepada penduduk di negeri yang memerlukannya. Setiap Pemilik Perniagaan
bertanggung jawab untuk membayar cukai kebangsaan, persekutuan,
negeri, daerah, jajahan atau cukai setempat ke atas mana-mana pendapatan
didapati sebagai Pemilik Perniagaan Bebas.
|
| |
|
|
| 3.13 |
Status Kontraktor Bebas
Para Pemilik Perniagaan adalah kontraktor bebas dan bukannya pembeli
franchis atau peluang perniagaan. Perjanjian antara eCosway dan
para Pemilik Perniagaan tidak mewujudkan sebarang perhubungan pekerja/majikkan,
agensi, perkongsian atau usahasama antara Syarikat dan Pemilik Perniagaan.
Para Pemilik Perniagaan tidak akan dilayan sebagai pekerja untuk
perkhidmatan kebangsaan, persekutuan, negeri, daerah, jajahan atau
untuk cukai kerajaan tempatan. Semua Pemilik Perniagaan bertanggung
jawab untuk membayar cukai bagi semua pampasan yang didapati sebagai
Pemilik Perniagaan eCosway kepada kerajaan kebangsaan, persekutuan,
negeri, daerah, jajahan atau setempat. Para Pemilik Perniagaan tidak
ada sebarang hak (dalam apa jua keadaan) untuk membendung Syarikat
dengan sebarang tanggung jawab. Setiap Pemilik Perniagaan boleh
menetapkan matlamat, waktu dan cara jualan, asalkan mereka menuruti
syarat-syarat dalam Perjanjian Pemilik Perniagaan. Polisi dan Prosedur
ini dan undang-undang yang berkenaan.
Nama eCosway dan lain-lain nama yang akan digunakan oleh eCosway
adalah tandaniaga, hak cipta dan tanda perkhidmatan eCosway. Oleh
yang demekian tanda-tanda ini amat berharga kepada eCosway dan diberikan
kepada para Pemilik Perniagaan bagi penggunaan mengikut syarat-syarat
yang telah ditetapkan. Sebarang penggunaan tanda-tanda ini terhadap
barangan yang tidak dihasilkan oleh
Syarikat ditegah sama sekali kecuali dalam keadaan berikut:
Nama Pemilik Perniagaan
Pemilik Perniagaan
Setiap Pemilik Perniagaan boleh mengelar diri mereka sebagai "Pemilik
Perniagaan Bebas eCosway" dalam halaman kuning dan putih buku
panduan telefon dibawah nama asal mereka, walaubagaimana pun frasa
ini atau pun sebarang kata-kata lain yang merujuk kepada eCosway
boleh digunakan dalam mana-mana fail tandatangan emel. Para Pemilik
Perniagaan tidak boleh membuat iklan dalam buku panduan telefon
dengan menggunakan nama atau logo eCosway. Para Pemilik Perniagaan
tidak boleh menjawab panggilan telefon dengan menyebut "eCosway"
atau dalam mana-mana cara lain yang boleh membuat pemanggil percaya
yang mereka telah menghubungi pejabat koperat eCosway.
|
| |
|
|
| 3.14 |
Pematuhan terhadap
undang-undang dan ordinan
|
| 3.14.1 |
Ordinan tempatan
Di setengah-setengah negara, negeri, daerah, jajahan dan bandar
ada undang-undang yang merangkumi perniagaan yang dijalankan dari
dalam rumah. Dalam kebanyakkan kes undang-undang ini tidak merangkumi
para Pemilik Perniagaan sebab jenis perniagaan yang dijalankan.
Walau bagaimana pun para Pemilik Perniagaan mesti mematuhi undang-undang
yang merangkumi mereka jika ada. Jika ada pegawai kerajaan memberitahu
seorang Pemilik Perniagaan yang undang-undang, peraturan atau ordinan
merangkumi Pemilik Perniagaan, Pemilik Perniagaan tersebut mesti
dengan cara yang sopan memberi kerjasama; dan hantar salinan ordinan
tersebut kepada Jabatan Pematuhan eCosway. Dalam kebanyakan kes
ordinan ini terkecuali daripada merangkumi Pemilik Perniagaan eCosway.
|
| |
|
|
| 3.14.2 |
Pematuhan terhadap undang-undang
kebangsaan, Persekutuan, Negeri, Daerah, Jajahan atau tempatan
Pemilik Perniagaan mestilah mematuhi semua undang-undang dan peraturan
kebangsaan, persekutuan, negeri, daerah, jajahan atau tempatan semasa
menjalankan perniagaan mereka.
|
| |
|
|
| 3.15 |
Bawah umur
Seorang yang berada dibawah umur dalam negara atau negeri yang didudukinya
tidak boleh menjadi Pemilik Perniagaan eCosway. Para Pemilik Perniagaan
tidak boleh mendaftar atau membawa masuk Pemilik Perniagaan bawah
umur ke dalam rancangan eCosway.
|
| |
|
|
| 3.16 |
Perniagaan Pelbagai eCosway
Seorang Pemilik Perniagaan boleh menjalankan operasi atau mempunyai
kepentingan, mengikut undang-undang atau saham, sebagai pemilik
tunggal, rakan kongsi, pemegang saham, pemegang amanah atau waris
dalam hanya satu perniagaan eCosway sahaja kecuali Pemilik Perniagaan
sebelum ini pernah mendaftar dengan "pelbagai ID perniagaan" seperti yang
dibenarkan oleh eCosway dan mendaftar ID yang berbeza dengan profil
akaun yang sama. Tiada individu yang boleh mengoperasi atau menerima
pendapatan melebihi daripada satu perniagaan eCosway dalam apa jua
cara kecuali konfigurasi yang dibenarkan iaitu ID perniagaan
yang berkongsi satu profil. Pengecualian ke atas peraturan satu
perniagaan untuk seorang Pemilik Perniagaan sahaja akan dipertimbangkan
mengikut kes (contohnya seorang Pemilik Perniagaan yang menerima
perniagaan itu melalui pewarisan). Permintaan ke atas pengecualian
polisi ini mestilah diberikan secara bertulis kepada Jabatan Keahlian.
|
| |
|
|
| 3.17 |
Membungkus dan melabel
semula dihalang sama sekali
Para Pemilik Perniagaan tidak boleh membungkus, melabel, mengganti
atau mengubah label sebarang barangan, maklumat, bahan atau rancangan
eCosway dalam apa jua cara pun. Perbuatan melabel atau membungkus
semula besar kemungkinan akan salah dari segi undang-undang kebangsaan,
persekutuan, daerah, jajahan atau tempatan yang akan mendatangkan
hukuman jenayah yang berat. Para Pemilik Perniagaan juga patut sedar
liability awam boleh timbul akibat daripada membungkus atau melabel
barangan semula, orang yang menggunakan barangan tersebut mungkin
mengalami kecederaan atau mungkin harta benda mereka akan rosak.
|
| |
|
|
| 3.18 |
Permintaan Rekod
Jika terdapat sebarang laporan, dokumen atau rekod boleh didapati
secara dalam talian, seorang Pemilik Perniagaan mesti beban ke bawah
(download) dan mencetaknya daripada Sistem eCosway. Sebarang permintaan
untuk mendapatkan salinan invois, permohonan, Laporan Status Perniagaan
atau lain-lain rekod boleh didapati oleh Pemilik Perniagaan daripada
Jabatan Keahlian Syarikat yang akan dikenakan bayaran. Bayaran ini
akan termasuk bayaran mengepos dan masa yang diperlukan untuk mendapatkan
fail dan untuk membuat salinan rekod berkenaan.
|
| |
|
|
| 3.19 |
Naik-keatas (Roll-up)
rangkaian global
Apabila berlaku kekosongan dalam Rangkaian Global akibat daripada
penamatan satu perniagaan eCosway, setiap Pemilik Perniagaan pada
tahap pertama dibawah Pemilik Perniagaan yang menamatkan keahlian
pada tarikh pembatalan akan naik ke tahap pertama ("barisan
hadapan") penaja yang menaja Pemilik Perniagaan itu. Contohnya
jika A menaja B, dan B menaja C1, C2 dan C3, jika B menamatkan perniagaan
mereka, C1, C2 dan C3 akan "naik ke atas" ke A dan menjadi
sebahagian daripada tahap pertama A.
|
| |
|
|
| 3.20 |
Jualan, Pindah milik
atau Pencalonan terhadap perniagaan eCosway
Walaupun perniagaan eCosway dimiliki secara persendirian, dan beroperasi
secara bebas, jualan, pindah milik atau pencalonan perniagaan eCosway
terhad kepada beberapa had. Jika seorang Pemilik Perniagaan ingin
menjual perniagaan eCosway, kriteria yang berikut mesti dipatuhi:
|
| |
|
|
| |
a)
|
Perlindungan terhadap penaja
yang sedia ada mesti dikekalkan agar perniagaan eCosway terus beroperasi
mengikut penaja tersebut.
|
| |
b)
|
Pembeli atau orang yang memindah
milik mestilah seorang Pemilik Perniagaan eCosway yang layak. Jika
pembeli itu seorang Pemilik Perniagaan eCosway yang aktif, mereka
mesti terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada eCosway sebelum
menamatkan perniagaan eCosway mereka secara serentak dengan pembeli,
pindah milik, pencalonan atau pembelian sebarang kepentingan dalam
perniagaan eCosway yang baru. Peraturan penantian selama tiga (3)
bulan yang ditetapkan dalam Seksyen 3.4.2 tidak akan merangkumi
jualan, pindah milik atau pencalonan perniagaan eCosway yang berkaitan
dengan seksyen ini.
|
| |
c)
|
Sebelum jualan, pindah milik,
atau pencalonan dapat dipastikan dan diluluskan oleh eCosway, sebarang
hutang terhadap eCosway yang ditanggung oleh Pemilik Perniagaan
tersebut mesti dijelaskan.
|
| |
d)
|
Pemilik Perniagaan yang menjual
mesti tidak boleh melanggar sebarang syarat atau undang-undang Pejanjian
bagi membolehkan mereka menjual, memindah milik atau mencalonkan
perniagaan eCosway.
|
| |
|
|
| |
Sebelum menjual perniagaan
eCosway, penjual mesti memberitahu eCosway hasrat mereka untuk menjual
perniagaan eCosway mereka. Tidak akan berlaku sebarang perubahan
kepada cawangan tersebut akibat daripada jualan atau pun pindah
milik perniagaan eCosway.
|
| |
|
|
| 3.21 |
Hubungan Kepada Cawangan
Semua Pemilik Perniagaan yang aktif mempunyai hak untuk memperkenal
dan mendaftarkan orang ke dalam eCosway. Setiap bakal Pemilik Perniagaan
atau Pembeli mempunyai hak untuk memilih kepada cawangan mana yang
mereka ingin dihubungkan. Jika timbul persoalan dalam hubungan akibat
daripada pendaftaran berganda oleh Pemilik Perniagaan atau Pembeli,
maka Syarikat akan mengambil kira permohonan pertama yang diterima
oleh Syarikat.
|
| |
|
|
| 3.22 |
Pewarisan
Selepas seorang Pemilik Perniagaan mati atau tidak berupaya lagi,
perniagaan mereka boleh diwariskan kepada waris mereka. Dokumentasi
perundangan yang sah perlu dikemukakan kepada Syarikat untuk memastikan
pindah milik ini dijalankan dengan sempurna. Pemilik Perniagaan
juga bertanggung jawab untuk mendapatkan khidmat nasihat peguam
untuk membantu mereka membuat surat wasiat atau lain-lain dokumen
testimoni. Bila ada sebarang perniagaan eCosway dipindah milik secara
pewarisan atau lain-lain proses perundangan, waris mempunyai hak
untuk mendapatkan semua komisen daripada Rangkaian Global Pemilik
Perniagaan dengan syarat perkara yang berikut dipatuhi. Waris mestilah:
|
| |
|
|
| |
a)
|
Menandatangani Perjanjian
Pemilik Perniagaan yang baru; dan
|
| |
b)
|
Mematuhi syarat dan peraturan
Perjanjian.
|
| |
|
|
| |
Bayaran keuntungan dan insentif
perniagaan eCosway yang dipindah milik sejajar dengan seksyen ini
akan dimasukkan ke dalam akaun bank waris. Pewaris mesti memberikan
kepada pihak eCosway maklumat akaun bank ke mana bayaran komisen
itu perlu dimasukkan. Jika perniagaan ini diwarisi oleh lebih daripada
seorang waris, mereka mestilah menubuhkan satu syarikat perniagaan.
eCosway akan menyediakan semua komisen dan borang laporan cukai
(jika ada) kepada syarikat perniagaan tersebut. Keahlian berganda
akan hanya dibenarkan jika berlaku kematian atau Pemilik Perniagaan
sudah tidak berupaya lagi.
|
| |
|
|
| 3.23 |
Pindah milik kerana kematian
Pemilik Perniagaan
Untuk memastikan kesahihan pindah milik perniagaan eCosway, waris
mestilah mengemukakan yang berikut kepada eCosway: (1) sijil kematian
asal; (2) surat wasiat atau lain-lain dokumen yang disaksikan oleh
seorang Pesuruhjaya Sumpah dalam memastikan hak waris tersebut bagi
perniagaan eCosway; dan (3)satu Perjanjian Pemilik Perniagaan yang
telah siap diisi dan ditandatangani.
|
| |
|
|
| 3.24 |
Pindah milik kerana Pemilik
Perniagaan tidak berupaya
Untuk mengesahkan pindah milik perniagaan eCosway sebab Pemilik
Perniagaan sudah tidak berupaya, waris mestilah mengemukakan yang
berikut kepada eCosway (1) surat perlantikkan sebagai pemegang amanah
yang disaksikan oleh seorang Pesuruhjaya Sumpah; (2)salinan dokumen
amanah atau lain-lain dokumentasi yang menunjukkan hak pemegang
amanah untuk mentadbir perniagaan eCosway; dan (3) Perjanjian Pemilik
Perniagaan yang telah siap diisi oleh pemegang amanah.
|
| |
|
|
| |
|
|
| 4 |
SEKSYEN - TANGGUNG
JAWAB PARA PEMILIK PERNIAGAAN
|
| |
|
|
| 4.1 |
Pertukaran nombor telefon
atau alamat
Untuk memastikan penghantaran barangan, bahan sokongan dan pembayaran
adalah amat penting untuk memastikan fail eCosway adalah fail terkini.
Nama jalan diperlukan sebab eCosway tidak akan membuat penghantaran
ke alamat peti surat. Untuk menjamin penghantaran, Pemilik Perniagaan
mesti mengemaskinikan alamat dan nombor telefon terbaru mereka dalam
muka surat Profil Individu mereka dengan serta-merta. Kemaskinian
ini akan hanya berkuatkuasa bagi penghantaran bagi pembelian yang
seterusnya.
|
| |
|
|
| 4.2 |
Tanggung jawab Jualan
yang berterusan
Tanpa mengambil kira tahap pencapaian mereka, para Pemilik Perniagaan
ada tanggung jawab untuk meneruskan promosi secara peribadi melalui
generasi baru Pembeli dan melalui khidmat kepada pembeli yang telah
sudah sedia ada.
|
| |
|
|
| 4.3 |
Teguran
eCosway memberikan para Pemilik Perniagaan bebas mereka dengan barangan
yang terbaik, Rancangan Keuntungan dan perkhidmatan yang terbaik
dalam industri. Sejajar dengan ini, eCosway menghargai komen dan
kritikkan membina daripada para Pemilik Perniagaan. Semua komen
sebegini sepatutnya disalurkan melalui emel kepada Jabatan Keahlian.
Walaupun eCosway mengalu-alukan pendapat yang membina, komen negatif
dan selaran yang dibuat oleh para Pemilik Perniagaan tentang Syarikat
serta barangannya atau Rancangan Keuntungannya tidak akan membawa
sebarang manfaat selain daripada melemahkan semangat lain-lain Pemilik
Perniagaan eCosway. Untuk sebab ini, dan untuk menunjukkan satu
teladan yang baik bagi 'downline', para Pemilik Perniagaan mestilah
tidak patut menyelar eCosway, lain-lain Pemilik Perniagaan eCosway,
barangan eCosway, Rancangan Keuntungan atau pengarah, pegawai,atau
para pekerja eCosway dan sebarang selaran akan mengakibatkan ianya
dianggap melanggar perjanjian Polisi dan Prosedur.
|
| |
|
|
| 4.4 |
Melaporkan Pelanggaran
Polisi
Para Pemilik Perniagaan yang nampak akan pelanggaran Polisi ini
oleh seorang Pemilik Perniagaan lain mestilah membuat laporan bertulis
atau menghantar emel berkenaan pelanggaran itu secara terus kepada
Jabatan Pematuhan eCosway. Maklumat berkenaan tarikh, berapa kali
ianya berlaku, orang yang terlibat dan sebarang dokumen sokongan
mestilah disertakan dalam laporan ini.
|
| |
|
|
| |
|
|
| 5 |
SEKSYEN - SYARAT-SYARAT
UNTUK MEMBUAT JUALAN
|
| |
|
|
| 5.1 |
Jualan Produk
Rancangan Keuntungan eCosway adalah berdasarkan jualan barangan
eCosway kepada para pengguna. Para Pemilik Perniagaan mesti menepati
keperluan jualan peribadi dan keperluan Pembeli seperti yang terkandung
dalam Rancangan Keuntungan eCosway (serta lain-lain tanggung jawab
yang terkandung dalam Perjanjian) untuk membolehkan mereka layak
mendapat keuntungan dan insentif. "Jumlah Jualan Peribadi"
(Personal Branch eVolume) termasuk pembelian yang dibuat oleh Pemilik
Perniagaan dan pembelian yang dibuat dalam rangkaian Pembeli Pemilik
Perniagaan.
|
| |
|
|
| 5.2 |
Had Kawasan
Tidak ada sebarang had kawasan eksklusif yang diberikan kepada sesiapa
pun. Bayaran franchis tidak diperlukan.
|
| |
|
|
| |
|
|
| 6 |
SEKSYEN - KEUNTUNGAN
|
| |
|
|
| 6.1 |
Kelayakan untuk mendapatkan
Keuntungan dan Insentif
Seorang Pemilik Perniagaan mesti aktif dan mematuhi syarat dalam
Perjanjian untuk layak mendapat komisen. Asalkan Pemilik Perniagaan
mematuhi syarat dalam Perjanjian, eCosway akan membayar komisen
kepada Pemilik Perniagaan mengikut Rancangan Keuntungan. Semua komisen
akan dikumpulkan ke dalam eAkaun Pemilik Perniagaan. Setiap Pemilik
Perniagaan mesti memilih "Jumlah Minima eAkaun Pemindahan"
yang merupakan jumlah minima yang eCosway akan pindah keluar daripada
eAkaun Pemilik Perniagaan dan masuk ke dalam akaun bank, sementara
mengekalkan baki minima dalam eAkaun.
|
| |
|
|
| 6.2 |
Laporan Status Perniagaan
Semua maklumat yang diberikan oleh eCosway dalam Laporan Status
Perniagaan dalam talian, termasuk tetapi tidak terhad kepada jumlah
jualan terkumpul persendirian atau peribadi (atau bahagian mana
yang berkenaan) dan aktiviti penajaan 'downline' yang boleh dipercayai
tepat dan pasti, tidak tertakluk kepada pelbagai fakta termasuk
kemungkinan kesilapan manusia atau mekanikal; ketepatan, kejituan
dan pesanan yang menepati masa; penolakkan kad kredit; barangan
yang dipulangkan; kad kredit yang dicaj semula; maklumat tidak dijamin
oleh eCosway atau sesiapa yang menghasilkan atau menghantar maklumat
ini.
SEMUA MAKLUMAT STATUS PERNIAGAAN DISEDIAKAN "SEBAGAIMANA YANG
ADA" TANPA SEBARANG JAMINAN YANG DIANGGAP ATAU DIBERIKAN ATAU
DIWAKILKAN DALAM SEBARANG BENTUK. SECARA KHUSUS TETAPI TANPA HAD
TIDAK AKAN ADA JAMINAN BARANGAN, KETEPATAN PENGGUNAAN ATAU TIDAK
MENYALAHGUNAKANNYA.
DIBAWAH UNDANG-UNDANG YANG SEDIA ADA, eCosway DAN/ATAU SESIAPA SAHAJA
YANG MENGHASILKAN DAN MENGHANTAR MAKLUMAT TIDAK AKAN BERTANGGUNG
JAWAB KEPADA SEBARANG Pemilik Perniagaan atau SESIAPA SAHAJA BAGI
SEBARANG KEROSAKKAN YANG TIMBUL SECARA LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG,
SENGAJA, TIDAK SENGAJA, KHASNYA AKIBAT DARIPADA MENGGUNAKAN ATAU
MENDAPAT MAKLUMAT STATUS LAPORAN PERNIAGAAN (TERMASUK TETAPI TIDAK
TERHAD KEPADA KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KOMISEN, KEHILANGAN PELUANG
DAN KEROSAKKAN YANG MUNGKIN TIMBUL DARIPADA KETIDAKTEPATAN, KETIDAKLENGKAPAN,
TIDAK JITU, PENANGGUHAN ATAU KEHILANGAN), WALAUPUN TELAH DINASIHATKAN
OLEH eCOSWAY ATAU PIHAK LAIN YANG MENYEBARKAN MAKLUMAT TERSEBUT
MESTILAH TELAH DIBERITAHU AKAN KEMUNGKINAN BERLAKUNYA KEROSAKKAN.
SETAKAT MANA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, eCOSWAY ATAU PIHAK
LAIN YANG BERTANGGUNGJAWAB ATAU MENYEBARKAN MAKLUMAT BERKENAAN TIDAK
AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN ATAU MENGHADAPI LIABILITI UNTUK ANDA
ATAU SEBARANG PIHAK LAIN DIBAWAH SEBARANG UNDANG-UNDANG TORT, KONTRAK,
KECUAIAN, LIABILITI SEPENUHNYA, LIABILITI PRODUK ATAU TEORI LAIN
YANG BERKAITAN DENGAN SEBARANG SUBJEK DALAM PERJANJIAN ATAU SYARAT
DAN PERATURAN YANG BERKAITAN DENGANNYA.
Kebenaran untuk mendapatkan perkhidmatan dalam talian eCosway dan
maklumat Laporan Status Perniagaan adalah atas risiko Pemilik Perniagaan
sendiri. Semua maklumat Laporan Status Perniagaan disediakan untuk
Pemilik Perniagaan berdasarkan seperti yang telah "sedia ada".
Jika Pemilik Perniagaan tidak puas hati dengan maklumat dalam Laporan
Status Perniagaan cara terbaik untuk mengatasinya ialah untuk berhenti
daripada mendapatkan maklumat daripada perkhidmatan Laporan Status
Perniagaan dan maklumat daripada Laporan Status Perniagaan dalam
talian.
|
| |
|
|
| |
|
|
| 7 |
SEKSYEN - LANGKAH
DISIPLIN DAN PERCANGGAHAN TERHADAP RESOLUSI
|
| |
|
|
| 7.1 |
Tindakan disiplin
Jika Perjanjian serta Polisi dan Prosedur atau sebarang perniagaan
dilakukan oleh para Pemilik Perniagaan secara haram, palsu, menyeleweng
atau tidak beretika akan mengakibatkan eCosway mengambil satu atau
lebih tindakan seperti berikut :
|
| |
|
|
| |
a)
|
Teguran atau amaran bertulis;
|
| |
b)
|
Mengarahkan Pemilik Perniagaan
mengambil tindakan untuk membetulkan keadaan;
|
| |
c)
|
Denda yang akan dikenakan
akan ditolak daripada bayaran komisen;
|
| |
d)
|
Kehilangan hak ke atas satu
atau lebih komisen;
|
| |
e)
|
eCosway akan membekukan
keseluruhan atau sebahagian daripada komisen Pemilik Perniagaan
eCosway semasa sebarang penyiasatan dijalankan terhadap Pemilik
Perniagaan eCosway yang disyaki melanggar Perjanjian. Jika keahlian
dibatalkan atas sebab disiplin, Pemilik Perniagaan tersebut tidak
akan berhak mendapatkan komisen yang dibekukan semasa jangka masa
penyiasatan ;
|
| |
f)
|
Penggantungan Perjanjian
Pemilik Perniagaan individu bagi satu atau lebih pembayaran;
|
| |
g)
|
Pembatalan Perjanjian Pemilik
Perniagaan;
|
| |
h)
|
Sebarang langkah yang boleh
diambil seperti yang terkandung dalam Perjanjian atau sebarang langkah
lain yang dianggap berpatutan oleh eCosway terhadap kecederaan yang
diakibatkan secara tidak langsung atau secara langsung kerana kesalahan
Pemilik Perniagaan kerana melanggar polisi atau kontrak ;
|
| |
i)
|
Dalam keadaan yang dianggap
wajar, pihak eCosway mungkin boleh mengambil tindakan undang-undang
bagi mendapatkan ganti rugi dari segi kewangan atau/dan yang bersamaan
dengannya.
|
| |
|
|
| 7.2 |
Aduan dan Tidak puas
hati
Jika seorang Pemilik Perniagaan tidak puas hati atau ingin mengadu
tentang seorang Pemilik Perniagaan lain berkenaan sebarang cara
atau perlakuan perniagaan eCosway masing-masing, Pemilik Perniagaan
yang mengadu perlu melaporkan masalah ini terlebih dahulu kepada
Jabatan Keahlian Syarikat. Jabatan Keahlian akan mengkaji fakta
dan cuba untuk menyelesaikannya. Jika ianya tidak dapat diselesaikan,
ianya akan dirujuk kepada Lembaga Resolusi Percanggahan bagi mendapatkan
penentuan.
|
| |
|
|
| 7.3 |
Lembaga Resolusi Percanggahan
Tujuan Lembaga Resolusi Percanggahan (Dispute Resolution Board -
"DRB)) adalah untuk : (1) Mengkaji rayuan terhadap tindakan
disiplin; dan (2) Mengkaji perkara antara para Pemilik Perniagaan
eCosway. Setelah ada maklum balas dan keputusan diberikan oleh Jabatan
Keahlian telah ditolak atau tidak dapat diselesaikan, Lembaga Resolusi
Percanggahan akan mengkaji bukti, membahaskannya dan memberikan
maklum balas berkenaan perkara terkini yang masih belum diselesaikan
secara kolektif.
Seorang Pemilik Perniagaan boleh menghantar permintaan bertulis
dalam masa tujuh hari bekerja daripada tarikh :(1)notis bertulis
tersebut diberikan oleh eCosway bagi tindakan disiplin;(2)notis
bertulis daripada Jabatan Keahlian berkenaan pertelingkahan antara
para Pemilik Perniagaan. Semua perutusan dengan eCosway dan Pemilik
Perniagaan yang mencari penyelesaian kerana pertelingkahan mestilah
dibuat secara bertulis. Adalah menjadi hak DRB untuk memutuskan
jika sesuatu tuntutan itu layak untuk dikaji. Jika DRB bersetuju,
mereka akan menjadualkan satu perbicaraan dalam masa dua puluh satu
(21) hari bekerja daripada tarikh penerimaan permintaan bertulis
daripada Pemilik Perniagaan. Semua bukti (e.g. dokumen, bahan bukti
etc) yang ingin dikemukakan oleh Pemilik Perniagaan kepada DRB mestilah
dihantar kepada eCosway tidak kurang daripada tujuh hari bekerja
sebelum perbicaraan. Pemilik Perniagaan akan menanggung sepenuhnya
semua perbelanjaan yang berkaitan dengan kehadiran diri mereka atau
kehadiran saksi mereka yang ingin mereka bawa. Keputusan Lembaga
Resolusi Percanggahan adalah muktamad dan tidak akan dirujuk semula.
Semasa tuntutan ini berada pada DRB, Pemilik Perniagaan akan melucutkan
hak untuk mendapatkan pengadilan atau lain-lain jenis penyelesaian.
Apabila sekatan dikenakan, Pemilik Perniagaan yang dikenakan tindakan
disiplin boleh merayu dalam masa 15 hari bekerja daripada tarikh
notis pembatalan eCosway. Jika rayuan ini tidak diterima oleh eCosway
dalam masa 15 hari bekerja, maka ianya akan menjadi langkah muktamad.
Pemilik Perniagaan mesti menghantar semua dokumen sokongan bersama
dengan surat rayuan. Jika Pemilik Perniagaan mengemukakan rayuan
tepat pada masanya terhadap pembatalannya, DRB akan mempertimbangkan
semula pembatalannya dan mempertimbangkan langkah lain dan akan
memberitahu Pemilik Perniagaan secara bertulis akan keputusan mereka.
|
| |
|
|
| 7.4 |
Menimbangtara
Sebarang kontroversi atau tuntutan yang timbul akibat daripada
atau yang berkaitan dengan Perjanjian atau melanggar perjanjian
akan diselesaikan oleh Pusat Serantau Kuala Lumpur untuk Menimbangtara
("pusat") dibawah Undang-Undang untuk Menimbangtara, dan
keputusan yang dibuat oleh penimbangtara boleh dibawa ke mana-mana
mahkamah. Jika seorang Pemilik Perniagaan membuat tuntutan atau
membuat tuntutan balas terhadap eCosway, mereka boleh lakukannya
secara individu dan bukan secara bersama dengan lain-lian Pemilik
Perniagaan atau sebahagian daripada atau secara langkah bersama.
Pemilik Perniagaan melucutkan hak untuk dibicarakan oleh juri atau
di mana-mana mahkamah. Semua timbangtara akan diadakan di Bandaraya
Kuala Lumpur, Malaysia. Setiap pihak akan bertanggungjawab terhadap
setengah daripada (1) bayaran untuk penimbangtara-penimbangtara
atau penimbangtara dan (2) kos timbang tara. Keputusan penimbangtara
adalah muktamad dan jika diperlukan boleh dirujuk kepada mana-mana
mahkamah yang sah. Keputusan ini akan merangkumi semua pembatalan
atau tamat tempoh Perjanjian.
Tidak ada apa-apa dalam Polisi dan Prosedur ini yang akan menghalang
eCosway daripada memohon dan mendapatkan daripada mana-mana mahkamah
writ yang terikat, injunksi sementara, injunksi awal, injunksi tetap
atau sebarang pengecualian yang terdapat untuk menjaga dan melindungi
kepentingan eCosway sebelum, semasa atau berikutan daripada sebarang
dakwaan timbangtara atau lain-lain prosedur sementara menantikan
keputusan atau gantirugi yang berkaitan dengan mana-mana timbangtara
atau lain-lain prosedur.
|
| |
|
|
| 7.5 |
Undang-undang, kuasa
perundangan dan tempat
Kuasa perundangan dan tempat dan sebarang kisah lain akan dibuat
di Kuala Lumpur, Malaysia. Akta Timbangtara 1952 Malaysia dan Undang-undang
timbangtara pusat akan merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan
timbangtara. Undang-undang Malaysia akan merangkumi semua perkara
yang berkaitan atau yang timbul daripada Perjanjian.
|
| |
|
|
| |
|
|
| 8 |
SEKSYEN - MEMBELI-BELAH
|
| |
|
|
| 8.1 |
Syarat Membeli dan Peraturan
untuk Pemilik Perniagaan
eCoway menawarkan pelbagai barangan yang didapatkan secara langsung
daripada Pembekal. Para Pemilik Perniagaan akan mengambil bahagian
dalam Rancangan Hadiah Pembeli dan dinasihatkan untuk membeli barangan
di Pusat Membeli-Belah eCosway atau pusat jualan yang dilantik oleh
eCosway (jika ada).
|
| |
|
|
| 8.2 |
Membeli barangan eCosway
Setiap Pemilik Perniagaan mesti membeli barang dengan menggunakan
nombor pengenalan Pemilik Perniagaan mereka sendiri supaya eVolume, Unit Kelayakan (QUs), Nilai Mata (Value Points), Nilai Mata Kad (CVPs) dan Mata Tebusan (jika tertakluk) akan dikaitkan kepada Cawangan Peribadi mereka.
|
| |
|
|
| 8.3 |
Rancangan Hadiah Pembeli
Para Pemilik Perniagaan boleh menyertai Rancangan Hadiah Pembeli
dan bina rangkaian Pembeli dengan memberikan mereka ID peribadi
mereka untuk mengakses pusat membeli-belah eCosway. Semua eVolume
dan unit kelayakkan (Qualifications Units) yang dijana oleh rangkaian
Pembeli dan Value Point yang dijana oleh para Pembeli yang secara
peribadi dirujuk oleh Pemilik Perniagaan akan dikreditkan ke dalam
cawangan peribadi Pemilik Perniagaan.
|
| |
|
|
| 8.4 |
Harga
Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua barangan yang tersenarai
di Pusat Membeli-Belah eCosway adalah dalam dolar AS dan akan diubah
dari masa ke semasa mengikut kehendak eCosway tanpa sebarang notis.
Walaubagaimana pun barangan yang ditawarkan untuk jualan di pusat
jualan yang dilantik oleh eCosway mempunyai hak, di mana ianya berpatutan,
untuk meletakkan harga dalam matawang tempatan.
Harga yang disenaraikan dalam Pusat Membeli-Belah eCosway tidak
termasuk duti import, cukai jualan, cukai nilai tambahan(value added
tax -VAT) atau lain-lain cukai yang mungkin dikenakan oleh negara
yang mana barangan itu akan dihantar. Semua duti, cukai jualan,
cukai nilai tambahan, bayaran kastam dan lain-lain bayaran adalah
hak eksklusif dan hak mutlak yang perlu ditanggung oleh penerima.
|
| |
|
|
| 8.5 |
Bayaran Penghantaran
|
| |
|
|
| |
a)
|
Jumlah bayaran penghantaran
dikira mengikut kos hantaran daripada negara pembekal hingga ke
alamat negara yang perlu dihantar. Dalam setengah-setengah keadaan
eCosway mungkin memberikan subsidi ke atas bayaran hantaran.
|
| |
b)
|
Bayaran hantaran bagi setiap
barang yang dipesan akan ditentukan sebaik sahaja alamat penerima
diterima oleh Pemilik Perniagaan selepas pembelian selesai di Pusat
Membeli-Belah eCosway.
|
| |
c)
|
Bayaran hantaran tidak akan
dipulangkan.
|
| |
d)
|
Pemulangan bayaran hantaran
akan hanya dibuat jika barangan yang dipulangkan rosak atau barangan
yang salah telah dihantar.
|
| |
e)
|
Bayaran hantaran tidak
merangkumi pembelian luar talian yang dibuat di pusat jualan yang
dilantik oleh eCosway di mana tidak perlu ada penghantaran.
|
| |
|
|
| 8.6 |
Bayaran
Semua jenis pembayaran yang boleh dibuat akan disenaraikan dalam
laman web eCosway. Walaubagaimana pun, eCosway mempunyai hak mutlak
untuk tidak menerima beberapa jenis bentuk pembayaran tanpa memberikan
sebarang sebab.
|
| |
|
|
| 8.7 |
Hantaran
Pesanan hantaran akan ambil masa 3 minggu dan bergantung kalau barang
yang dipesan ada dalam simpanan. Dalam setengah-setengah keadaan
di mana pengesahan bagi pembayaran dengan kad kredit diperlukan,
hantaran mungkin mengambil masa yang lebih sikit.
|
| |
|
|
| 8.8 |
Pengesahan Kad Kredit
Pemilik Perniagaan
Pemilik Perniagaan bersetuju dengan pengesahan maklumat kad kredit
oleh eCosway atau agen mereka ketika diperlukan.
|
| |
|
|
| 8.9 |
Penerimaan Hantaran
|
| |
a)
|
Pemilik Perniagaan akan menerima
melalui emel alamat yang diberikan seperti yang terdapat di dalam
profil Pemilik Perniagaan, satu pengesahan pesanan bersama dengan
nombor Pesanan yang didapati bila pesanan diterima oleh eCosway
dan suatu e-mel Pesanan Penghantaran menunjukkan nombor bil penghantaran
dari item yang dihantar sebagai rujukan.
|
| |
b)
|
Tidak akan ada sebarang pemberitahuan
lain yang berkaitan dengan pesanan itu melainkan ada masalah yang
timbul dengan pesanan itu (contoh barangan tersebut habis atau kuantitinya
tidak mencukupi). Dalam keadan semacam ini eCosway akan berkomunikasi
dengan Pemilik Perniagaan melalui mel elektronik.
|
| |
|
|
| 8.10 |
Proses Pembatalan
Pesanan diproses terus dan secara automatik. Oleh itu Pemilik Perniagaan
tidak dibenarkan membatalkan pesanan tapi boleh memulangkan barang
kepada eCosway mengikut Polisi dan Prosedur Pemulangan.
|
| |
|
|
| 8.11 |
Polisi
dan Prosedur Pemulangan
|
| |
a)
|
Barangan mesti dipulangkan
dalam masa sepuluh (10) hari daripada tarikh resit.
|
| |
b)
|
Semua barangan boleh dipulangkan
kecuali dinyatakan disebaliknya di mukasurat membeli-belah Pusat
Membeli-Belah eCosway.
|
| |
c)
|
Pemilik Perniagaan dan Pembeli
mesti mengisi dan menghantar Borang Pemulangan Barangan dalam talian.
|
| |
d)
|
Setelah mendapatkan kelulusan,
Nombor Barangan Pulangan (Merchandise Return Nombor - MRN) akan
dihantar oleh eCosway melalui mel elektronik kepada Pemilik Perniagaan
dan Pemilik Perniagaan boleh memulangkan barangan tersebut.
|
| |
e)
|
Semua barangan yang dipulangkan
mestilah dengan bungkusan asal dan dalam keadaan yang sempurna;
dan dihantar kepada alamat Pembekal yang tercatit pada label penghantaran
dengan bayaran hantaran yang telah diprabayar dan ditanggung oleh
Pemilik Perniagaan. Pembekal tidak akan membuat bayaran penerimaan
semasa menerima barangan. Bungkusan yang sesuai dan bahan bungkusan
mesti digunakan semasa memulangkan barangan. Nombor Pemulangan Barangan
mestilah ditulis dengan jelas dan terang diluar bungkusan.
|
| |
f) |
Pemilik Perniagaan mesti menyimpan
semua dokumen kourier sebagai bukti memulangkan barangan bagi tujuan
mengesannya. Jika barangan yang dipulangkan tidak diterima oleh Pembekal,
adalah menjadi tanggungjawab Pemilik Perniagaan untuk mencari ke mana
ianya dihantar dan membuat tuntutan gantirugi bagi barangan yang telah
hilang atau pun rosak. |
| |
g)
|
Barangan yang dipulangkan
akan hanya diterima dengan syarat semua prosedur dalam Polisi Pemulangan
dituruti.
|
| |
|
|
| 8.12 |
Pemulangan
|
| |
a)
|
eCosway akan memberitahu
Pemilik Perniagaan secara mel elektronik tentang sebarang pemulangan
sebaik sahaja barangan tersebut diterima oleh Pembekal eCosway.
|
| |
b)
|
Jumlah yang perlu dipulangkan
akan dikreditkan ke dalam eAccount Pemulangan Pemilik Perniagaan.
|
| |
c)
|
Pemilik Perniagaan mula-mula
sekali mesti menggunakan sepenuhnya baki kredit yang ada dalam eAccount
Pemulangan sebagai bayaran untuk pembelian seterusnya sebelum kaedah
pembayaran lain digunakan Pemilik Perniagaan.
|
| |
|
|
| 8.13 |
Penyelerasan eVolume Pemilik
Perniagaan dan Unit Kelayakkan
|
| |
a)
|
eVolume (eV) dan Unit Kelayakkan
(QU - Qualification Unit), Nilai Mata (VPs), Nilai Mata Kad (CVPs) dan Mata Tebusan (Redemption Points - RPs) yang diberikan kepada barangan yang dipulangkan
oleh kedua-dua Pemilik Perniagaan dan Pembeli mereka akan ditolak
daripada eVolume Pemilik Perniagaan Cawangan Peribadi dan QU untuk
bulan yang sama di mana tarikh resit dan barangan yang dipulangkan.
|
| |
b)
|
Jika eV, QU, VP, CVP dan RP Pemilik Perniagaan
pada bulan tersebut dan yang ada dalam simpanan tidak mencukupi
untuk potongan eV, QU, VP, CVP dan RP yang diberikan kepada barangan yang
dipulangkan, potongan dijalankan secara bulanan sehingga semua eVolume
dan QU didapatkan kembali secara sepenuhnya.
|
| |
|
|
| 8.14 |
Jangkamasa Pesanan
Semua pesanan tanpa mengambil kira masa tempatan negara mereka adalah
tarikh dan masa yang didapati di Kuala Lumpur, Malaysia yang +8
jam kepada GMT. Contohnya jika satu pesanan dibuat pada hari Selesa
pukul 2:00 p.m.di New York masa sebenarnya ialah hari Rabu pukul
2:00 a.m. Pemilik Perniagaan perlu senantiasa merujuk kepada waktu
Malaysia ketika membuat pesanan dengan klik pada butang "Check
Time" yang boleh didapati pada semua muka surat pesanan. Semua
masa kelayakkan akan tutup mengikut masa yang ditetapkan dalam terbitan
rasmi eCosway iaitu mengikut masa tempatan di Kuala Lumpur, Malaysia.
Semua pesanan dianggap telah diterima bila bayaran diterima oleh
eCosway. Jika kaedah bayaran yang digunakan ditolak atau tidak diterima
atas sebarang sebab, pesanan tersebut akan ditolak dan tidak akan
dikreditkan bagi sebarang sebab (termasuk tambahan eV atau QU).
Pemilik Perniagaan mesti menghantar pesanan pada awal bulan jika
mereka ingin pesanan mereka itu dimasukkan ke dalam bulan yang barangan
itu dibeli. eCosway tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan
menghantar pesanan yang timbul daripada sesuatu yang diluar kawalannya.
|
| |
|
|
| |
|
|
| 9 |
SEKSYEN -TIDAK
AKTIF DAN PEMBATALAN
|
| |
|
|
| |
a)
|
Tindakan Pembatalan
Asalkan Pemilik Perniagaan aktif dan mematuhi syarat serta Polisi
dan Prosedur ini, eCosway akan membayar keuntungan dan insentif
kepada Pemilik Perniagaan mengikut Rancangan Keuntungan. Keuntungan
seorang Pemilik Perniagaan bergantung kepada keseluruhan usaha Pemilik
Perniagaan dalam menjana jualan dan aktiviti yang berkaitan dengan
menjana jualan (termasuk membina satu rangkaian). Berikutan dengan
Pemilik Perniagaan yang tidak membaharui Perjanjian Pemilik Perniagaan,
pembatalan kerana tidak aktif atau pembatalan secara suka rela atau
tidak suka rela (semua langkah ini secara kolektifnya dirujuk sebagai
"pembatalan"). Bekas Pemilik Perniagaan tidak berhak,
tidak mempunyai hak milik, membuat tuntutan atau ada sebarang kepentingan
terhadap sebarang jualan yang dijana oleh rangkaian.Seorang Pemilik
Perniagaan yang perniagaannya dibatalkan akan kehilangan segala
hak sebagai Pemilik Perniagaan. Ini termasuk hak untuk menjual barangan
eCosway dan hak untuk menerima keuntungan di masa hadapan atau lain-lain
pendapatan yang timbul daripada sebarang aktiviti bekas rangkaian
Pemilik Perniagaan.
eVolume yang datang dari jualan seorang Pemilik Perniagaan
yang membatalkan Perjanjian Pemilik Perniagaan akan terus kepada jumlah eVolume kumpulan itu.
Bekas Pemilik Perniagaan
tidak lagi akan mengaku dirinya sebagai Pemilik Perniagaan eCosway
dan tidak ada hak untuk menjual barangan eCosway. Seorang Pemilik
Perniagaan yang mana Perjanjiaan Pemilik Perniagaannya terbatal
akan hanya menerima keuntungan bagi tempoh masa penuh ketika sebelum
pembatalan (tolak sebarang jumlah yang dipegang semasa penyiasatan
sedang dijalankan bagi pembatalan secara tidak suka rela).
|
| |
|
|
| |
b)
|
Pembatalan Secara Tidak Suka Rela
Seorang Pemilik Perniagaan yang melanggar sebarang syarat Perjanjian,
termasuk sebarang pengubalan yang mungkin telah dibuat oleh eCosway
mengikut hak mutlaknya, mungkin mengakibatkan salah satu daripada
sekatan yang disenaraikan dalam Seksyen 7.1 dikenakan. Pembatalan
akan berkuatkuasa daripada tarikh di mana notis bertulis yang di
hantar melalui emel ke alamat terakhir Pemilik Perniagaan yang diketahui,
atau bila Pemilik Perniagaan menerima notis pembatalan yang sebenarnya
atau pun bergantung kepada notis mana yang diterima dulu.
Syarikat mempunyai hak untuk membatalkan
Perjanjian dan menghentikan perniagaan eCosway dengan memberikan
notis bertulis tiga puluh (30) hari melalui emel jika : (1) berhenti
daripada menjalankan operasi; (2) membubarkan entiti korperat; atau
(3) menghentikan pengedaran barangannya melalui jualan langsung.
|
| |
|
|
| 9.1 |
Pembatalan Secara Suka
Rela
Seorang Pemilik Perniagaan mempunyai hak untuk membatalkan Perjanjian
Perniagaan mereka pada bila-bila masa, tanpa sebarang sebab. Pembatalan
mestilah dibuat secara bertulis kepada alamat berdaftar Syarikat
induk. Notis bertulis itu mesti mengandungi nama Pemilik Perniagaan,
alamat, dan Nombor Pengenalan Pemilik Perniagaan (I.D. Number).
|
| |
|
|
| 9.2 |
Tidak Diperbaharui
Seorang Pemilik Perniagaan juga boleh membatalkan Perjanjian Pemilik
Perniagaan dengan memperbaharui Perjanjian sebelum atau pada genap
ulang tahun bulan pendaftaran.
|
| |
|
|
| |
|
|
| 10 |
SEKSYEN
- DEFINASI |
| |
|
|