Advanced Search

 
 
 
Syarat-syarat dan Peraturan Pemilik Perniagaan
     
1.

Saya memahami sebagai seorang Pemilik Perniagaan eCosway.com Sdn Bhd (509213-A) ,sebuah syarikat yang ditubuhkan dibawah undang-undang Malaysia (dengan ini dirujuk sebagai "eCosway" atau "Syarikat"), akan berhak serta bertanggungjawab terhadap perkara yang berikut :

  a.

Saya mempunyai hak untuk membeli dan menjual barangan sejajar dengan Syarat dan Peraturan serta Polisi dan Prosedur yang telah ditetapkan oleh Syarikat;

  b.

Saya mempunyai hak untuk memperkenal dan mendaftarkan para Pemilik Perniagaan dan/atau para Pembeli ke dalam eCosway atau laman web eCosway;

  c.

Saya akan membantu, melatih, memotivasi semua para Pemilik Perniagaan dalam rangkaian saya;

  d.

Saya akan mematuhi semua undang-undang nasional, persekutuan, negeri, jajahan, daerah, tempatan dan undang-undang majlis tempatan, ordinan, peraturan dan undang-undang dan akan mengistihar dan membayar semua bayaran yang perlu dibayar seperti yang diwajibkan oleh sebarang undang-undang nasional, persekutuan, negeri, jajahan, daerah, tempatan dan undang-undang majlis tempatan, ordinan, peraturan dan undang-undang yang merangkumi perniagaan eCosway yang saya kendalikan; dan

  e. Saya akan menjalankan tugas saya sebagai seorang Pemilik Perniagaan dengan penuh ikhlas dan berintegriti.
     
2.

Saya juga bersetuju untuk mempersembahkan Rancangan Keuntungan eCosway dan barangan eCosway tanpa sebarang perubahan seperti yang terkandungan dalam bahan rasmi eCosway yang diberikan oleh Syarikat. Saya tidak akan membuat sebarang dakwaan berkenaan potensi pendapatan atau keuntungan selain daripada apa yang terkandung dalam bahan rasmi eCosway. Kecuali seperti yang telah ditetapkan dalam Polisi dan Prosedur, atau pun melainkan saya telah menerima kebenaran bertulis daripada eCosway saya tidak akan : (a) menggunakan, menghasilkan, mencipta, atau mendapatkan daripada sebarang sumber lain selain daripada eCosway, sebarang bentuk bahan bacaan, rakaman (audio, video atau seumpamanya), menjual atau mendaftar alat bantuan yang berkaitan dengan barangan eCosway atau Rancangan Keuntungan eCosway; (b) menggunakan atau menyiarkan sebarang tanda niaga, nama perniagaan, tanda perkhidmatan, logo, rekaan atau simbol eCosway; (c) mengiklan barangan atau pun peluang perniagaan eCosway.

 

 

 

3.

Notwithstanding anything herein, I agree and acknowledge that if I do not claim or utilise any earnings or bonus earned and such earning or bonus is retained in Business Owner’s eAccount for more than 12 months, eCosway shall have the right to deal with the earnings or bonus as it deems fit.

 

 

 

4.

Saya mengakui sebagai seorang Pemilik Perniagaan eCosway, saya adalah seorang kontraktor bebas dan bukanya seorang pekerja, agen, rakan kongsi, wakil sah atau pemegang franchis eCosway. Saya tidak berkuasa untuk dan juga tidak akan menjadi penghutang, membelanja, melibatkan diri atau membuka sebarang akaun bank bagi pihak atau atas nama eCosway. Saya juga memahami yang saya akan mengawal cara saya menjalankan operasi perniagaan eCosway yang tertakluk kepada saya mematuhi Syarat dan Peraturan ini, Polisi dan Prosedur dan Rancangan Keuntungan eCosway (semua ini secara kolektif diruiuk sebagai "Agreement"). Saya bersetuju dan bertanggungjawab untuk membayar semua perbelanjaan yang dibuat oleh diri saya, termasuk dan tidak terhad kepada perbelanjaan perjalanan, makan minum, tempat menghinap, kesetiausahaan, pejabat, panggilan telefon jarak jauh dan laina-lain perbelanjaan. SAYA MENGAKUI SAYA TIDAK BOLEH DILAYAN SEBAGAI SEORANG PEKERJA eCOSWAY BAGI SEBARANG PENCUKAIAN NASIONAL, PERSEKUTUAN, JAJAHAN, NEGERI, WILAYAH, DAERAH, TEMPATAN ATAU MAJLIS TEMPATAN. eCosway tidak akan bertanggungjawab bagi menyimpan, dan tidak akan menyimpan atau memotong daripada pendapatan anda jika ada bagi sebarang bentuk cukai, melainkan perkara tersebut diwajibkan oleh undang-undang. Saya juga bersetuju untuk membayar semua jenis cukai mengikut perjanjian antara eCosway dan peraturan dan undang-undang yang berkenaan pencukaian.

 

 

 

5.

Saya telah membaca dengan teliti dan bersetuju untuk mematuhi Polisi dan Prosedur eCosway dan Rancangan Keuntungan eCosway, di mana kedua-duanya telah diselarakan dan dijadikan sebahagian daripada Syarat-syarat dan Peraturan ini. Saya juga memahami saya perlu memenuhi semua syarat yang terkandung dan tidak melanggar sebarang syarat dalam Perjanjian ini, bagi melayakkan diri untuk mendapatkan sebarang pendapatan daripada eCosway, Saya juga mengakui Syarat dan Peraturan, Polisi dan Prosedur atau pun Rancangan Keuntungan eCosway boleh diubah dari masa ke semasa dan saya juga mengakui semua perubahan tersebut akan merangkumi diri saya. Notis berkenaan sebarang perubahan ini akan diterbitkan dalam bahan rasmi eCosway dan dihantar kepada semua para Pemilik Perniagaan eCosway melalui emel. Kesinambungan perniagaan eCosway saya serta persetujuaan saya mendapat keuntungan akan bergantung kepada diri saya menerima sebarang perubahan seperti yang tersebut diatas.

 

 

 

6.

Tempoh sah perjanjian ini ialah satu tahun. Jika saya gagal membayar yuran akses tahunan atau ianya dibatalkan atau ditamatkan atas sebarang sebab, saya mengakui saya akan kehilangan semua hak saya sebagai seorang Pemilik Perniagaan, Saya tidak berhak menjual barangan eCosway atau pun mendapatkan keuntungan atau sebarang mendapatkan sebarang pendapatan yang berpunca daripada bekas rangkaian saya. eCosway mempunyai hak mutlak untuk menamatkan semua Perjanjian Pemilik Perniagaan selepas memberikan notis selama tiga puluh (30) hari melalui emel jika : (1) menghentikan perniagaan; (2) membubarkan satu entiti; atau (3) menamatkan pengedaran barangan secara jualan langsung. Jika berlaku pembatalan, penamatan atau pembaharuan tidak dibuat, saya akan kehilangan semua hak melainkan mengecualikan diri saya daripada sebarang hak, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak milik harta benda yang terikat kepada bekas Pemilik Perniagaan dan kepada sebarang keuntungan atau lain-lain pendapatan yang didapati daripada jualan atau lain-lain aktiviti bekas rangkaian perniagaan saya.

 

 

 

7.

Saya tidak akan mewakilkan hak atau tugas saya dibawah Perjanjian ini atau sebahagian daripada Perjanjian ini tanpa kebenaran bertulis daripada eCosway. Sebarang usaha meminda atau mewakilkan Perjanjian ini atau pun sebahagian daripadanya tanpa kebenaran bertulis daripada eCosway akan mengakibatkan eCosway mengambil langkah sewajarnya dan mungkin membawa kepada penamatan status saya sebagai seorang Pemilik Perniagaan.

 

 

 

8.

Saya juga mengakui jika saya gagal mematuhi sebarang syarat dalam Perjanjian, eCosway berhak menamatkan Perjanjian Pemilik Perniagaan saya atau pun mengenakan sebarang langkah disiplin termasuk dan tidak terhad kepada membatalkan keuntungan, kehilangan semua atau sebahagian daripada rangkaian perniagaan. Jika saya melanggar, tidak mematuhi atau mencabuli Perjanjian ini saya tidak akan mendapat sebarang pendapatan yang timbul daripada jualan yang telah disempurnakan. Jika Perjanjian ini ditamatkan atas sebarang sebab, saya akan kehilangan hak saya sebagai seorang Pemilik Perniagaan untuk selamanya, termasuk hak terhadap rangkaian saya dan hak untuk mendapatkan keuntungan selaras dengan Rancangan Keuntungan eCosway. Jika saya gagal untuk menyelesaikan sebarang hutang kepada eCosway, saya memberikan kuasa kepada eCosway untuk menolak jumlah yang terlibat daripada pendapatan saya atau pun mendebit eAccount Pemilik Perniagaan saya. Saya juga mengakui kegagalan untuk membuat bayaran terhadap barangan yang dibeli dalam tempoh masa yang telah ditetapkan adalah bercanggah dengan Perjanjian ini.

 

 

 

9.

Setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang, eCosway, para pengarahnya, para pegawai, para pemilik saham, wakil, waris dan agen (secara kolektif dirujuk sebagai "sekutu"), tidak akan bertanggungjawab dan saya mengecualikan sekutu-sekutunya dan melupuskan sebarang bentuk tuntutan yang timbul secara langsung atau tidak langsung, khas atau kebetulan, kehilangan keuntungan, kerosakkan atau sebarang bentuk kehilangan yang ditanggung atau dihadapi oleh saya akibat daripada (a) saya melanggar sebarang syarat Perjanjian (b) promosi atau operasi perniagaan eCosway yang tidak memenuhi syarat yang berkaitan (e.g. mempersembahkan barangan eCosway atau Rancangan Keuntungan, melalui kenderaan bermotor dan dengam menyewa dewan atau kemudahan latihan, dan lain-lain lagi); (c) sebarang maklumat salah atau tidak tepat yang diberikan oleh saya; atau (d) kegagalan untuk memberikan maklumat yang diperlukan oleh eCosway untuk operasi perniagaan eCosway, termasuk dan tidak terhad kepada pendaftaran dan penerimaan saya ke dalam Rancangan Keuntungan atau pembayaran keuntungan atau insentif. Saya mengakui keseluruhan liabiliti eCosway dan sekutu-sekutunya bagi sebarang tuntutan atau sebagainya yang berkaitan dengan eCosway dan diri saya termasuk dan tidak terhad kepada sebarang langkah yang timbul dalam kontrak, tort atau keseimbangan tidak akan melebihi dan akan terhad kepada jumlah barangan yang telah saya beli daripada eCosway. Saya juga turut sama mengakui untuk melindungi, tidak menjadikan mereka bertanggungjawab dan mempertahankan dengan perbelanjaan saya sendiri, eCosway dan sekutu-sekutunya daripada sebarang dakwaan, tuntutan, kos, kerugian, kerosakkan, liabiliti, hukuman, bayaran guaman dan lain-lain perbelanjaan yang timbul atau yang bakal timbul dalam kaitan saya dengan perniagaan eCosway.

 

 

 

10.

Perjanjian ini juga merangkumi keseluruhan kontrak antara eCosway dan saya. Sebarang bentuk perjanjian, perwakilan, tawaran atau lain-lain jenis komunikasi yang tidak ditetapkan secara bertulis dalam Perjanjian ini tidak akan berkuat kuasa. Jika timbul sebarang percanggahan atau kekeliruan antara Perjanjian ini dan sebarang perjanjian lain, maka Perjanjian ini akan diambil kira sebagai sah dan akan berkuat kuasa berbanding dengan lain-lain perkara yang tersebut dalam ini. Bagi sebarang percanggahan antara Syarat-syarat Pemilik Perniagaan dan Polisi dan Prosedur eCosway (dalam keadaan asal atau setelah diubah), Polisi dan Prosedur eCosway akan berkuat kuasa sepenuhnya.

 

 

 

11.

Sebarang bentuk pengecualian oleh eCosway bagi pelanggaran syarat ini oleh Pemilik Perniagaan mestilah dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh pegawai yang disahkan oleh eCosway. Sebarang bentuk pengecualian yang diberikan oleh eCosway bagi pelanggaran sesuatu syarat Perjanjian tidak boleh dianggap sebagai pengecualian bagi pelanggaran yang seterusnya. Dalam keadaan di mana sebarang bentuk Perjanjian ini tidak dianggap sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, ianya tidak akan menjadikan keseluruhan Perjanjian ini tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan dan bahagian Perjanjian yang masih sah akam berkuat kuasa sepenuhnya.

 

 

 

12.

Jika sebarang daripada peruntukkan dalam Perjanjian ini didapati tidak dapat
dikuatkuasakan, ianya tidak bererti keseluruhan Perjanjian ini tidak sah dan
tidak dapat dikuatkuasakan sepenuhnya, bahagian Perjanjian yang sah akan
berkuatkuasa dan perlu dipatuhi.

 

 

 

13.

Perjanjian ini dilindungi oleh dan bertetapan dengan perundangan Malaysia. Kecuali jika ianya dijelaskan sebaliknya dalam Polisi dan Prosedur eCosway, semua percanggahan dan tuntutan berkenaan eCosway, Perjanjian, Rancangan Keuntungan eCosway atau barangan, hak dan tanggungjawab seorang Pemilik Perniagaan atau sebarang bentuk tuntutan atau sebarang langkah yang berkaitan dengan prestasi Pemilik Perniagaan atau eCosway dibawah Perjanjian ini akan diselesaikan secara arbitrasi di Kuala Lumpur atau di sebarang lokasi lain yang ditetapkan oleh eCosway, mengikut Akta Arbitrasi Malaysia 1952 dan Peraturan Arbitrasi Pusat Arbitrasi Kuala Lumpur. Jika seorang Pemilik Perniagaan membuat tuntutan atau tuntutan ke atas tuntutan terhadap eCosway, seorang Pemilik Perniagaan akan melakukannya secara individu dan bukannya bersama para Pemilik Perniagaan yang lain atau sebahagian daripada langkah kelas itu. Keputusan arbitrator adalah muktamad dan perlu dipatuhi oleh semua pihak dan jika perlu boleh dirujuk kembali kepada mahkamah yang berkenaan. Semua pihak mestilah bertanggungjawab bagi kos dan perbelanjaan arbitrasi, termasuk terhadap perbelanjaan perundangan dan bayaran memfail. Semua pihak mesti turut sama bertanggungjawab bagi satu setengah daripada jumlah : (1) bayaran arbitrator; dan (2) kos arbitrasi. Perjanjian arbitrator akan tetap berkuatkuasa selepas tempoh Perjanjian tamat ataupun luput.

 

 

 

14.

Pihak-pihak yang bersetuju terhadap tempat di mana perkara ini akan disebut dalam mahkamah di sebarang lokasi di peringkat nasional, persekutuan, negeri, jajahan atau kawasan di Malaysia bagi tujuan memberikan keputusan yang telah diberikan oleh arbitrator atau sebarang perkara yang berkaitan dengan arbitrasi.

     





  View our Privacy Policy / Terms of Use / Advertising & Anti-Spam Policy / Contact Details

© 2001-2026 eCosway.com Sdn Bhd (509213-A). All Rights Reserved Worldwide.
The eCosway logo is a trademark of eCosway.com Sdn Bhd (509213-A).