|
Panduan
Pemasaran |
Sebagai seorang Pemilik Perniagaan eCosway, anda akan "memiliki"
pusat membeli-belah anda sendiri, tetapi kebanyakkan aspek perniagaan
sudah pun diuruskan bagi ianya sebahagian daripada B.O.S.S. (Sistem
Sokongan Pemilik Perniagaan). Anda tidak perlu memiliki kedai. Anda
tidak perlu mencari lokasi, harga, stor, atau menghantar produk kepada
pelanggan. Anda tidak perlu membuat bayaran memproses, tidak perlu
ada perkhidmatan pelanggan atau menyelenggarakan sebarang akaun pelanggan.
Ini bererti anda boleh memberikan lebih banyak tumpuan kepada PEMASARAN.
'Pemasaran' secara am merujuk kepada setiap aspek proses "membawa
masuk orang baru atau membuat belian." Ianya termasuk mencipta
imej, memposisikan produk-produk, mengiklan (mendapat perhatian),
mempromosi, menjual dan mendapatkan maklum balas daripada para pelanggan.
eCosway telah pun mencipta imej dan menetapkan kedudukannya. Para
pelanggan pada amnya "menjual secara sendiri" sebab maklumat
dan tawaran yang terkandung dalam laman web anda, jadi perhatian dan
aktiviti mesti ditumpukan untuk mendapatkan perhatian orang ramai
dan membawa mereka masuk ke laman web. Dalam istilah Internet, ianya
dikenali sebagai "laluan trafik".
Promosikan dan Maju!
Matlamat anda adalah untuk membawa masuk seberapa ramai orang yang
mungkin untuk melawat laman web anda.
- Jemput orang ramai untuk membeli-belah di pusat membeli-belah
anda
- Jemput orang ramai untuk melihat Peluang Pemilik Perniagaan
dalam eCosway.
Kalau anda lakukan ini, sistem ini akan membantu perniagaan anda berkembang
secara eksponen kerana, setiap pembeli anda akan membawa masuk lebih
ramai pembeli dan Pemilik Perniagaan anda akan membawa masuk lebih
ramai Pemilik Perniagaan.
Peranan Anda Sebagai Sebahagian Daripada Sistem
Walaupun anda "memiliki" perniagaan eCosway, adalah penting
untuk anda beringat yang anda hanya memainkan satu peranan sahaja
dalam sistem e-niaga. Adalah penting yang anda tidak mengancam sistem
ini dengan melakukan perkara-perkara yang tidak diingini. Perkara-perkara
tersebut telah diterangkan dalam Polisi
Anti-Spam & Pengiklanan. Tolong bacanya sekarang jika anda
belum membacanya. Adalah penting untuk anda memahami apa yang dibenarkan
dan apa yang tidak dibenarkan dalam usaha anda menjalankan pemasaran
di eCosway. Reputasi eCosway dan perniagaan anda bergantung kepada
diri anda! Panduan ini akan menerangkan beberapa sebab di sebalik
polisi ini.
Dibawah adalah antara perkara yang penting:
- Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan nama eCosway
atau Cosway (sebarang istilah dan tanda perniagaan)
dalam apa jua cara sekali pun tanpa mendapatkan kelulusan
terlebih dahulu daripada syarikat. (Ini termasuk dalam
URL ecosway.com anda dan sebarang bahan yang anda
terbitkan.)
- Anda tidak boleh menggunakan foto atau teks daripada
laman web eCosway untuk kegunaan anda sendiri tanpa
mendapatkan kelulusan bertulis.
- Anda tidak dibenarkan untuk menghantar emel, faks,
surat atau mesej segera yang "menengahkan"
eCosway kepada sesiapa sahaja yang tidak memberikan
anda kelulusan terlebih dulu untuk melakukannya. Anda
perlu menggunakan proses 2-langkah.
|
|
eCosway mesti mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap cara syarikat
dipersembahkan kepada orang awam.
Ini adalah amat penting sebab:
- Ianya perlu untuk melindungi imej eCosway. (Apa yang akan terjadi
kepada imej eCosway jika semua orang dibenarkan mencipta logo
mereka sendiri, slogan mereka sendiri, menengahkan dengan cara
mereka sendiri dan membuat sebarang dakwaan?)
- Ianya melindung eCosway mengikut undang-undang. Walaupun kebanyakkan
kerajaan (termasuk kerajaan AS, Malaysia, Australia dan Kanada)
yang akan dan boleh mendakwa para individu yang memberikan penerangan
palsu kepada prospek mereka, akhirnya syarikat yang akan menerima
hukuman keras jika para Pemilik Perniagaan membuat dakwaan pendapatan,
memutar-belitkan fakta dan membuat janji palsu. Terdapat banyak
undang-undang berkenaan iklan. Setiap Pemilik Perniagaan tidak
boleh diandaikan akan mengetahui dan mengikuti undang-undang antarabangsa,
jadi eCosway mesti ada polisi tentang apa yang boleh diterima
dan apa yang tidak boleh diterima.
Ini TIDAK bermakna yang anda tidak boleh menggunakan nama eCosway
dalam usaha anda. Ianya bererti ANDA HANYA BOLEH GUNAKAN BAHAN
YANG DIREKA OLEH SYARIKAT ATAU YANG TELAH DILULUSKAN OLEH SYARIKAT.
Ini adalah satu polisi seragam bagi sebarang syarikat yang mempunyai
ahli bebas yang mewakili mereka di khalayak umum.
eCosway menyediakan bahan-bahan yang telah dipra-luluskan oleh
syarikat. Jika anda mempunyai bahan atau ayat-ayat lain yang anda
ingin gunakan, atau anda ingin memanipulasi atau mengubah bahan
yang diberikan kepada anda oleh eCosway, anda mesti menghantarnya
kepada syarikat untuk mendapatkan kelulusan terlebih dahulu sebelum
menggunakannya.
Penggunaan bahan-bahan tanpa mendapatkan kelulusan terlebih dahulu
(iklan, risalah, kad perniagaan, dan sebagainya) bersama nama eCosway
di atasnya (termasuk dalam alamat laman web anda seperti : http://www.ecosway.com/home/yourID),
adalah SALAH dari segi polisi dan prosedur dan pemilikkan anda mungkin
akan ditamatkan jika anda melakukan kesalahan ini.
Gambar-gambar daripada laman Web
Gambar-gambar yang anda lihat dalam laman web eCosway tidak dimiliki
oleh eCosway. Ianya digunakan dengan lesen daripada agensi gambar.
Lesen ini tidak merangkumi Pemilik Perniagaan individu (kecuali
dalam penggunaan bahan yang diterbitkan oleh syarikat). Jika anda
mengambil gambar daripada laman web kami dan menggunakannya dalam
laman web atau emel anda sendiri, besar kemungkinan anda akan disaman
oleh agensi gambar berkenaan dan anda mungkin terpaksa membayar
royalti dan ganti rugi. Mana-mana gambar yang anda gunakan dalam
bahan bercetak atau web mestilah dimiliki oleh anda atau pun digunakan
dengan kebenaran atau lesen daripada agensi gambar. Jika anda meminati
sesuatu gambar dalam laman web kami dan ingin membayar pemiliknya
bagi mendapatkan lesen untuk menggunakannya sila hubungi eCosway
bagi mendapatkan maklumat berkenaan pemilik gambar berkenaan.
Artikel dan Teks Daripada Laman Web
Semua teks dalam laman web eCosway adalah hak cipta eCosway atau
pengarang lain. Anda tidak boleh mengambil sebarang ayat daripada
laman web dan gunakannya dengan sebarang cara yang anda suka. Anda
mesti menggunakan laman web secara asalnya dan juga bahan latihan
dalam keadaan asalnya. Jika anda ingin menggunakan dan/atau ingin
mengubah sebarang teks daripada laman web eCosway, anda mesti mendapatkan
kelulusan bertulis terlebih dulu.
Jika anda berpendapat sesuatu perkara dapat disampaikan dengan
lebih elok atau anda inginkan sebarang maklumat tambahan disertakan,
tolong hantar cadangan anda kepada pejabat korporat. Jangan
sekali-sekali mengubah kandungan penerbitan eCosway dan kemudian
"menerbitkannya" semula dengan perubahan yang telah anda
buat. Kami mempunyai sebab daripada segi perundangan untuk menyampaikan
sesuatu seperti yang kami lakukan.
Logo eCosway
Anda tidak boleh membuat atau menggunakan logo eCosway anda sendiri.
Walaupun anda fikir yang logo anda lebih baik, anda tidak boleh
menggunakannya sebab ianya akan mengakibatkan kekeliruan dan tidak
konsisten dalam pasaran. Boleh tak anda bayangkan jika semua pemilik
francais McDonald menggunakan logo mereka sendiri?
Dakwaan Pendapatan, Janji kepada mereka yang
Malas & Syarat-syarat Membeli
eCosway BUKAN skim piramid. (klik
di sini untuk maklumat lanjut) . Tolong jangan jadikannya sebagai
skim piramid dengan membuat dakwaan yang bukan-bukan!
Kadang-kadang dalam semangat berkobar-kobar untuk mempengaruhi
orang ramai, para Pemilik Perniagaan mungkin terdesak untuk mengatakan
"anda dijamin untuk mendapatkan 10,000 sebulan" atau "downline
anda akan dibina untuk anda" atau "anda hanya perlu beli
satu produk sahaja dalam sebulan". Semangat ini mendatangkan
anda dan eCosway masalah. Di kebanyakkan negara (termasuk A.S.,
Australia, Kanada, India dan Malaysia) dakwaan sebegini "salah
dari segi undang-undang". Jika anda berminat untuk mengetahui
perundangan yang merangkumi dakwaan-dakwaan ini, anda boleh melawat
laman web peguam kami di http://www.mlmlaw.com.
Perkara pokoknya adalah seperti yang berikut:
Ini adalah contoh hipotetikal
yang mengillustrasikan komponen dan operasi Rancangan Keuntungan
eCosway. Ianya tidak melambangkan sebarang pendapatan yang boleh
didapati atau dijamin akan didapati oleh para Pemilik Perniagaan
atau unjuran pendapatan atau keuntungan yang sebenarnya. Sebarang
andaian jaminan pendapatan yang didakwa oleh eCosway atau seseorang
Pemilik Perniagaan adalah tidak tepat sebab pendapatan bergantung
kepada jumlah jualan yang dijana oleh rangkaian anda. Keuntungan
sebenar anda bergantung kepada sebagaimana hebat anda membina rangkaian
anda dan jumlah jualan yang dijana.
- Anda tidak boleh memaparkan sesuatu
'cek' atau mengatakan anda atau lain-lain para Pemilik Perniagaan
mendapat keuntungan yang tertentu (walaupun ianya memang benar).
Agensi-agensi kerajaan berpendapat dakwaan sebegini boleh mengelirukan
orang ramai yang mungkin akan menganggap semua orang boleh mendapatkan
jumlah wang yang sama. Melainkan sejumlah besar daripada orang-orang
dalam syarikat anda yang mendapat pendapatan sedemikian anda tidak
dibenarkan bercakap mengenainya dikhalayak umum.
-
Anda tidak boleh membuat Pemilikan
Perniagaan eCosway dilihat seperti satu "pelaburan"-mudah
di mana seseorang hanya perlu mendaftar dan bayar sejumlah wang
dan menantikan keuntungan. eCosway adalah satu perniagaan runcit
dengan sistem sokongan yang amat berkuasa. Sistem sokongan dan
teknologi moden memang semestinya memudahkan segala-galanya,
tetapi adalah amat penting untuk kita agar kita membuatnya kelihatan
orang yang menyertainya tidak perlu membuat sebarang kerja.
Undang-undang yang merangkumi dakwaan "pendapatan pasif"
adalah amat berbahaya dan rumit. Perniagaan yang sebenarnya
perlukan usaha. Jika ada sesuatu peluang yang mendakwa orang
boleh mendapat keuntungan tanpa perlu sebarang usaha peribadi,
ianya secara serta-merta dianggap skim piramid atau saham yang
tidak sah oleh kebanyakkan agensi kerajaan.
-
Jangan mengatakan yang orang ramai
mesti membeli sesuatu produk daripada eCosway atau mengeluarkan
kenyataan seperti "anda hanya perlu membuat satu belian
sahaja pada setiap bulan". Jangan mengatakan ISO adalah
pembelian peribadi yang wajib. Di kebanyakkan negara sebarang
syarikat yang mewajibkan para ahlinya membuat belian akan secara
automatik dianggap sebagai skim piramid. eCosway tidak ada sebarang
syarat pembelian wajib.
Kami hanya ada satu syarat AKTIVITI JUALAN
bulanan, di mana ianya adalah 15 eV daripada cawangan peribadi anda.
Ini bukannya syarat pembelian. 15 eV ini boleh datang daripada mana-mana
pembeli atau kombinasi para pembeli dalam rangkaian pembeli anda atau
ianya boleh datang daripada pembelian peribadi memandangkan anda juga
dianggap sebagai salah seorang daripada para pembeli.
ISO bukanlah sebahagian daripada syarat dan bukannya pembelian
..ianya
jualan. Ianya satu pilihan yang menarik di mana orang ada pilihan
sama ada untuk menerimanya atau pun tidak. Jualan yang digunakan
untuk kelayakan ISO boleh datang daripada mana-mana pembeli atau
kombinasi para pembeli dalam rangkaian pembeli anda atau ianya boleh
datang daripada pembelian peribadi memandangkan anda juga dianggap
sebagai salah seorang daripada para pembeli.
Emel tanpa izin atau "SPAM"
eCosway tidak membenarkan, dan tidak merestui sebarang cara pemasaran
yang sangsi dan tidak beretika seperti 'spamming' (menghantar emel
tanpa izin), siaran faks, mengepos secara pukal kepada kumpulan
berita (newsgroup), forum, papan buletin (bulletin board) dan sebagainya.
Polisi ini amat penting sebab :
-
Ianya melindungi imej eCosway. (Orang ramai tidak suka kepada
syarikat yang melakukan perkara tersebut dan masyarakat Internet
akan menyebarkan "khabar buruk" sebarang syarikat
terbabit yang mencabuli "netiequette"(peraturan dalam
Internet yang diterima semua pihak), keyakinan pelanggan atau
rahsia pelanggan. Sesiapa pun tidak akan mendapat apa-apa jika
eCosway nampak macam "orang yang bersalah" atau satu
"syarikat tidak bermoral".
- Ianya melindungi eCosway secara sah. Banyak negeri, negara dan
bidang kuasa perundangan ada undang-undang terhadap penghantaran
iklan secara haram khasnya yang berkaitan dengan telefon, mesin
faks dan emel. (Anda boleh melawat http://www.spamlaws.com/
untuk melihat dengan sendiri negeri-negeri dan negara-negara yang
telah mengharamkan aktiviti-aktiviti berkenaan.)
- Ianya melindungi semua Pemilik Perniagaan eCosway daripada kehilangan
peluang untuk mempromosikan eCosway secara sah dan lurus (sila
lihat keterangan dibawah).
Perkara paling menyakitkan yang mungkin
anda boleh lakukan ialah menghantar emel tanpa izin kepada satu
"senarai" orang yang tidak ingin menerimanya!
Adalah menjadi kebiasaan bagi orang yang baru mengenali Internet
(dan mereka yang kotak emel mereka belum lagi dibanjiri oleh berdozen-dozen
emel spams pada setiap hari) yang membuat siaran secara emel adalah
satu idea hebat. Mereka akan membayangkan potensi ianya boleh dihantar
kepada beribu-ribu (kalau tak ke berjuta-juta) orang dengan hanya
menekan satu butang sahaja dan bagi mereka ianya tidaklah sesuatu
yang merbahaya.
Adalah penting untuk anda mengetahui betapa seriusnya isu "spamming".
JANGAN MEMPROMOSIKAN PERNIAGAAN ECOSWAY ANDA SECARA DALAM TALIAN
SEHINGGALAH ANDA TELAH MEMAHAMI MENGAPA SPAMMING BUKANNYA SESUATU
YANG ELOK!
Spam tidak akan berjaya. Anda mungkin berpendapat beriu-ribu orang
akan menjawab, tetapi ada beberapa sebab mengapa ini adalah tidak
benar. Kebanyakan mel yang dihantar kepada senarai tersebut tidak
mungkin sampai sebab alamatnya tidak wujud, atau telah ditamatkan
sebab menerima terlalu banyak spam. Kebanyakan daripada nama dalam
senarai itu mungkin :
-
"Di tuai" secara tidak sah
daripada Internet (oleh orang yang tidak membenarkan kebenaran)
dengan menggunakan perisian "perisikan" yang mengambil
alamat-alamat daripada seksyen forum iklan dan sebagainya.
- Dijana dengan menggunakan komputer (dengan menggunakan pelbagai
nama dan kombinasi alphanumerik di hadapan semua email popular
yang namanya berakhir seperti berikut, Mary@yahoo.com, Mary1@yahoo.com,
ABC123@yahoo.com dan sebagainya.
- Di curi daripada senarai lain (yang bererti mereka dalam senarai
ini telah pun di spam berulang kali)
Dalam semua kes ini, emel anda tidak
"dialu-alukan" oleh penerima. Kebanyakan ISP akan menapis
apa yang kelihatan seperti spam, walaupun ianya berjaya melepasinya,
kebanyakan orang mungkin sudah bosan menjadi mangsa dan risau dilanda
virus elektronik, jadi mereka akan memadamkan sebarang emel daripada
penghantar yang mereka tidak kenali sebelum mereka membukanya
.
Spam melibatkan wang. Setengah orang juga mengandaikannya sebagai
satu "rompakan".
Ianya bukan seperti menghantar mel biasa atau mengiklan. Kos menghantar
emel adalah kecil, tetapi bagi orang yang menerimanya akan melibatkan
masa dan kos. Bagi orang yang bayar bagi perkhidmatan internet mengikut
masa sambungan talian atau mereka yang membaca emel mereka semasa
dalam perjalanan sudah pastinya akan marah sebab "inbox"
mereka akan dipenuhi dengan emel tanpa izin yang perlu dimuat turun
terlebih dahulu dan diasingkan agar mereka boleh membaca mel berkenaan
urusan perniagaan dan mel peribadi terlebih dulu.
Pihak ISP (Syarikat yang menyediakan perkhidmatan Internet) juga terpaksa
menanggung kos menghantar, menerima dan perlu "menghantar kembali"
emel yang tidak dikehendaki. Disebabkan ini, kebanyakkan ISP bukan
sahaja secara aktif menghalang para "spammers', mereka juga akan
dihukum.
Spam boleh mendatangkan banyak masalah.
Bila mel tidak dapat dihantar, ianya akan "melantun semula"
kepada pelayan yang asalnya. Sebaik sahaja anda mula menghantar mel
secara pukal, pelayan akan dibeban dengan muatan mel yang perlu dihantar
keluar. Keadaan menjadi lebih teruk bila mel yang tidak dapat dihantar
mula dilantun kembali (ianya mengambil masa beberapa saat sahaja).
Walaupun senarai anda mempunyai berjuta-juta nama, tidak mungkin pelayan
emel akan menghantar 50,000 daripadanya sebelum ISP anda (Syarikat
yang menyediakan perkhidmatan Internet) menutup akaun anda dan mendakwa
anda kerana melanggar perjanjian perkhidmatan dengan mereka.
Anda mungkin akan ingat, "50,000 masih merupakan satu jumlah
yang amat besar - dan berbaloi dengan risikonya...Tapi ingat sebaik
sahaja akaun emel anda ditutup anda juga tidak boleh menerima sebarang
mel. Anda akan dikira bernasib baik kalau anda menerima hanya segelintir
emel yang positif, dan anda juga sudah pastinya telah membuat beratus
atau pun beribu-ribu orang AMAT MARAH TERHADAP ANDA! (Bukannya satu
cara yang baik untuk memulakan sesuatu perniagaan!)
Orang yang tidak suka dispam (percayalah mesti terdapat ramai orang
sebegini dalam senarai anda) akan melaporkannya kepada ISP anda, dan
juga kepada ISP mereka dan juga kepada pihak berkuasa anti-spam, dan
sebagainya. Ianya akan ambil masa beberapa jam (atau beberapa hari)
sebelum anda menghadapi masalah akibat daripada perbuatan anda ini.
Ini adalah masalah yang kami tidak boleh benarkan anda membawa
masuk ke dalam eCosway!
Pemasaran dengan emel boleh dianggap sebagai satu "lombong emas",
tetapi sebenarnya ia dipenuhi dengan periuk api dan anda perlu berhati-hati
dengan setiap langkah anda. Pengarang artikel ini meringkaskan daya
tarikan pemasaran emel seperti berikut:
InfoWorld 1/22/01
http://www.itworld.com/Man/2695/IW010122tcpermission/pfindex.html
Customer May I? Getting the OK to Sell
"Pemasaran
dengan emel menawarkan kelebihan berbanding dengan lain-lain
cara....emel tidak menghadapi masalah yang dihadapi oleh
perkhidmatan pos biasa seperti lambat dan mahal. Kalau dipandang
dari segi pemasaran bermatlamat, tidak ada ciptaan lain
yang boleh menandingi emel.Tidak ada cara yang lebih
berisiko untuk menjual. Para pelanggan anda akan membakar
efigi (patung) CEO syarikat anda kalau syarikat anda hantar
walaupun satu UCE "(emel komersil tanpa izin, juga
dikenali sebagai spam.)"
|
Kebanyakan Pemilik Perniagaan telah mengenengahkan idea kalau mereka
memiliki perniagaan mereka sendiri, mereka boleh mempromosikannya
dengan apa sahaja cara yang mereka fikir sesuai. Tetapi ingat....perniagaan
anda adalah hanya sebahagian daripada satu perniagaan yang lebih besar.
Apa yang anda buat berpotensi mempengaruhi ramai orang.
Artikel ini menerangkannya dengan lebih lanjut.
Network World 4/2/01
Mark Gibbs, Network World
http://www.itworld.com/App/352/NWW010402gibbs/
The ethics of spam
"Spam adalah masalah
yang telah menempuh satu dimensi baru dengan wujudnya banyak
perniagaan dalam talian yang baru - - yang kebanyakannya
adalah sambungan daripada operasi perniagaan yang telah
pun wujud - - untuk mendapatkan senarai yang dikatakan mengandungi
(dan percaya tanpa asas) alamat yang sebenarnya ialah pilihan
alamat perniagaan berganda....
Dalam kebanyakan kes, mereka ini tidak faham masalah
yang sedang menanti mereka. Kita hanya boleh bersimpati
dengan mereka - - khasnya terhadap mereka yang telah mengeluarkan
beratus ribu dolar untuk mendapatkan senarai yang akhirnya
akan mengakibatkan mereka dibuang oleh ISP mereka dan mereka
juga akan disenarai hitam dalam MAPS Real Time Black List
Hole.Masih terdapat ramai orang yang berpendapat asalkan
spam tidak salah dari segi undang-undang, mereka patut dibenarkan
untuk menghantar emek komersil tanpa izin tanpa sebarang
halangan atau sebarang komen daripada sesiapa."
|
"MAPS Real Time Black Hole List", yang disebutkan di sini
adalah sebab mengapa eCosway mempunyai polisi anti-spam yang begitu
ketat. Ianya merupakan hanya salah SATU daripada senarai hitam yang
digunakan oleh para ISP untuk menapis atau "melantun kembali"
sebarang emel yang datang daripada pelayan yang memulakannya, orang
yang melakukan spam atau sebarang syarikat yang dikenal pasti menggunakan
atau menyokong spam!
Inilah yang akan berlaku jika seseorang menghantar spam emel:
- Seseorang yang menerima emel akan marah sebab mereka benci pada
spam.
- Mereka akan buat pengaduan (dan hantar satu salinan emel spam
kepada) kepada ISP mereka. Penerima emel tersebut atau ISP akan
menghantar salinan emel tersebut kepada ISP orang yang melakukan
spam dan satu lagi kepada satu atau lebih organisasi "anti-spam"
yang akan mengambil langkah untuk mengesan semua pihak yang bertanggung
jawab dan lakukan apa sahaja yang boleh menghukum orang yang melakukan
spam.
- "Hukuman" ini boleh termasuk tindakan undang-undang
kalau orang yang melakukannya menetap di tempat yang ada undang-undang
anti-spam. Sebagai contohnya di Washington dan California A.S.,
orang yang melakukan spam telah di denda $500 bagi setiap emel
yang dihantar. Mereka juga boleh didakwa bagi kerugian terhadap
ISP atas sebab "mencuri" sumber, dan menganggu perniagaan.
(Ini adalah hukuman berbentuk kewangan yang biasanya dikenakan)
Hukuman ini juga akan termasuk menamatkan akaun emel dan domain
yang dimiliki oleh penghantar akan ditutup oleh hos web mereka
(walaupun domain tersebut tidak berada dalam pelayan yang sama
dengan emel.)
- Kemudian sesuatu yang lebih buruk akan berlaku. Organisasi anti-spam
akan "menyenarai hitam " semua pihak "disebalik"
spam ini. Walaupun orang yang melakukan spam menggunakan tajuk
palsu, menghantar emel daripada domain yang tidak menyedarinya,
dan tidak menggunakan alamat penghantaran semula yang asal (ini
tidak sah dari segi undang-undang) - mereka masih boleh dikesan
- sebab penghantar perlu berikan kepada bakal prospek cara untuk
mereka menyertai eCosway!
Laman web ini menerangkan bagaimana orang yang melakukan spam
boleh dikesan.
http://www.mindworkshop.com/alchemy/nospam.html
http://www.claws-and-paws.com/spam-l/tracking.html
- Organisasi anti-spam amat faham yang bukan setakat orang yang
melakukan spam tersebut bersalah tetapi juga syarikat yang menyokong
atau meraih faedah daripadanya. Syarikat yang membuat produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan akan disenarai hitam bersama orang
yang hantar emel. Organisasi anti-spam tahu sesuatu syarikat ada
hak mengawasi orang yang mempromosikan produk mereka. Jika syarikat
tersebut membenarkan dan tidak menghalang orang melakukan spam
untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka, syarikat
itu akan dianggap bersalah..
Inilah sebabnya mengapa eCosway AKAN MENAMATKAN
perjanjian dengan anda jika anda melanggar polisi spam. Kami mesti
membuktikan kepada organisasi anti-spam yang kami tidak bertolak ansur
dengan para Pemilik Perniagaan kami yang melakukan spam. Sama seperti
yang anda perlu ada bukti untuk menunjukkan anda ada kebenaran untuk
menghantar emel, kami perlu membuktikan kami sesungguhnya menghalang
spam dan kami akan dengan segera menamatkan khidmat para Pemilik Perniagaan
yang melakukan spam. Ini adalah satu-satunya cara untuk membuktikan
eCosway boleh mengelakkan dirinya daripada disenarai hitam.
Jika anda masih tidak yakin yang ini adalah satu masalah besar, tolong
lawati laman-laman web berikut dan ketahui mengapa ramai orang berpendapat
spam adalah sesuatu yang tidak baik dan apa yang berlaku terhadap
orang serta syarikat yang melakukan spam:
http://www.cauce.org/
http://spamcop.net/
http://www.junkbusters.com/
http://www.junkemail.org/
http://spam.abuse.net/spambad.html
http://www.mail-abuse.org/rbl/rationale.html
Spam berpotensi menyakiti ramai orang yang tidak bersalah
Semua penyedia perkhidmatan emel utama (Yahoo, Hotmail, AOL, AT&T,
MSN, etc) ingin melindungi pengguna mereka daripada menerima emel
tanpa izin jadi mereka gunakan "Ejen Pencari Cerdik" untuk
menapis semua mel yang masuk sebelum menghantarnya kepada pengguna.
Ejen elektronik ini mengesan beberapa bukti untuk mengenal pasti emel
yang diterima adalah spam - perkara seperti : alamat emel yang dihantar
berulang kali kepada ramai orang dalam perkhidmatan yang sama, emel
dengan beribu-ribu nama dalam ruang BCC, kata kunci yang menunjukkan
spam, dan kewujudan sebarang emel dengan alamat atau domain pesalah
yang dikenal pasti.
Bagaimana penyedia khidmat emel tahu siapa pesalah tersebut? Mereka
mempunyai senarai hitam mereka sendiri (yang mereka berkongsi dengan
pihak lain) dan mereka akan sentiasa menerima senarai hitam terkini
daripada organisasi anti-spam!
Sebaik sahaja satu alamat emel, pelayan atau syarikat yang menyokong
spam "disenarai hitam" adalah sukar untuk keluar semula
daripada senarai hitam itu.
Dibawah adalah laman yang menerangkan MAPS Real Time Black List yang
digunakan oleh kebanyakan ISP dan pelayan mel untuk menapis dan melantun
kembali spam sebelum ianya sampai kepada penerimanya.
http://www.mail-abuse.org/rbl/
Ini adalah amaran yang terdapat dalam laman tersebut:
Tanggungjawab
ke atas melakukan spam
Kami sudah tidak ketahui
sudah berapa kali rangkaian seseorang yang telah kami senarai
hitam mengadu : kami bukannya melakukan spam pelanggan
kami yang melakukannya dan tolong tujukan aduan anda kepada
mereka. Untuk bersifat adil dalam hidup ini ada kalanya
kita boleh berlembut tetapi ada kalanya kita terpaksa mengambil
tindakan yang sewajarnya. Tetapi untuk seorang pemilik rangkaian
mengelakkan diri daripada spam adalah bagaikan seorang saudagar
senjata api mengelakkan diri daripada bertanggung jawab
ke atas kematian orang awam dalam sesuatu peperangan: jika
anda sudah ketahui apa yang dirancang oleh pelanggan
anda dengan menggunakan teknologi anda, anda sememangnya
patut bertanggung jawab. Jika anda sudah diingatkan
sekali dan anda tidak melakukan apa-apa untuk menghalang
mereka, maka anda perlu bertanggung jawab.
Walaupun permainan tentang soal moral ini adalah memuaskan
hati orang yang mengambil bahagian, bagi kami ianya tidak
membawa sebarang perubahan walau anda bersalah atau pun
tidak. Soal pokok di sini ialah kami tidak suka di spam
, dan kalau rangkaian anda mesra pengguna atau bertolak
ansur terhadap orang yang melakukan spam, kami tidak
akan membenarkan rangkaian anda menggugat rangkaian kami.
|
"
kami tidak akan
membenarkan rangkaian anda menggugat rangkaian kami" bermaksud
mereka akan melantun kembali (dan membantu lain-lain ISP melantun
kembali) sebarang emel yang mengandungi rujukkan kepada orang, pelayan
atau syarikat yang bersalah.
Seorang yang melakukan spam boleh mendatangkan masalah kepada semua
orang!
Jika anda menghantar satu spam yang mengandungi domain eCosway dan
emel tersebut diserahkan kepada organisasi anti-spam.......dalam sedikit
masa sahaja ke semua ISP utama akan mula melantun kembali sebarang
emel yang mengandungi alamat ecosway.com!
Dalam lain perkataan, jika ecosway.com disenarai hitam, para Pemilik
Perniagaan yang tidak bersalah juga tidak dapat menghantar emel (kepada
kawan-kawan dan bakal prospek yang meminta lebih banyak maklumat)
kerana ianya tidak dapat disampaikan kerana ianya mengandungi URL
ecosway.com.
Di sini adalah satu artikel yang menerangkan mengapa lebih banyak
ISP sudah mula menggunakan perisian menapis yang semakin canggih.
ITworld.com 4/12/01
http://www.itworld.com/App/354/IDG010412msn/pfindex.html
MSN adopts Brightmail spam filtering
Stephen Lawson, IDG News Service
Bagi lebih daripada 5 juta
pengguna perkhidmatan akses Internet MSN (Rangkaian Microsoft)
mereka kini boleh memilih Brightmail Anti-Spam Solution
untuk mengasingkan spam daripada emel sah mereka.....Brigthmail
Anti-Spam Solution digunakan oleh penyedia perkhidmatan
Internet termasuk AT&T Worldnet dan EarthLink menurut
kenyataan Brightmail.
Bukan sahaja ISP yang mengambil langkah terhadap spam, Kesatuan
Eropah menganggarkan kos akibat daripada spam kepada pengguna
Internet sedunia ialah dalam lingkungan 10 billion
.
|
Adalah penting untuk kita memahami kita bukan sekadar berbincang tentang
undang-undang di sini. Undang-undang bukannya perkara pokok di sini.
Seseorang atau sesuatu syarikat tidak perlu "dibuktikan bersalah"
melanggar sebarang undang-undang bagi semua ini berlaku. Kita sedang
berbincang tentang soal komersil. ISP ada hak untuk menentang spam
kerana ianya melibatkan wang dan mereka ada hak untuk melantun kembali
emel bagi pihak pelanggan mereka. (Sebenarnya pelanggan mereka sendiri
meminta mereka melakukannya.) Mereka tidak bertanggung jawab kepada
anda atau eCosway untuk menghantar emel tersebut, dan mereka juga
tidak bertanggung jawab untuk membuktikan anda tidak bersalah sebelum
menghalang anda, jadi apa jua pendapat anda terhadap spam tidak penting,
ianya boleh dan akan mendatangkan banyak masalah kalau anda melakukannya!
Adakah anda faham mengapa eCosway begitu tegas?
Anda tidak perlu risau tentang eCosway. Kami boleh keluar daripada
sebarang senarai hitam jika kami disenarai hitam. Kadang-kadang ada
juga syarikat yang besar disenarai hitam dan emel peribadi akan dilantun
kembali untuk seketika, tetapi syarikat yang tidak bersalah akan dikeluarkan
daripada senarai hitam apa bila mereka membuktikan mereka ada polisi
anti-spam yang ketat dan mereka menghukum sesiapa yang melanggarnya.
Contohnya di sini ada artikel yang menerangkan bagaimana penapis AOL
menghalang semua emel daripada EarthLink selama 10 hari. Akhirnya
mereka berjaya mengatasi kekeliruan tersebut . http://www.itworld.com/App/354/CWSTO58808/
Kami boleh membukitkan kepada semua ISP yang eCosway tidak bertolak
ansur terhadap spam apabila kami menunjukkan kepada mereka polisi
kami dan membuktikan kami akan menamatkan perjanjian sesiapa yang
melanggarnya, kami tidak boleh bersikap lembut terhadap para Pemilik
Perniagaan yang ditangkap melakukan spam! Soal tidak tahu tidak akan
diterima. Kami tidak ada pilihan lain selain daripada menamatkan perjanjian
pemilikkan perniagaan anda dan anda akan bertanggung jawab dari segi
kewangan ke atas sebarang gangguan terhadap perniagaan kami jika ianya
mendatangkan sebarang masalah tersebut
.
Laman web persendirian
Setengah-setengah Pemilik Perniagaan mengadu tentang polisi yang mengatakan
mereka tidak boleh menghubungkan kepada eCosway daripada laman web
persendirian. Mereka mendakwa laman web mereka sendiri tidak sepatutnya
mengikut peraturan eCosway. Ada juga antara mereka mengadu yang walaupun
ada orang melakukan spam untuk pergi ke laman web persendirian tetapi
sebaik sahaja mereka klik pada penghubung kepada eCosway ianya bererti
mereka yang "memberikan kebenaran" oleh itu eCosway tidak
boleh dikatakan melakukan spam. Malangnya pihak anti-spam tidak berpendapat
sedemikian.
Memang benar laman webmaster sememangnya adalah hak persendirian mereka,
tetapi jika laman web persendirian ini dihubungkan kepada. eCosway
dipromosikan dengan menggunakan taktik seperti spam atau menyiar kepada
forum dan kumpulan perbincangan, risiko terhadap eCosway masih tinggi
oleh itu eCosway mempunyai hak untuk menghalang hubungan sedemikian
Jika ada pemilik laman didapati melakukan spamming, organisasi
anti-spam bukan sahaja akan menyenarai hitam alamat laman web persendirian
ini tetapi mereka juga akan turut sama menyenarai hitam sebarang laman
web yang dipromosikan oleh laman web tersebut. Jika ada spammer yang
membuka beberapa laman web intemediari, risikonya terhadap eCosway
masih ada.
Masalah tidak timbul daripada orang yang klik pada hubungan eCosway
atas pilihan mereka sendiri. Masalahnya timbul bila orang yang di
spam oleh emel melalui siaran yang dihantar kepada kumpulan perbincangan
dan tidak mungkin akan melawat laman web persendirian. Sebaik sahaja
emel (yang membawa kepada laman web persendirian yang membawa kepada
eCosway..) akan diserahkan kepada penguatkuasa spam, mereka dengan
mudah dapat menjejaki eCosway. Memandangkan eCosway adalah pihak yang
boleh meraih keuntungan daripada spam tersebut, kemungkinan besar
ianya akan disenarai hitam bersama dengan laman web persendirian tersebut.
Cara termudah untuk mengelakkan daripada semua masalah
ini ialah jangan lakukan spam!
Polisi SPAM kami tidak mengatakan anda tidak boleh menghubungkan kepada
eCosway daripada laman persendirian. Ianya mengatakan anda tidak boleh
menghubungkan laman web persendirian anda kepada eCosway jika kandungannya
tidak mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada eCosway atau pun
laman tersebut dipromosikan dalam sebarang cara yang melanggar polisi
spam kami. Jika kandungan laman anda diberikan kelulusan korporat
dan anda menjalankan promosi yang sah di laman tersebut, anda dialu-alukan
untuk menghubungkannya dengan eCosway.
Ada banyak cara untuk mempromosi laman web peribadi anda tanpa melakukan
spam. Rancangan pemasaran dalam talian kami mengajar anda kebanyakan
cara daripadanya. Laman anti-spam juga menawarkan banyak maklumat
berguna tentang bagaimana anda boleh menjalankan promosi tanpa melakukan
spam:
Bagaimana menjalankan pemasaran dalam Internet tanpa melakukan
spam
http://spam.abuse.net/good-marketing.html
http://www.dnaco.net/~tinc/market.htm
Sekali lagi, ini adalah fakta penting dalam polisi eCosway :
- Anda tidak dibenarkan menggunakan nama eCosway
atau Cosway (atau mana-mana istilah dan tanda niaga)
dalam sebarang cara jika anda tidak mendapat kelulusan
terlebih daripada syarikat. (Ini termasuk URL ecosway.com
anda dan sebarang bahan yang anda hasilkan.)
- Anda tidak boleh mengambil gambar atau teks daripada
laman web eCosway dan gunakannya bahan anda sendiri
tanpa mendapat kelulusan bertulis.
- Anda juga tidak dibenarkan untuk menghantar sebarang
emel, faks, pos atau mesej segera yang "menengahkan"
eCosway kepada sesiapa sahaja yang tidak memberikan
anda kebenaran untuk melakukannya. Anda mesti menggunakan
proses 2-langkah
|
|
Mari kita mendefinasikan beberapa
istilah
Secara jelas -
1 terangkan dengan jelas jangan tinggalkan apa-apa tergantung; jelaskan
dengan nyata; tepat:
2 katakan maksud sebenarnya, tanpa berselindung atau berpura-pura;
berani
3 ringkas; mudah dilihat
Pujukan / Membantu ['Pitch']
1 [tidak formal] untuk memujuk atau mengiklan
Kebenaran untuk memujuk ---
Dalam kes eCosway, jika anda dibenarkan "kebenaran untuk memujuk"
ianya bermaksud para prospek telah meminta anda bercakap tentang produk
atau perniagaan atau dalam lain perkataan memberikan anda kebenaran
untuk menggunakan "pengaruh pujukkan atau iklan" melalui
emel, mel, telefon atau faks.
Jika ada laporan "pengaduan spam" terhadap anda, anda perlu
ada "bukti" yang anda telah pun mendapat kebenaran sebelum
anda menghantar mel kepada orang yang mengadu terhadap anda. Oleh
itu adalah amat penting anda lakukan perkara yang berikut :
- Jangan hantar SEBARANG emel, faks atau membuat panggilan telefon
tanpa kebenaran. (Jika anda tidak menghantarnya, tidak ada sesiapa
yang boleh membuktikan anda telah melakukannya. Pemilikkan anda
dan akaun emel anda tidak akan dibatalkan berdasarkan tuduhan
dan tanpa sebarang bukti. Orang yang mengadu mesti mengemukakan
bukti yang anda telah melakukan spam dan menyertakan salinan emel,
fakas atau log telefon.)
- Simpan semua salinan permintaan untuk maklumat yang anda terima
agar anda boleh mengemukannya bila anda di minta berbuat demekian.
Buat salinan simpanan atau cetak keluar salinan tersebut untuk
melindungi diri anda terhadap sebarang tuduhan spam palsu.
- Jika anda ada autoresponders (pembalas automatik) atau sistem
mel "opt-in", pastikan anda menyimpan rekod yang membuktikan
ada orang telah memasukkan alamat emel kepada emel yang telah
anda hantar. Sebenarnya cara yang paling selamat ialah dengan
melakukan "double pot-in". Bila seorang mendaftar diri
untuk sesuatu, sistem sepatutnya menghantar emel dengan segera
untuk memastikan kemasukkan tersebut diizinkan oleh pemilik alamat
emel tersebut.
Contohnya, jika anda menawarkan sebarang risalah, mesej pertama anda
perlu bermula seperti berikut :
Selamat datang ke (nama risalah anda)!
Sebentar tadi, anda atau orang lain meminta alamat emel ini
dimasukkan ke dalam senarai untuk menerima (nama risalah anda)
setiap bulan.
Kami menggunakan istilah sistem "double opt-in"
untuk mengelakkan anda daripada didaftarkan tanpa kebenaran
anda. Tolong klik pada hubungan dibawah untuk memastikan yang
anda adalah orang sebenar yang mendaftarkan diri.
Klik dibawah dan isu pertama akan dihantar kepada anda dengan
segera!
http://www.name of list.com./?someverifyingcodegoeshere
(Nota : Jika hubungan di atas tidak digelapkan, salinkannya
dan lekatkannya ke dalam pelayar window anda.)
Jika anda TIDAK mahu menerima (nama risalah anda) JANGAN LAKUKAN
APA-APA. Anda tidak akan dimasukkan ke dalam senarai ini (melainkan
anda klik pada penghubung) dan anda tidak akan menerima sebarang
emel daripada saya lagi.
NOTA : Kebanyakkan penyedia senarai emel dan perisian mel
ada kebolehan untuk penghubung automatik seperti ini untuk
anda. Sistem yang tidak membenarkan sesiapa mendaftar melainkan
mereka "opt in" dua kali adalah perlindungan terbaik
terhadap aduan spam. Jika anda menggunakan pembalas automatik
untuk menghantar keluar maklumat, emel pertama yang anda hantar
mesti ada notis yang berikut.
If you use autoresponders to send out information, the first
email you send should have a notice that reads something like
this:
Emel
ini dihantar kepada anda sebab anda telah meminta maklumat
daripada (nama laman web di mana prospek anda memasukkan
alamat atau iklan yang ada alamat emel dan prospek itu telah
menghantar permintaan untuk mendapatkan maklumat lanjut
daripada)
Jika anda TIDAK meminta maklumat ini, dan anda telah menerima
emel ini tanpa diminta, maafkan kami dan klik pada penghubung
dibawah. Nama anda akan dikeluarkan daripada sistem dan
anda tidak akan menerima sebarang emel daripada saya lagi.
|
NOTA:Sistem pembalas automatik perlu ada kebolehan automatik untuk
mengeluarkan alamat daripada sistem bila penghubung itu diklik. Anda
mestilah TIDAK menghantar sebarang mel kepada alamat yang telah dikeluarkan
daripadanya!
Ini sebenarnya lebih kepada sistem "opt-out" dan mungkin
orang tersebut tidak membaca emel mereka, atau klik pada "remove"
untuk dikeluarkan daripada penghubung agar anda boleh dilaporkan kerana
melakukan spam. Pastikan anda menyimpan rekod permintaan ini yang
dibuat oleh prospek anda.
APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN UNTUK MEMPROMOSIKAN PERNIAGAAN ECOSWAY
- Beritahu tentang eCosway kepada semua kawan-kawan dan kaum keluarga
anda secara peribadi atau melalui telefon.
- Bawa orang ke eCenter atau Pusat Jualan.
- Hantar www.ecosway.com/home/ID URL anda kepada enjin pencari.
- Letakkan (jangan sebut atau hubungan ke eCosway) iklan GENERIK
(dalam talian dan diluar talian) dengan menggunakan alamat emel,
alamat laman web persendirian anda (TIDAK dihubungkan kepada eCosway
kecuali seperti dibenarkan), atau alamat pembalas automatik.
- Hantar emel GENERIK (jangan sebut atau hubungan ke eCosway)
kepada kawan-kawan dan kaum keluarga dan minta kebenaran untuk
menghantar kepada mereka maklumat lanjut.
- Mulakan laman web GENERIK (jangan sebut atau hubungan ke eCosway)
yang meminta orang ramai untuk memilih pembalas automatik atau
emel anda untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menghantarnya
kepada enjin pencari.
- Bila anda menggunakan emel generik, laman web atau pembalas
automatik untuk mendapatkan kebenaran anda boleh hantar emel yang
menghubungkan kepada alamat www.eCosway.com/home/yourID anda.
- Gunakan sebarang bahan, persembahan dan sebagainya tentang eCosway
yang telah disediakan atau pun yang telah diluluskan terlebih
dahulu oleh eCosway.
- Gunakan sebarang bahan GENERIK, persembahan dan sebagainya,
yang tidak mendapat kelulusan terlebih dahulu oleh eCosway (yang
tidak merujuk atau menghubungkan kepada eCosway), pelayan itu
menjadi peneraju dan izin untuk memperkenalkan eCosway. (Tolong
ambil perhatian walaupun anda tidak menyebut apa-apa tentang eCosway
untuk kali ini, tetapi jika usaha anda adalah bagi pihak eCosway,
anda mesti pastikan anda membuat kenyataan ikhlas, tepat, beretika
dan dipersembahkan dengan baik. Jangan mempromosikan satu "skim
cepat kaya" atau membuat dakwaan pendapatan!)
- Mula berjumpa dengan orang ramai (secara dalam talian dan luar
talian). Bila mereka bertanya apa yang anda buat, katakan anda
membantu orang memulakan perniagaan dalam talian. Bila mereka
bertanyakan lebih banyak maklumat, hantar mereka ke laman eCosway.
Selalu gunakan Dua Langkah
Fikir dengan istilah PROSES DUA LANGKAH.
Pertama dapatkan "kebenaran untuk memujuk" daripada
prospek
Kemudian (hanya selepas ini, cakap kepada mereka tentang atau
hubungan dengan eCosway
Ini boleh membuahkan dua perkara : Ianya melindungi eCosway daripada
aduan spam dan memastikan eCosway dilihat hanya oleh prospek dalam
cara yang telah diluluskan oleh eCosway.
Pengecualian daripada undang-undang dua langkah ialah
- fail tandatangan (fail sig)
- dan iklan
Anda TIDAK boleh gunakan nama eCosway atau www.ecosway.com/home/yourID
URL URL anda dalam fail tandatangan atau dalam iklan anda
Tetapi anda boleh gunakan URL eCosway yang lain seperti:
www.AmazingOneDollarAuction.com/home/YourID
www.FinallyABetterWay.com/home/YourID
www.MakeMoneyStayingHome.com/home/YourID
Kadang-kadang anda boleh gunakan setengah-setengah fail tandatangan
dalam emel peribadi yang anda hantar kepada kawan-kawan atau kaum
keluarga tanpa perlu mendapatkan kebenaran mereka untuk melakukan
"pujukkan". Klik di sini untuk melihat fail tandatangan
di pra-luluskan yang anda boleh gunakan.
Fail sig ini hanya boleh digunakan dalam emel peribadi dan BUKANNYA
dalam emel di mana anda hendak memperkenalkan eCosway atau semasa
mencari prospek. (Dalam lain kata, kandungan emel mesti seperti berikut
"Helo Ibu, apa khabar, saya dapat A dalam peperiksaan akhir saya
minggu ini...BUKANNYA "sila datang dan lihat perniagaan
baru saya.")
Anda juga dibenarkan untuk menggunakan URL lain dan mesej SAMA yang
terdapat dalam fail tandatangan yang terdapat dalam iklan dalam bahan
bercetak atau dalam talian.
Anda TIDAK boleh menggunakan salinan iklan atau fail teks tandatangan
anda sendiri bersama URL ini. Anda mesti menggunakan yang telah
di pra-lulus dan disenaraikan di sini. Jika anda ingin menggunakan
lain ayat, sila hantarkannya untuk mendapatkan kelulusan.
Anda hanya boleh digunakan URL ini dalam fail tandatangan (seperti
yang diterangkan di atas) dan dalam iklan. Anda TIDAK boleh gunakannya
ketika menghantar emel pukal, membuat pengeposan pukal atau penghantaran
tanpa bermatlamat kepada kumpulan perbincangan, forum, menghantar
kepada senarnai emel dan sebagainya atau semasa mencari prospek secara
pukal. (seperti yang diterangkan dalam Polisi Spam).
Etika Am Pemasaran
Anda mesti bersikap ikhlas.
eCosway "adalah untuk jangkamasa panjang." Bukan seperti
syarikat lain yang tidak sebut apa-apa tentang apa yang mereka mahukan
dan mereka senantiasa mengubah alamat, domain, polisi dan sebagainya
bila pihak berkuasa datang memeriksa, tetapi eCosway telah melakuka
semua ini secara sah dan beretika. Visi perniagaan eCosway adalah
berdasarkan "Icon View". Adalah amat penting untuk para
Pemilik Perniagaan berfungsi seperti duta untuk visi ini. Tolong wakili
eCosway dengan lurus dan ikhlas. Jangan mengabui orang dan jangan
membuat janji palsu, gunakan nama palsu, tajuk palsu atau domain palsu
dan sebagainya dalam mana-mana usaha pemasaran eCosway.
Bersikap realistik dan jujur.
eCosway adalah peluang pemilikkan perniagaan yang sah. "Perjanjian
yang sebenarnya" adalah amat menarik, tolong jangan memutar belitkan
faktanya!
- Jangan promosikan eCosway sebagai "skim cepat kaya".
- Jangan katakan (atau andaikan) orang ramai sudah pasti untuk
mendapatkan sejumlah keuntungan. (Pendapatan selalunya bergantung
kepada pelbagai faktor.)
- Jangan mendakwa "semuanya akan dilakukan untuk anda."
(Kebanyakan sistem adalah automatik, dan terdapat banyak sumber,
setiap Pemilik Perniagaan yang bertanggung jawab terhadap kejayaan
perniagaan mereka.
Kita memang terdesak untuk membuat dakwaan seperti ini, tetapi dakwaan
seperti ini sebenarnya salah dari segi undang-undang di kebanyakan
negara. eCosway diwajibkan untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan
untuk memastikan dakwaan sedemekian tidak dibuat oleh sesiapa yang
ada kaitan dengan eCosway. Kami menganggap kesalahan ini amat serius.
Jadilah salah seorang daripada ahli pasukan (Bersama kita semua
boleh berjaya)
Walaupun seorang Pemilik Perniagaan atau Pembeli hanya boleh ada seorang
yang memperkenalkan mereka, semua para Pemilik Perniagaan dan Pembeli
adalah aset kepada eCosway dan memberikan reputasi yang baik kepada
syarikat. Tolong bersifat baik hati, tolong menolong, dan bersikap
ahli perniagaan kepada semua Pemilik Perniagaan, Pembeli dan prospek.
- Jangan mencuri rangkaian global Pemilik Perniagaan eCosway yang
lain. Anda tentunya tidak mahu ini berlaku terhadap anda.
- Jangan cakap sesuatu yang negatif terhadap Pemilik Perniagaan
lain bagi tujuan menarik prospek itu ke dalam rangkaian anda.
- Jika ada Pemilik Perniagaan daripada rangkaian lain meminta
pertolongan anda, jangan katakan tak boleh sebab mereka bukannya
berada dalam kumpulan anda. Anda juga bukannya bertanggung jawab
untuk mnerima orang "tersesat", tetapi anda boleh menolong
di mana-mana atau pada bila-bila masa sahaja.
|