Home | My Account | Sign-Up Now | Go Shopping | Save or Earn Money | FAQ
Maklumat yang dinyatakan juga tertakluk untuk Singapura, kecuali dinyatakan.
English Malay Chinese

Satu Konsep Revolusinari Dalam
Pemilikan Perniagaan Global

Kebebasan Kewangan...
Akhirnya Suatu Cara Yang Lebih Baik!
Produk Dan Perkhidmatan Yang Tidak Terhad
Ganjaran Pembeli
Struktur Rangkaian Anda
Bagaimana Anda Meraih Keuntungan
Rancangan Keuntungan
Berapa Banyak Wang Anda Boleh Perolehi?
Keperluan Bulanan
Bagaimana Anda Boleh Menyertainya
Ringkasan Perbezaan

Kebebasan Kewangan...

Ramai antara kita yang ingin kaya. Memiliki duit yang banyak tidak semestinya formula keseluruhannya. Anda juga mesti sihat dari segi kesihatan dan mempunyai masa lapang untuk menikmatinya. Apa gunanya jika anda memiliki wang yang amat banyak tetapi terpaksa bekerja siang malam pada setiap hari serta tidak mengendahkan kesihatan diri, orang yang disayangi dan tidak dapat menikmatinya?

Robert Kiyosaki - pengarang buku Rich Dad Poor Dad, menjelaskan anda akan menjadi hartawan yang sebenarnya jika anda dapat mengekalkan tahap kehidupan yang anda ingini tanpa perlu bekerja secara fizikal. Kebanyakan orang tidak mampu mengekalkan tahap hidup yang sederhana tanpa perlu bekerja walaupun untuk jangkamasa setahun sahaja. Bagaimana dengan anda? Tahukah anda bagaimana anda boleh mencapai "kebebasan kewangan"?


Anda mungkin pernah dengar bahawa MLM atau Pemasaran Berangkai merupakan cara terbaik mencapainya (sebab anda boleh bekerja secara sambilan selama beberapa tahun dan kemudian bersara dengan pendapatan lumayan yang akan berterusan untuk sepanjang hayat anda). Jika anda seperti kebanyakan orang yang lain, besar kemungkinan anda sudah pun menyangkal idea ini sebab anda yakin ia tidak mungkin akan berjaya.

Ini memang diakui, memang benar ramai orang yang telah menjadi jutawan dengan menjalankan Pemasaran Berangkai dan majoriti daripada mereka yang mencubanya juga menemui kegagalan.

Pemasaran Berangkai adalah cara terbukti untuk menjual produk dan perkhidmatan. la lebih berjaya daripada cara pemasaran tradisional, sebab wang yang digunakan untuk tujuan pengiklanan dibayar kepada mereka yang membina rangkaian pengguna yang setia.


la juga merupakan satu kaedah yang terbukti bagi para individu memperolehi pendapatan. Lebih besar rangkaian anda, lebih banyak wang yang boleh anda perolehi. Anda juga tidak perlu mencari ramai pengguna secara berseorangan. Anda hanya perlu mendapatkan beberapa orang, di mana mereka akan mencari beberapa orang lagi dan seterusnya sehinggalah rangkaian tersebut menjadi besar.

Anda mungkin bertanya, "Jika ianya begitu mudah, mengapa begitu ramai orang yang telah mencuba dan masih gagal?"

Ada dua perkara penting yang diperlukan untuk menjayakan Pemasaran Berangkai:

Satu Rangkaian Pengguna yang Besar
dan Pembelian yang Berulang

Masalah utama kebanyakan syarikat Pemasaran Berangkai ialah, mereka hanya menjual sebilangan kecil produk-produk berharga tinggi yang tidak terkandung dalam senarai pembelian orang kebanyakan. Ini menghadkan bilangan pengguna berpotensi yang mungkin berminat dan anda perlu menjadi seorang jurujual yang hebat untuk menyakinkan orang ramai untuk membelinya.

Satu lagi masalahnya ialah jika orang ramai membelinya sekali, mereka akan berhenti daripada membelinya lagi jika ia tidak memberikan keputusan yang dijanjikan atau pun mereka akan mencari produk sama dengan harga yang lebih murah di tempat lain. Ini menyukarkan lagi penjualan berulang dicapai.

Kebanyakan orang gagal dalam pemasaran berangkai disebabkan mereka tidak dapat membina satu rangkaian pengguna yang terus-menerus membeli produk yang sama pada setiap bulan.

Akhirnya Suatu Cara Yang Lebih Baik!

eCosway dengan bangganya memperkenalkan satu model perniagaan revolusinari diberi nama Pemasaran Bersama™ (Mutual Marketing™). lanya menghubungkan pengguna, bank, saudagar dan pembekal
dalam satu cara yang unik, di mana semua pihak akan meraih kejayaan.

lanya satu pembaharuan dalam konsep Pemasaran Berangkai.

Sistem eCosway yang mudah dan senang menyediakan anda apa yang diperlukan untuk memastikan anda mendapat pendapatan yang meningkat secara berterusan.

Perbezaan yang paling ketara ialah eCosway menyediakan "sistem pasti-berjaya" yang memudahkan lagi mendapatkan rangkaian pengguna.
x Anda tidak perlu memiliki kemahiran menjual
x Anda tidak perlu membawa sesiapa pun ke sebarang mesyuarat
x Anda tidak perlu melakukan sebarang pengorbanan
x Yang terbaiknya ialah... Anda tidak perlu menghadapi PENOLAKAN!!!

Kami telah menjadikannya sebegitu mudah sehingga ianya agak mustahil untuk anda gagal!

Perbezaan yang seterusnya ialah produk-produk eCosway hampir tidak terhad. Hampir semua barangan yang sentiasa dibeli oleh orang ramai terdapat dalam eCosway. Ini memastikan adanya jualan berulang dalam rangkaian pemasaran pada setiap bulan.

Berikut Adalah Bagaimana lanya Berfungsi:

1. Kami menyediakan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan yang hampir tidak terhad berserta dengan promosi dan program ganjaran pembeli untuk memastikan penjualan bulanan yang berterusan daripada pengguna.

2. Mereka yang menjadi "Pemilik Perniagaan" (BO) bebas yang juga merupakan pengguna eCosway membawa masuk lain-lain pengguna yang menjadi BO. Ini akan menambahkan lagi rangkaian orang yang membuat pembelian pada setiap bulan.

3. BO diberikan ganjaran melalui "rancangan keuntungan"
yang memberikan bayaran melalui peratusan daripada
volum jualan bulanan pada rangkaian mereka.

Produk Dan Perkhidmatan Yang Tidak Terhad

Kami menawarkan hampir semua barangan yang digunakan secara harian oleh orang ramai termasuk bahan pencuci, alat keperluan rumah, penjagaan peribadi dan makanan dan minuman yang enak pada harga yang amat berpatutan. Kami juga menawarkan produk pemakanan berkhasiat yang berkualiti tinggi daripada negara AS, Jepun dan Eropah. Kami juga menawarkan sistem penyulingan air yang terbaik di pasaran ketika ini.

Semua produk-produk ini boleh didapati di pusat-pusatjualan di seluruh Malaysia.

Kami juga menawarkan lain-lain rangkaian produk melalui laman web kami daripada para peniaga di seluruh dunia.

Kad Bank jenama-Bersama eCosway (untuk Malaysia sahaja)

Kad Bank jenama-Bersama eCosway

Semua pembayaran yang menggunakan kad ini diambil kira sebagai jualan eCosway. Cuba bayangkan... apabila anda atau sesiapa sahaja dalam rangkaian anda membayar bil telefon atau elektrik, mengisi petrol, pergi membeli-belah, menjamu selera atau makan angin dan sebagainya DI MANA-MANA SAHAJA DALAM DUNIA INI... anda akan boleh mendapat wang daripadanya sebab anda akan diberikan Volum Jualan eCosway atau "eVolum" (eV).

Jika anda membeli-belah dengan Rakan Kongsi Peniaga eCosway atau mengambil bahagian dalam program gabungan terpilih dengan menggunakan Kad Bank Jenama-Bersama eCosway, jumlah eV akan lebih tinggi sebab anda akan mendapat eV daripada peniaga ataupun daripada program gabungan tersebut DAN daripada bank, bagi setiap pembelanjaan menggunakan kad tersebut.

Sila lihat risalah atau layari www.partnermerchants.com untuk maklumat lanjut berkenaan program gabungan. Laman web ini juga mengandungi senarai Rakan Kongsi Peniaga di kawasan anda serta kadar komisen yang mereka tawarkan.

Ganjaran Pembeli

Nilai Mata Kad (Card Value Points - CVP)

Pemilik Perniagaan mendapat CVP dari belian yang menggunakan Kad Bank Jenama-Bersama eCosway. Anda akan mendapat 1 CVP bagi setiap RM 100 yang dibelanjakan dengan menggunakan Kad Bank Jenama-Bersama eCosway dan 2 CVP bagi setiap RM 100 yang dibelanjakan di premis niaga yang menjadi rakan-kongsi.

CVP boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun ke atas barangan yang ditawarkan di Pusat-pusat Penebusan Cosway iaitu barangan elektronik, barangan mencuci rumah dan barangan penjagaan diri, beg, jam tangan, hadiah, barang mainan dan banyak lagi.

CVP iuga boleh digunakan untuk mendapat diskaun daripada laman web atau membida pada hadiah-hadiah PERCUMA yang ditawarkan di dalam Lelongan CVP yang istimewa. Lelongan ini menawarkan hadiah-hadiah seperti TV plasma, jam Rolex, barangan elektronik, minyak wangi berjenama dan baucer untuk makanan dan melancong. Apa yang perlu anda lakukan untuk memenangi hadiah ialah dengan membida bilangan CVP yang tertinggi bagi barangan tersebut. jika anda tidak menang, anda tidak akan kehilangan mata anda, jadi anda boleh gunakannya sekali lagi dalam Ielongan yang akan datang.

Nilai Mata (Value Points - VP)
Pemilik Perniagaan mendapat VP setiap kali mereka membeli produk dalam talian. Nilai Mata membolehkan anda merebut peluang tawaran eksklusif, mendapat diskaun besar dan mengambil bahagian dalam Leiongan AS $1 Yang Menakjubkan! di mana barangan mewah dijual hanya pada AS $1!

Struktur Rangkaian Anda

Apabila anda menjadi seorang Pemilik Perniagaan eCosway, anda boleh membina satu rangkaian yang mengandungi para Pemilik Perniagaan (seperti anda).

Setiap Pemilik Perniagaan yang anda perkenalkan membina cawangan yang baru dalam rangkaian anda. Semua Pemilik Perniagaan yang mereka perkenalkan juga menjadi ahli rangkaian anda. Tiada "pemisahan" di dalam sistem eCosway. Ini bermakna eCosway tidak meletakkan had bilangan cawangan atau aras, atau menetapkan volum jualan tertentu yang selepasnya sebuah cawangan dari rangkaian anda akan dipisahkan daripada anda. Rangkaian anda akan kekal dengan anda jadi anda boleh menikmati perkembangan berterusan dan tidak terhad.

Buku "Langkah Pertama Menuju Kejayaan" akan memberi anda semua maklumat yang anda perlu ketahui untuk membina rangkaian dengan jayanya. Anda akan mempelajari dengan mudah untuk mendapatkan beberapa orang, yang akan mendapat orang lain dan seterusnya sehingga anda membentuk sebuah rangkaian yang cukup besar untuk memberi anda kebebasan kewangan yang anda inginkan.
 

Bagaimana Anda Meraih Keuntungan

Apabila anda atau salah seorang Pemilik Perniagaan di dalam rangkaian anda melakukan satu jualan atau belian eCosway, ia akan menjana apa yang dipanggil "eVolum" (eV). Ini adalah jumlah dolar AS yang digunakan untuk mengira keuntungan bulanan anda. Jualan atau belian eCosway termasuk produk yang dibeli dari katalog atau laman web kami dan pembelian atau pembayaran yang dilakukan dengan Kad Bank Jenama-Bersama eCosway atau Kad Ganjaran.

Setiap bulan, eCosway akan mengira eV yang dijana oleh anda (Cawangan Peribadi) dan semua Cawangan Pemilik Perniagaan anda dan membayar anda empat jenis keuntungan: Keuntungan Runcit, Cawangan Berganda, Insentif Prestasi Cawangan dan Insentif Cawangan Tambahan.

Rancangan Keuntungan

Keuntungan Runcit
Anda akan mendapat keuntungan runcit bernilai 28% berdasarkan eVolum (eV) yang dijanakan oleh Cawangan Peribadi anda pada setiap bulan.

Cawangan Berganda
Anda menerima peratusan berganda dari eV yang dijana oleh Cawangan Pemilik Perniagaan anda. (Peratusan ini ditentukan dengan menolak peratusan setiap Cawangan Pemilik Perniagaan yang layak dari peratusan yang anda layak untuk bulan tersebut.)

eVolum
(eV)
Keuntungan
(%)
eVolum
(eV)
Keuntungan
(%)
75
10
5,000
22
150
12
10,000
23
225
14
15,000
24
350
16
20,000
25
500
18
25,000
26
750
19
35,000
27
1,250
20
45,000
28
2,500
21

Insentif Prestasi Cawangan
Anda akan mendapat jumlah yang sama pada setiap Cawangan Pemilik Perniagaan anda yang melebihi 500 eV sebulan, kecuali Cawangan eV tertinggi (di mana ia dijadikan sebagai cawangan kelayakan).

Setiap Cawangan eV Insentif Pretasi Cawangan
500 AS $ 20
1,000 AS $ 40
1,500 AS $ 60
2,000 AS $ 80
2,500 AS $100
3,000 AS $125
3,500 AS $150
4,000 AS $200
4,500 AS $250
5,000 AS $300
5,500 AS $375
6,500 AS $450
8,000 AS $525
Setiap Cawangan eV Insentif Pretasi Cawangan
10,000 AS $ 600
12,500 AS $ 675
15,000 AS $ 750
17,500 AS $ 825
20,000 AS $ 900
22,500 AS $1,000
25,000 AS $1,100
27,500 AS $1,200
30,000 AS $1,300
35,000 AS $1,400
40,000 AS $1,600
45,000 AS $1,800
50,000 AS $2,000
Setiap Cawangan eV Insentif Prestasi Cawangan
60,000 AS $ 2,500
70,000 AS $ 3,000
80,000 AS $ 3,500
90,000 AS $ 4,000
100,000 AS $ 5,000
125,000 AS $ 6,000
150,000 AS $ 7,000
200,000 AS $ 8,000
250,000 AS $ 9,000
300,000 AS $10,000
Untuk setiap tambahan 100,000 Anda menerima Insentif tambahan sebanyak AS $1,000

Insentif Cawangan Tambahan
Jika anda mempunyai satu cawangan yang menjana jumlah eV tertentu untuk mencapai kadar eV minima seperti yang ditunjukkan dalam jadual, dan cawangan anda selebihnya (termasuk cawangan peribadi anda) menjana suatu jumlah kombinasi eV yang bersamaan atau melebihi kadar eV minima tersebut, anda akan menerima Insentif Cawangan Tambahan dari AS $50 hingga mencapai nilai maksima iaitu AS $300, ianya berdasarkan pada eV minima yang anda telah capai.

Kadar eV Minima
Insentif Cawangan Tambahan

Jika cawangan terbesar anda menghasilkan eV berikut:

   500 eV
1,000 eV
1,500 eV
2,000 eV

Dan jumlah eV keseluruhan cawangan anda (termasuk cawangan peribadi anda) bersamaan dengan kadar eV Minima atau lebih, anda menerima:
AS $ 50
AS $100
AS $200
AS $300
 

Untuk pengiraan keuntungan, 1 eV = AS $1

Sebagai seorang Pemilik Perniagaan, anda akan menerima 4 jenis keuntungan pada eVolum (eV) yang dijanakan oleh Cawangan Peribadi dan Cawangan Pemilik Perniagaan anda setiap bulan.
 

Di Sini Adalah Contoh Pengiraan Keuntungan untuk Satu Bulan

Jumlah eV = 36,000
36,000 eV melayakkan anda pada kadar 27% untuk Pengiraan Keuntungan Runcit dan Cawangan Berganda.

Keuntungan Runcit
 
 
1,000 dari jumlah eVolum anda datangnya daripada Cawangan Peribadi anda.
Anda akan menerima 27% Keuntungan Runcit. (1,000 x 27 = $270)
 
AS $ 270
 
AS $ 270
         
Keuntungan Cawangan Berganda
15,000 dari jumlah eVolum anda datangnya daripada cawangan A.
A layak pada tahap 24%. Anda menerima perbezaan di antara 27% milik anda, 24% milik A, atau 3% pada cawangan ini.

(15,000 x 3
% = $ 450)
 

AS $ 450

AS $ 1,330
12,000 dari jumlah eVolum anda datangnya daripada cawangan B.
B layak pada tahap 23%. Anda menerima perbezaan di antara 27% milik anda dan 23% milik B, atau 4% pada cawangan ini.

(12,000 x 4
% = $ 480)
 
AS $ 480
8,000 dari jumlah eVolum anda datangnya daripada cawangan C.
C layak pada tahap 22%. Anda menerima perbezaan di antara 27% milik anda dan 22% milik C, atau 5% pada cawangan ini.

(8,000 x 5
% = $ 400)
 
AS $ 480
       
Insentif Prestasi Cawangan  
Cawangan peribadi anda mendapatkan 1,000 eV jadi anda menerima insentif sebanyak $40.  
AS $ 40
AS $ 1,165
Cawangan A ialah cawangan eV tertinggi, jadi ia berfungsi sebagai cawangan kelayakan anda.  
-
Cawangan B mendapatkan 12,000 eV, jadi anda menerima insentif sebanyak $600.  
AS $ 600
Cawangan C mendapatkan 8,000 eV, jadi anda menerima insentif sebanyak $525.  
AS $ 525
       
Insentif Cawangan Tambahan  
AS $ 300
 
AS $ 300
       
   
Jumlah Keuntungan Anda
AS $ 3,065

Berapa Banyak Wang Anda Boleh Perolehi?

Ini bergantung pada sebanyak mana eV (volum jualan) dijanakan oleh para Pemilik Perniagaan di dalam rangkaian anda setiap bulan. Pembayaran tanpa had dan tiada "pemisahan" di dalam rangkaian cawangan anda, seberapa tinggi yang anda inginkan pula bergantung pada diri anda sendiri.

Setelah rangkaian anda dibina, pilihan produk yang banyak dan Program Ganjaran Pembeli eCosway yang menarik akan membantu untuk memastikan jualan sentiasa berkembang dan anda akan sentiasa mendapat pendapatan dan keuntungan. Anda juga boleh serahkan perniagaan yang menguntungkan ini kepada waris anda.
 

Bina Sekurang-kurangnya Dua Cawangan
Anda boleh meletakkan seberapa banyak cawangan Pemilik Perniagaan secara terus di bawah anda. Bagaimanapun, oleh kerana anda boleh mendapat keuntungan dari sekurang-kurangnya 2 cawangan, mulakanlah dengan sekurang-kurangnya 2 cawangan itu dan bantulah ia untuk berkembang. Semasa 2 cawangan ini berkembang dan menghasilkan lebih lagi jualan, anda akan menerima yang berikut:

Bila setiap cawangan anda melakukan
Anda akan menerima*
500 eV
AS $ 80
1,000 eV
AS $ 160
2,000 eV
AS $ 420
5,000 eV
AS $ 700
10,000 eV
AS $1,300
20,000 eV
AS $2,800
50,000 eV
AS $2,300

Untuk Mendapat Lebih Keuntungan

Anda boleh memperkenalkan 4 cawangan dan anda akan mendapat lebih pendapatan. Anda boleh meletakkan 4 cawangan di bawah anda ATAU memperkenalkan 2 ahli keluarga di bawah anda dan KEMUDIAN meletakkan 4 cawangan ini di bawah mereka. Ini membolehkan ahli keluarga anda juga menikmati keuntungan dari volum jualan yang sama.

Perbandingannya seperti berikut:

Atau

Jika setiap cawangan anda melakukan
Anda akan menerima*
Anda akan menerima*
500 eV
AS $ 150
AS $ 320
1,000 eV
AS $ 300
AS $ 740
2,000 eV
AS $ 700
AS $ 1,420
5,000 eV
AS $ 1,800
AS $ 2,700
10,000 eV
AS $ 3,700
AS $ 4,600
20,000 eV
AS $ 5,400
AS $ 6,700
30,000 eV
AS $ 6,600
AS $ 8,400
50,000 eV
AS $ 6,300
AS $ 9,900
*Tidak termasuk Keuntungan Runcit Peribadi

Keperluan Bulanan

1. Untuk layak mendapat sebarang pembayaran keuntungan, anda mesti menjana sekurang-kurangnya 5 Unit Kelayakan (QU) dan 15 eV daripada cawangan peribadi anda setiap bulan. Ini termasuk jualan dan pembelian peribadi anda dan eV yang dijana daripada perbelanjaan Kad Bank Jenama-Bersama eCosway dan mana-mana program gabungan.
   
2. Dikala keuntungan anda berkembang, anda memerlukan di antara 5 - 30 QU setiap bulan (bergantung pada jumlah yang anda terima). Jika anda tidak mempunyai bilangan QU yang secukupnya, keuntungan anda akan terhad.

Nota: Anda dikecualikan daripada sebarang keperluan QU untuk bulan pertama anda jika anda mendaftar sebagai seorang Pemilik Perniagaan dan melakukan jualan ISO.

QU diberikan melalui empat cara:
DALAM TALIAN
• Setiap pembelian pertama pembeli dalam sebulan daripada laman web eCosway akan menjana 5 QU.
• 1 QU dijana bagi setiap AS$10 dalam satu invois daripada laman web eCosway anda. (Ini adalah tambahan kepada 5 QU kalau ia merupakan transaksi pertama bagi bulan tersebut.)

LUAR TALIAN
• 5 QU dijana bagi setiap RM 50 / S/B $ 25 dalam satu invois untuk produk yang dibeli di Pusat Jualan Cosway.
• 5 QU dijana bagi setiap RM 100/ S/B $50 dalam satu invois bagi pembelian yang menggunakan baucer di Pusat Jualan Cosway.

Sila maklum: QU tidak akan diberikan untuk perbelanjaan yang menggunakan Kad Bank Jenama-Bersama eCosway atau Kad Ganjaran kerana ia adalah perbelanjaan peribadi dan bukannya produk yang dijual oleh seorang Pemilik Perniagaan kepada pengguna.


Jadual berikut menunjukkan anda berapa banyak QU yang anda perlukan pada setiap bulan untuk layak mendapatkan bayaran keuntungan.
(Ini termasuk keuntungan perniagaan dan cawangan berganda, serta insentir prestasi cawangan dan cawangan tambahan.)

Jika anda hanya mempunyai...
Pembayaran keuntungan anda terhad pada...
5 QUs
AS $ 200
10 QUs
AS $ 400
15 QUs
AS $ 600
20 QUs
AS $ 800
25 QUs
AS $ 1000
30 QUs
Tiada had

 

NOTA PENTING
Semua QU yang diberi akan dimasukkan ke dalam simpanan dan ditolak hanya bila diperlukan mengikut jumlah keuntungan yang anda layak pada setiap bulan. Contohnya jika anda ada 25 QU di dalam simpanan, dan pembayaran keuntungan anda bagi bulan itu adalah hanya AS $600, sistem akan menolak 15 QU dan meninggalkan 10 QU di dalam simpanan anda. QU tidak akan luput.

Jika anda mempunyai 30 QU, pembayaran keuntungan anda adalah tidak terhad.

Bagaimana Anda Boleh Menyertainya

Bila anda menyertai sebagai seorang Pemilik Perniagaan, anda boleh menerima keuntungan dari jualan dan pembelian rangkaian anda. Bagaimana pun, anda boleh mula menikmati faedah dari eCosway sebagai seorang Pembeli Istimewa.

Pembeli Istimewa
Set ini mengandungi 8 baucer bernilai RM 160 / S/B $ 80 dalam bentuk diskaun TAMBAHAN. Setiap baucer memberi anda potongan sebanyak 20% (sehingga nilai maksimum RM 20 / S/B $ 10) pada harga ahli atau promosi untuk pembelian produk Cosway di dalam satu resit (tidak termasuk produk-produk daripada kategori S dan barangan Penebusan). Nilai penjimatan sebenar tidak menentu dan bergantung pada harga promosi, tetapi anda akan mendapat potongan 36% - 45% dari harga runcit apabila anda menggunakan baucer ini.

Sebagai seorang Pembeli Istimewa, anda juga layak untuk membeli 3 Set Tawaran Permulaan (SOS) pada nilai potongan 50 dari harga runcit (lihat muka sebelah).

Lebih eV pada Pembelian Pertama - Pembelian pertama anda sama ada menggunakan Baucer Diskaun ATAU Baucer SOS (yang mana dahulu) secara automatiknya akan menjana 25 eV tambahan. (Pembelian mestilah dilakukan dalam tempoh yang sah.) Sila maklum bahawa 25 eV tambahan ini hanya diberikan SEKALI.

Anda boleh mula membina suatu rangkaian dengan memperkenalkan orang lain kepada eCosway. Apabila Pembeli Istimewa yang lain menyertai rangkaian anda, anda akan menerima penukaran status PERCUMA kepada Pemilik Perniagaan dan anda mula menerima keuntungan daripada volum jualan (eV) yang dijana melalui rangkaian anda setiap bulan.

Pemilik Perniagaan

  Sebagai seorang Pemilik Perniagaan, anda boleh membina suatu rangkaian dan mula menerima keuntungan serta-merta. Cuma bayar AS $60 untuk yuran pendaftaran dan akses tahun pertama anda ke sistem Sokongan Pemilikan Perniagaan (B.O.S.S.) yang termasuk: cawangan kepunyaan anda dari laman web eCosway untuk jualan dan pengambilan ahli baru; sualu pejabat dalam talian di mana anda boleh melihat bagaimana rangkaian anda berkembang dan bagaimana pendapatan anda 24 jam sehari; bahan-bahan* pemasaran; termasuk sokongan syarikat dalam melakukan semua pembekalan produk, latihan, khidmat pelanggan, dan sebagainya, untuk anda dan mereka yang berada di dalam rangkaian anda.

Tawaran permulaan khusus - Anda boleh mengambil peluang dari tawaran Baucer Diskaun LUAR TALIAN (set sebanyak 20 baucer bernilai RM 400 / S/B $ 200 dalam bentuk penjimatan untuk setahun). Setiap Baucer Diskaun memberikan anda diskaun sebanyak 20% (sehingga nilai maksimum RM 20 / S/B $ 10) daripada harga ahli atau promosi yang telah diberi diskaun pada produk Cosway (tidak termasuk barangan Penerusan dan daripada kategori S) dalam resit tunggal. Nilai penjimatan yang sebenar akan bergantung pada harga promosi tetapi apabila anda menggunakan baucer ini, anda akan mendapat 36% - 45% diskaun harga runcit apabila anda menggunakan tawaran ini.

Anda juga layak untuk membeli 3 Set Tawaran Permulaan (SOS) pada potongan 50% dari harga runcit (lihat bawah).

Tawaran Jualan Permulaan (ISO) - Kali pertama anda melakukan jualan atau pembelian dari mana-mana produk atas talian atau salah satu produk yang ditandakan khas sebagai produk-produk luar talian "5eV" (dalam tempoh 10 hari penyertaan sebagai seorang Pemilik Perniagaan), 5 eV pertama akan dikira sebagai 80 eV.

*Pemilik Perniagaan yang juga Ahli Cosway akan menerima SATU set katalog Cosway dan brosur sahaja.

Sebagai seorang Pemilik Perniagaan atau Pembeli Istimewa yang baru, anda akan menerima Baucer SOS yang melayakkan anda untuk membeli 3 Set Tawaran Permulaan pada potongan 50% dari harga runcit.

 

Set Tawaran Permulaan (SOS)
Kami telah membina program kesihatan dan kecantikan yang istimewa yang memberikan keputusan yang maksimum untuk mereka yang mahukan Kesihatan yang Optimum, Anti-penuaan, Melangsingkan Tubuh, Mencantikkan Kulit dan sebagainya.

Para Pemilik Perniagaan yang baru dan para Pembeli Istimewa boleh mendapat diskaun yang lebih pada program-program ini dengan menggunakan Baucer SOS mereka. Anda boleh sama ada menikmati penjimatan-penjimatan dan faedah-faedah daripada program-program itu sendiri atau menjualnya pada harga runcit dan menerima keuntungan serta-merta.

 

Ringkasan Perbezaan

  Pembeli Istimewa (PS) Pemilik Perniagaan (BO)
Yuran
Tiada. Apabila anda membeli satu set Baucer Diskaun (DV), anda secara automatik menjadi seorang PS dengan percuma. AS $ 55
Nilai Mata (VP)
Ya Ya
Kupon Penebusan (RC)
Ya Ya
Nilai Mata Kad (CVP)
Ya Ya
Memperkenalkan Orang Lain
SH, PS, atau BO SH, PS atau BO
Meraih Keuntungan
Tiada sehingga anda bertukar kepada BO. Ya
B.O.S.S.
Sistem
Sokongan
Pemilikan
Perniagaan
Anda boleh menjejaki pesanan anda dan Nilai Mata dan melihat perkembangan dan aktiviti rangkaian anda apabila anda log masuk, tetapi anda tidak mempunyai akses ke latihan & sumber atau alatan prospek yang diubahsuai. Anda mempunyai sebuah pejabat dalam talian di mana anda boleh akses ke senua butir-butir apa yang berlaku pada perniagaan anda. Anda juga akan mempunyai akses penuh ke latihan & sumber dan alatan prospek yang boleh diubahsuai.
Tawaran Jualan Permulaan (ISO)
Tiada, tetapi 25 eV tambahan diberikan pada pembelian DV atau SOS pertama, yang mana dahulu. 5 eV pertama dilonjakkan ke 80 eV.
Diskaun pada Set Tawaran Permulaan (SOS)
Ya, anda boleh membeli 3 set (termasuk satu Sistem Air Hidup Hexagon) Ya, anda boleh membeli 3 set (termasuk satu Sistem Air Hidup Hexagon)

Anda tidak akan rugi sebaliknya anda boleh mengaut keuntungan!

Sistem "pasti berjaya" dan buku panduan "Langkah Pertama Menuju Kejayaan" kami yang amat mudah dituruti akan membantu anda mencapai kejayaan bersama eCosway. Sesiapa sahaja mampu melakukannya tanpa sebarang kerja keras, pengorbanan atau menghadapi penolakan!

eCosway membuat pembayaran berdasarkan tahap yang tidak terhad dan tidak ada sesiapa pun dari kumpulan anda yang akan dipecahkan, sebaik sahaja satu rangkaian dibina, sistem eCosway yang amat luas ini akan berusaha untuk anda bagi memastikan penjualan yang berterusan. Dalam erti kata lain, anda boleh bersenang-lenang sambil menikmati kebebasan kewangan anda untuk sepanjang hayat anda dan kemudian mewariskan pendapatan ini kepada waris anda yang seterusnya.

Jumlah pendapatan yang diperolehi oleh anda pada setiap bulan akan bergantung kepada jualan yang dijana oleh rangkaian anda pada setiap bulan. Tetapi dalam beberapa tahun semenjak eCosway ini dimulakan, ramai orang telah pun mencapai kebebasan kewangan yang telah mereka impikan.

Mengapa tidak anda mengambil langkah untuk mencapai kebebasan kewangan anda mulai hari ini? Anda tidak mungkin boleh menemui cara yang lebih mudah daripada ini!

Untuk maklumat lanjut berkenaan program 'offline', sila rujuk pada 'upline' Pemilik Perniagaan anda atau hubungi Khidmat Pelanggan di 603 - 2143 4164 / 4171 (ini adalah nombor telefon di Malaysia) pada waktu perniagaan atau e-mel customerservice@ecosway.com.

Klik untuk senarai Pusat Jualan Cosway di dalam kawasan anda.

  • Malaysia
  • Singapura
  • Kembali Ke Laman Utama


    View our Privacy PolicyTerms of UseAdvertising & Anti-Spam PolicyContact DetailsAbout Us

    ©„ © 2001-2004 eCosway.com Sdn Bhd (Private Limited). All Rights Reserved Worldwide.
    The eCosway logo is a trademark of eCosway.com Sdn Bhd (Private Limited).