Utama | Akaunku | Membeli-Belah
 

Pengumuman
Pelan Pemasaran
Panduan Pemasaran
Syarat & Peraturan
Polisi & Prosedur
Polisi Spamming
Glosari Syarat-syarat
Mulakan Membeli-belah
 
 
 
   
  Pengumuman

Ogos 2019
  29 Ogos 2019 Peringatan Lelongan CVP Terakhir!
Julai 2019
  26 Julai 2019 Perhatian: Lelong CVP Hebat Terakhir!
September 2018
  1 September 2018 Pengemaskinian Penting: Hanya OTP Diperlukan untuk Transaksi Pemindahan eRC!
Mei 2018
  18 Mei 2018 Insentif Percutian 2018 – 3H/2M
  15 Mei 2018 Syarat & Terma Baru Pemindahan Kupon e-Penebusan (eRC) Berkuatkuasa 1hb Jun 2018
Disember 2017
  22 Disember 2017 Ciri "Kata Laluan Satu Kali" (OTP) Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi
Jun 2017
  14 Jun 2017 Pemindahan Kupon e-Penebusan (eRC)
Januari 2014
  3 Januari 2014 Pindaan Baru bagi Kelayakan Awal Bagi Keuntungan untuk Pemilik Perniagaan (BO) eCosway
 
 
 
 
Tarikh : 29 Ogos 2019

Peringatan Lelongan CVP Terakhir!

Peringatan Lelongan CVP Terakhir!

Lelongan CVP bakal ditamatkan. Lelongan CVP ke-40 bulan Ogos merupakan lelongan terakhir. Ini adalah peluang terakhir untuk mengunakan kesemua CVP anda dalam lelongan ini bermula 1 September 2019. Selepas lelongan ini tamat, CVP tidak dapat lagi digunakan. Jangan terlepas peluang ini untuk membuat bidaan.

Pengurusan
eCosway.com

 

 


 

Tarikh : 26 Julai 2019

Perhatian: Lelong CVP Hebat Terakhir!

Perhatian: Lelong CVP Hebat Terakhir!

Header

Lelong CVP ke-40 pada 1 Ogos 2019 ini akan menjadi Lelongan Terakhir kami.

Untuk menandakan ulang tahun ke-40 dan lelongan akhir Cosway, kami telah menyenaraikan produk-produk yang lebih menarik berbanding biasa. Bersedia untuk membida!

Terdapat perubahan kecil dalam peraturan bidaan lelongan dan bidaan minimum bagi setiap hadiah yang dikenakan, oleh itu, ahli-ahli digesa untuk menggunakan SEMUA CVP yang sedia ada dalam lelongan terakhir ini.

Sekiranya terdapat keputusan seri untuk bidaan tertinggi, bidaan paling awal yang diterima oleh syarikat adalah bidaan yang berjaya seperti yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan semasa.

Jangan lepaskan peluang terakhir anda untuk membida!

Pengurusan eCosway





 

Tarikh : 1 September 2018

Pengemaskinian Penting: Hanya OTP Diperlukan untuk Transaksi Pemindahan eRC!

Cosway Gift Card – The Smarter Way of Gifting

Tertakluk kepada Malaysia sahaja

Mulai September 2018, pemindahan Kupon e-Penebusan (eRC) hanya memerlukan Kata Laluan Satu Kali (OTP). Ciri-ciri Pin Keselamatan tambahan akan dimansuhkan. Oleh itu, ahli-ahli dinasihatkan untuk mengemas kini nombor telefon mudah alih mereka yang terkini untuk menyempurnakan transaksi mereka dengan jayanya.

Pengurusan
eCosway

 

 


 

Tarikh : 18 Mei 2018

Insentif Percutian 2018 – 3H/2M

Insentif Percutian 2018 – 3H/2M

Hanya tertakluk kepada Malaysia dan Singapura

Insentif Percutian 2018 – 3H/2M

Kepada Business Owner yang Dikasihi,

Sukacitanya kami mengumumkan insentif percutian bagi tahun ini untuk ahli Cosway dan IBO eCosway. Menangi percutian 3H/2M yang dibiayai sepenuhnya untuk seorang! Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mencapai bonus dan keuntungan sebanyak RM1,800/ SGD600 selama 3 bulan berturut-turut atau bonus dan keuntungan terkumpul sebanyak RM5,400/ SGD1,800 dalam tempoh 3 bulan.

Tempoh kelayakan: 1hb Mei 2018 – 31hb Julai 2018

Dengan insentif ini, kami berharap dapat memberi ganjaran kepada semua ahli Cosway kami yang mencapai bonus dan keuntungan secara konsisten seperti yang ditetapkan.

Bagi mana-mana ahli Cosway yang juga IBO eCosway dan sebaliknya, bonus dan keuntungan yang diperoleh dari KEDUA-DUA pelan bagi tempoh yang sama boleh digabungkan untuk mencapai jumlah sasaran terkumpul.

Terma & Syarat:

  1. Syarikat berhak untuk meminda, menyemak, menggantung atau melanjutkan insentif.
     
  2. Tarikh dan destinasi sebenar adalah tertakluk kepada perubahan dan mengikut budi bicara mutlak syarikat.
     
  3. Tiket yang dimenangi tidak boleh dipindah milik atau ditukar dengan wang tunai.

Terima kasih.

Cosway Team

 

 


 

Tarikh : 15 Mei 2018

Syarat & Terma Baru Pemindahan Kupon e-Penebusan (eRC) Berkuatkuasa 1hb Jun 2018

Syarat & Terma Baru Pemindahan Kupon e-Penebusan (eRC) Berkuatkuasa 1hb Jun 2018

Hanya tertakluk kepada Malaysia dan Singapura

Kepada Business Owner/ VIP Shopper yang Dikasihi,

Syarat & Terma Baru Pemindahan Kupon e-Penebusan (eRC) Berkuatkuasa 1hb Jun 2018

Sejak 15hb Jun 2017, ahli-ahli telah dapat menikmati kemudahan pemindahan eRC melalui Online Office masing-masing. Dengan ciri ini, ahli-ahli boleh berkongsi dan/atau menerima manfaat eRC untuk menebus pelbagai produk dalam Program Penebusan popular kami.

Kami ingin memaklumkan terma dan syarat baru untuk menggunakan ciri eRC. Semua terma dan syarat berikut adalah berkuatkuasa mulai 1hb Jun 2018.

  1. 1 eRC akan ditolak untuk setiap 20 blok eRC yang dipindahkan sebagai "caj" pentadbiran.



    Contoh: Ahli A telah memindahkan 30 eRC. Oleh itu, sistem akan menolak 2 eRC sebagai caj pemindahan pentadbiran. Jumlah potongan eRC akan menjadi 32 eRC.
     
  2. Para ahli hanya boleh memindahkan eRC daripada keahlian Cosway kepada IBO/VIP Shopper dan sebaliknya jika mereka memegang kedua-dua keahlian Cosway dan eCosway. Ini adalah hanya untuk pemindahan eRC kepada/daripada akaun mereka sendiri dengan Nombor Pengenalan yang sama.
     
  3. Kedua-dua pemindah dan penerima mesti memegang keahlian yang sah atau belum luput. Walau bagaimanapun, sekiranya keahlian pemindah tamat tempoh; pemindah hanya dibenarkan memindahkan eRC selama 2 bulan lagi.

Soalan Lazim:

  1. Q: Adakah PIN Keselamatan atau Kata Laluan Satu Kali (OTP) diperlukan untuk memindahkan eRC?
    A: YA
     
  2. Q: Mestikah penerima berada di bawah rangkaian eCosway saya?
    A: Tidak, tiada sekatan; anda boleh memindahkan eRC kepada mana-mana ahli yang anda suka, daripada mana-mana rangkaian eCosway selagi mereka mempunyai ID ahli yang sah.
     
  3. Q: Adakah terdapat had kepada bilangan eRC yang boleh saya pindahkan?
    A: YA, maksimum 100 eRC sehari.
     
  4. Q: Adakah terdapat bilangan minimum untuk pemindahan eRC?
    A: TIDAK
     
  5. Q: Adakah pemindahan ini dilakukan dengan segera dan penerima akan dapat menggunakan eRC dengan serta-merta?
    A: YA

Untuk panduan berilustrasi tentang bagaimana untuk memindahkan eRC, sila klik di sini

Terima kasih.

Pengurusan
eCosway

 

 


 

Tarikh : 22 Disember 2017

Ciri "Kata Laluan Satu Kali" (OTP) Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Ciri "Kata Laluan Satu Kali" (OTP) Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Hanya tertakluk kepada Malaysia

Ahli / Business Owner/ VIP Shopper yang dihormati,

Berkuatkuasa 1hb Januari 2018, sistem "Kata Laluan Satu Kali" (OTP) untuk memberi kebenaran kepada transaksi-transaksi tertentu akan dilaksanakan. "Kata Laluan Satu Kali" (OTP) ini merupakan pilihan keselamatan tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi-transaksi para ahli di samping fungsi PIN Keselamatan yang sedia ada.

Bagi semua transaksi sedia ada yang memerlukan PIN Keselamatan, ahli-ahli kini mempunyai pilihan tambahan memilih untuk menyelesaikan transaksi dengan menggunakan OTP. Sistem OTP akan menghantar OTP unik kepada ahli-ahli melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ke nombor telefon mudah alih yang didaftarkan dalam sistem kami. Walau bagaimanapun, para ahli masih lagi dibenarkan untuk menggunakan PIN Keselamatan pada saat ini untuk melakukan transaksi-transaksi tertentu jika mereka memilih untuk melakukannya.

Dalam pengumuman kami yang terdahulu, kami menggesa para ahli untuk mengemas kini atau menukar nombor telefon bimbit mereka kepada yang paling terkini dan tepat menerusi “Office Online” sebelum 31hb Disember 2017. Apabila sistem OTP ini dilaksanakan, ahli-ahli tidak lagi boleh memperbaharui nombor telefon mudah alih masing-masing. Sebaliknya, para ahli hanya boleh mengemas kini nombor telefon mudah alih yang paling terkini dan tepat dengan menghubungi kakitangan Perkhidmatan Pelanggan kami melalui “Message Centre” di “Online Office”.

Dengan ciri baru ini, anda boleh membeli-belah dengan penuh ketenangan di samping mengetahui SMS keselamatan OTP hanya akan dikirimkan kepada penerima yang sepatutnya ditujukan apabila transaksi dilakukan.

Terima kasih.

Pengurusan
eCosway

 

 


 

Tarikh : 14 Jun 2017

Pemindahan Kupon e-Penebusan (eRC)

Pemindahan Kupon e-Penebusan (eRC)


Hanya tertakluk kepada Malaysia dan Singapura

IBO/VIP eCosway yang dikasihi,

Sejak pengenalan eRC pada 1 Januari 2017, kami telah menerima banyak permintaan daripada ahli-ahli untuk membolehkan pemindahan eRC kepada ahli-ahli lain serupa dengan kupon-kupon fizikal sebelum ini.

Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa berkuat kuasa 15 Jun 2017, ahli-ahli akan dapat memindah eRC mereka melalui Online Office mereka.

Dengan ciri ini, ahli boleh berkongsi dan / atau menerima manfaat eRC untuk penebusan dalam Program Penebusan popular kami.


Garis Panduan dan Soalan Lazim: -

• Adakah PIN Keselamatan diperlukan untuk memindah eRC? YA.

• Mestikah penerima berada di bawah rangkaian saya? TIDAK, tiada sekatan. Anda boleh memindah eRC kepada mana-mana ahli yang anda suka, sama ada di dalam atau di luar rangkaian anda selagi mereka mempunyai ID ahli yang sah.

• Bolehkah saya memindah eRC dari keahlian Cosway kepada eCosway IBO / VIP pembeli dan sebaliknya? YA. (Sila ambil perhatian, bermula 1 Januari 2018, ini hanya dibenarkan jika anda memegang kedua-dua keahlian Cosway dan eCosway dan hanya untuk pemindahan ke / dari akaun anda sendiri.)

• Adakah terdapat had kepada bilangan eRC yang saya boleh pindahkan? YA, maksimum 100 eRC sehari.

• Adakah terdapat bilangan minimum untuk pemindahan eRC? TIDAK.

• Akan pemindahannya serta-merta dan penerima dapat menggunakannya serta-merta? YA.

• Mestikah kedua- dua pemindah dan penerima memegang keahlian sah (belum tamat)? YA. (Walau bagaimanapun, pemindahan masih dibenarkan jika keahlian pemindah telah luput selagi ia masih dalam tempoh dibenarkan iaitu 15 Jun sehingga 31 Julai 2017.)


Sila klik di sini untuk panduan berilustrasi untuk pemindahan eRC.

Terima kasih.

Pengurusan
eCosway





 

Tarikh : 3 Januari 2014

Pindaan Baru bagi Kelayakan Awal Bagi Keuntungan untuk Pemilik Perniagaan (BO) eCosway

Hanya tertakluk kepada Malaysia, Singapura & Brunei

Mulai 1 Januari 2014, Kelayakan Awal Bagi Keuntungan untuk Pemilik Perniagaan (BO) eCosway akan dipinda seperti berikut:-

Kelayakan Awal Bagi Keuntungan untuk Pemilik Perniagaan (BO) eCosway

Malaysia, Singapura, Brunei
eV* diperlukan

QU

Pusat Keuntungan

DP

Untung Bertindan Cawangan

BPI EI

Tempoh Kelayakan

15 eV 10 1 v v - - 60 hari dari penyertaan
50 eV 30 1 v v 1 1 60 hari dari penyertaan
100 eV 60 1 v v 3 3 60 hari dari penyertaan
500 eV 300 1 v v Tiada had Tiada had 180 hari dari penyertaan

*Tiada ganjaran RP pada set-set eV

Perubahan-perubahan ini adalah bersempena dengan pelancaran "Program Pengguna Bijak" (Smart Consumer Program) dan juga untuk:-

  • Membolehkan Pemilik Perniagaan (BO) mengumpulkan 500ev mereka dari set-set eV sama ada semasa menyertai atau dalam tempoh 180 hari dari tarikh penyertaan

  • Membenarkan semua Pemilik Perniagaan (BO) untuk membeli set- set eV bagi tujuan penyelenggaraan secara bulanan.

    (Sila ambil perhatian bahawa Pemilik Perniagaan (BO) yang membeli set 15eV untuk tujuan penyelenggaraan akan menjana hanya 10QU bagi setiap 15eV. Pemilik Perniagaan (BO) dinasihatkan supaya memastikan terdapat QU yang mencukupi pada bulan yang diperlukan untuk keuntungan yang dikehendaki oleh mereka. Set-set 15eV yang baru akan disediakan di dalam sistem mulai dari 6 Januari 2014)

Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 yang penuh kegembiraan &kesejahteraan kepada semua ahli-ahli kami!

Pihak Pengurusan
eCosway.com


 

 
  Lihat kami Polisi Rahsia Syarat Penggunaan Polisi Anti-Spam & Pengiklanan Hubungi KamiMengenai Kami

© 2001-2024 eCosway.com Sdn Bhd (509213-A). Semua Hak Milik Terpelihara di seluruh dunia.
Logo eCosway adalah tanda niaga eCosway.com Sdn Bhd (509213-A).